#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday, 13 August 2009

pertama

huhu..excited menulis.nasib baik tengah menceburi alam penganggur.kalo tengah belajar lagi, alamat tak belajar la aku.hihi

  • ape yang menarik ngan pertama ni? cop2..bukan Pertama Complex kat KL tu ye..nak bagi tahu, ini adalah BLOG pertama saya! yeyeye! marilah menulis..
  • novel bahasa melayu pertama yang aku beli ialah novel Mandatori hasil nukilan Ramlee Awang Murshid. sangat hebat tulisan dia! aku suke bace n selalu update kot2 dia ade wat cerita baru ker..pestym bace, terus jatuh cinta! then, aku terus kumpul semua novel dia. tapi aku tak tau la mane pergi buku Mandatori tu..pastu, ade la sesetengah novel dia yang laen kene makan anai2. uwaaaaaaaaa! sangat sedih. sob2. dem yuh anai2! i hate yuh! Ape yang best sangat pasal nukilan Mr Ramlee is, jalan ceritanye dan plot yang sangat menarik. keseimbangan terhadap semua aspek mcm Islam, life, love, semua ada. dan yang paling penting: Thriller. yes~ I like it. harap2 la Mr Ramlee tak pencen dari menulis. nak tau lebih lanjut, ni blog dia: http://www.kelabram.com/
  • komik Malaysia pertama aku beli ialah Under Age hasil nukilan Zint. best. kelakar. sampai sekarang aku dok kumpul komik dia. tapi, nasib baik komik2 ni terselamat dari anai2 sebab tersimpan dalam plastik. siap ko anai2.eee
  • novel bahasa inggeris pertama aku bace ialah The Hunger Games by Suzanne Collins. yay! best..tapi malangnye, cerita ni ade sambungan. tak sabarnye nak tunggu 1 September. nak beli next series la.tajuknye Catching Fire. geram gak nak tau ape jadi kat budak 2 orang tu. isk.
  • DVD original pertama aku beli ialah BLOODY MONDAY. peh thriller semate2. tapi best woo cite ni. sampai abes, penuh ngan misteri. rase nak abeskan satu malam tgk cerita ni. tapi aku tak la obses macam tu sgt.huuhu. ceritanya pasal seorang hacker yang hebat. hidup dia agak sengsara lepas dia hack sorang penjenayah yang dikatakan bakal memusnahkan negara Jepun. nak tau lebih lanjut, klik la kat link tu. tak pon g cari dvd nye.lalallaalalalla
  • Manga pertama aku beli ialah Dragon Ball. peh. kecik2 dah bace komik. patut la karangan failed. isk2. mase tu mmg addict gile aku kat Goku. setiap bulan g kedai cari komik. pandai aku kumpul duit mase kecik2 dulu. dah besar tak sempat nak kumpul. habis terus.cess.tapi sekarang dah stop. tatau nape. maybe sejak kuar tv kot. huhu.
ape lagi eks. tu je la setakat ni.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *