#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Tuesday, 1 June 2010

Punca hati tidak tenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. pernahkah atau selalukah kita rasa resah dan gelisah? mari kita bermuhasabah diri dengan melihat antara perkara-perkara mazmumah utama yang melenyapkan ketenangan hati.

1. PEMARAH
Paling mdah dikesan dan dilihat dalam diri manusia. orang seperti ini jarang mendapat kawan. siapa nak dekat kalau asyik marah saja. senyum lah sikit.
Sesungguhnya senyum itu kan sedekah.

2. PENDENDAM
sangat tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dada. Selalu mencari peluang untuk balas dendam hatta secara kecil2 sakalipun.

3. HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengki kerana ia memiliki sifat ketuhanan. tak elok dengki mendengki ni.

4. BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, pangkat, kesenangan dll darinya. Rezeki yang dianugerah ALLAH elok dikongsi bersama.

5. TAMAK
org yang tak puas dengan yang sedikit nescaya tak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminun air di laut. walau berapa banyak diminum,tak akan habis jugak. ingatlah, orang tamak selalu rugi.

6. TIDAK SABAR
Andai perkara kecil pun tak boleh nak sabar apatah lagi hal yang besar. sabar itu sebahagian dari bukti iman, dan iman itu di dalam syurga.

7. EGO
org yang memiliki sifat ini pantang dicabar. semua org ada egonya. Cuma bezanya tahap tinggi atau rendah.

8. RIAK
Terseksa sendiri kerana tercari cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan org. ALLAh marah kalau kita riak. Ingatlah apa yang kita miliki hanya pinjaman semata-mata.

9. CINTA DUNIA
Bila mati, yang kita cuma bawa adalah amalan yang baik. yang kekal hanya doa anak soleh solehah, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariah.

‘alaa kulli haal..sama-samalah kita mujahadah untuk jauhi sifat2 ini…sama-samalah kita ingat mengingati. andai kita terleka dengan DUNIA. nescaya buruklah padahnya. na’uzu billah min zaalikk. jadilah manusia yang pemaaf dan insyaAllah,kita akan merasa tenang. Wallahu aa’lam bissawab. renung-renungkan dan selamat beribadah.

signature2

4 comments:

  1. Betul2..suka la entry2 huda..bgs..keep it up..pd tdi ada dgr IKIM..siri motivasi dia pon bgs..nti nak share jugak la..:D

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah.. tetibe rase insaf jap.. aku ni mmg sentiase xtenang.. hehe.. tu yang asik nak tdo tu jek :P

    ReplyDelete
  3. nur; ni pon dapat kat emel. forward jer
    sila2 lah share. sharing is caring :)

    zxara; mcm mane hati tak tenang leh tido? hebat2. hehe

    ReplyDelete
  4. dah tau pasal menda tapi sebab dah lama jadi lupa! thanks ingatkan balik. hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *