#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label certot. Show all posts
Showing posts with label certot. Show all posts

Wednesday, 31 July 2019


"Saya akan keluar dari sini. Mereka tak perlukan saya" Lauren berkata dengan sebak.

"Ke mana kamu mahu pergi? Bagaimana pula dengan kami semua?" Fred dan Flint bertanya hampir serentak. Andrew hanya berdiam diri. Henry tersentak tetapi tidak mampu berkata apa-apa.

"Kita akan pergi bersama-sama. Sekarang kita perlukan strategi dan masing-masing perlu menjalankan tugas dengan baik. Kita mesti bersatu hati!" tegas Lauren. Dia yakin walaupun hanya sekumpulan kecil yang bergerak sendiri, mereka tetap mampu berdiri teguh.

"Andrew, sebelum kita semua keluar dari sini, kau mesti pulangkan kembali semua Hay yang kau ambil dari telaga mati. Kalau tidak, aku yang menanggung akibatnya!" tegas Henry

"Okay okay aku tahulah nak buat apa" sejak berbulan-bulan lalu, hanya itu jawapan yang diberikan. Hanya janji kosong yang diberikan.

"Fred. Tempat ni gelap. Aku takut" tangis Henry. Jauh di suatu lorong, Wright si besar, bengis dan bersuara garau. Matanya agak kabur, derianya agak lemah. Lidahnya bercabang-cabang. Sering kali memakai topeng putih berlukiskan senyuman di bahagian mulut supaya dilihat seolah-olah sangat mudah didekati. Hakikatnya, siapa berjumpa pasti mati!

Seharian Wright mencari-cari dan mengutip Hay, menyimpannya di dalam telaga mati. Menggeledah semua Stable diserata tempat. Peta dalam genggamannya ditanda satu per satu. Belum sedar Hay simpanannya tidak mencukupi. Juga masih belum terbau kelibat Henry yang bersembunyi di bawah telaga mati. Wright kini berada di penghujung lorong hampir berdekatan dengan lorong yang menghubungkan dasar telaga mati. Henry hanya memerhati. Tidak dapat berfikir apa tindakan seterusnya yang harus dia ambil.

"Siapa yang tolak kau ke situ? Ni mesti kerja Andrew kan? Mana dia?" Fred berasa sangat marah. "Andrew suruh aku panjat keluar sikit-sikit. Aku tak nak. Tapi Wright makin dekat dengan aku. Macam mana ni?"

"Kau jangan panjat Henry! Kalau kau panjat kau jatuh lagi teruk kau sakit. Kau jangan panjat! Kau suruh Andrew campak semua Hay kebawah sekarang jugak. Dan kau boleh panjat Hay naik terus ke atas. Kenapa kau yang kena tanggung semua ni!"

Henry menangis sendirian.

Panjat mati
Diam mati

Monday, 10 June 2019

Kalau menang kat sesuatu pertandingan,
"Alahai. Takde pesaing boleh lah menang"

Tapi bila kalah,
"Macam tu pun boleh kalah ke?"

Susah nak menggembirakan hati semua orang. Ada ja yang tak betul. Ada ja silapnya. Tak semua orang turut sama rasa gembira bila kita rasa gembira.

Jadi, tak perlulah berusaha untuk memenangi hati orang lain sangat. Hiduplah dengan kehidupan kita dan bergembiralah!

Saturday, 1 June 2019

Ingatan: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun dah meninggal dunia. Kalau terkena pun mungkin kebetulan saje

---

Cuaca hari ini amat mendamaikan. Tidak terlalu panas serta sedikit tiupan angin lembut. Maruko memerhatikan pelajar-pelajar lain disekelilingnya yang pelbagai ragam. Ada yang berlari-lari anak menuju ke kelas. Ada yang berjalan berkumpulan sambil bergelak ketawa. Ada yang duduk dan berbincang antara satu sama lain. "Group assignment barangkali", getus hati kecilnya. Memerhatikan budaya yang agak berbeza dari negara asalnya, negara matahari terbit. Sedikit kerinduan pada keluarga dan kampung halaman tercetus. "Ahhh... Tinggal sebulan je lagi aku kat sini. Bertahanlah". Dia sudah dua bulan berada di Malaysia untuk program pertukaran pelajar antara universiti kedua-dua negara.

"Sumimasennnnnn"

Lamunannya terhenti. Sedikit tersentak apabila disergah Fariha, gadis kecil bertudung litup. Tidak pernah lekang senyuman terukir di bibir. Fariha tidak lah pandai mana pun berbahasa Jepun tetapi dia cuma faham beberapa perkataan yang dipelajarinya sendiri.

"It is okay. Are we ready for lunch? I'm hungry", akui Maruko sambil mengusap perutnya yang ramping. "Alif and Aishah want to join us too. Are you okay with that? They are going to washroom for a while so you have to wait for a little longer". Balas Fariha sambil mencuit sedikit perut Maruko. Mereka tertawa bersama sambil Maruko mengangguk setuju.

"Fariha-Chan, I have something to ask. Why some girls like you wear scarf but some other girls like Aishah don't? I thought it is a must for Muslim?". Fariha terdiam sebentar. Dia mengambil sedikit masa untuk menyusun ayat yang paling sesuai untuk dia jawab.

"Yes, it is a must.. But.. Mmmm you know.. Not all people obey the rules. We all know what we were told to do but if we break it, we will take the consequences ourselves..", Fariha berusaha untuk tidak menjatuhkan hukuman pada rakannya. Maruko mengangguk faham. Dia ingin bertanya lagi tetapi Alif telah pun tiba dan Aishah berada sedikit belakang dari Alif. Mereka beriringan menuju ke kedai makan.

"Fariha. Tadi masa nak pergi lunch.. Masa ko ngan Maruko tunggu aku ngan Aishah tadi, korang bincang pasal ape? Nampak serious je. Bila aku sampai dan-dan je korang tak nak sambung borak. Ade gosip ape-ape ke?", tanya Alif.

"Ehhhh.. Pakcik bawang betul la ko ni. Sebokkkk je kan", tempelak Fariha.

"Takde la.. Aku concern je.. Hehehe", Alif tersengih-sengih. Fariha memerhatikan sekeliling lalu menceritakan persoalan yang ditanya Maruko tengahari tadi.

"Laaaa pasal itu ke.. Kalau aku senang je. Aku cakap la minah tu kafir. Settle masalah"

Fariha tersentak. Hendak ditegur, secara fizikalnya dia bukanlah baik sangat berbanding Alif, antara pelajar yang agak "alim" dikalangan rakan sekelasnya.

Fariha berlalu meninggalkan Alif sambil berkata, "aku bukan Tuhan"

Wednesday, 29 August 2018

Hai awak. Datang sini kayuh dari rumah berapa km? Makan apa tadi? Masak sendiri ke makan kat kedai? Makan dengan siapa? Lepas kita main basikal ni, nak minum ke terus balik? Esok masuk kerja jam berapa?

Soalan itu hanya terpendam di dalam hati. Mataku mampu memandangnya dari jauh. Kenapa aku masih ambil berat? Satu keluhan besar dilepaskan. Aku rasa janggal bila berada dalam satu kelompok dengan orang yang aku pernah sayang. Silap. Teramat sayang. Tetapi hubungan itu terputus begitu sahaja. Rasa ditipu dek janji manis yang diberikan dulu. Pelbagai perasaan mula menusuk jiwa. Rindu. Benci.

"Hey! Pakwe ade depan mata pun menung ke?" Bahu ditepuk, lantas isyarat memotong leher diberikan. Terkejut. Bersalah. Bercampur aduk. Kepala diangguk. Bibir dikatup. Tidak senyum hampir sedih. Aktiviti kayuhan tetap diteruskan. Begitu juga kehidupan.

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *