tadi, aku di tag kat FB. salah satu soalannye ialah
23) saya betul2 inginkan
masa jawab soalan ni, aku sangat teringinkan
1) rumah. bukan calang2 rumah. aku nak rumah banglo, yang diperbuat dari kayu meranti atau cengal yang berkualiti tinggi. pastu ada sungai mengalir jernih kat depan rumah, dalam sikit ye, siap pakej air terjun sekali. keliling rumah pulak, ade pokok buah2an esp mangga ke, pisang ke, tembikai ker, rambutan ker. ape2 je lah. pastu, nak menarik lagi, letak la bunga misai kucing ker, bunga mawar ker, bunga tahi ayam pun buleh~ huhu. kalau duk rumah, boleh dengar bunyi burung berkicau, takde asap kereta ape lagi bunyi kenderaan kan. kalo ade pon, bunyi moto sendiri la. huhu. hurm, pastu pagi2 ada kabus. pehhh~! tak perlu kipas apetah lagi aircond. but the electricity n piping system must not be ignored la. hehehe. seronoknye berangan~!
2) meguasai bahasa2 yang ada seluruh dunia. adoi, Bahasa Melayu ngan Bahasa Inggeris ko pon berterabur, ade hati plak kan nak 'kuasai' semua bahasa. memang tak sedar diri la.
3) menurut Mahadir Lokman, cara kita nak kuasai sesutau bahasa, kita perlu berada sendiri di tempat orang menggunakan bahasa tersebut. maknanya, aku mahu menjelajah! ye! aku mahu menjelajah ke serata tempat. oi, Selangor pon tak abes jalan, nak gi serata tempat. piirah!
4) aku ingin semua di atas tercapai. :D
bahasa jawa la da.
ReplyDeleteko ajar aku eks.. :22
ReplyDelete