#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday, 21 June 2010

Cuti-cuti Malaysia Sarawak #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. mari kita sambung jalan-jalan dalam Kampung budaya Sarawak. sebelum ni kita dah gi tengok kawasan orang Bidayuh, jom kita tengok cara orang Iban pula. orang Iban dikenali sebagai "sea Dayaks". 1/3 dari suku kaum Sarawak adalah orang Iban. deorang tinggal kat rumah panjang gak, tapi hanya untuk 15-20 tahun atau sehingga tanah kat kawasan tu nampak dah tak boleh nak duduk lagi. lepas tu deorang pindah ke kawasan yang lebih berpotensi untuk dimajukan.


rumah orang Iban dari tepi




ini pakaian tradisi orang Iban. nampak tak unggun api kat belakang tu. kat atas tu ade real tengkorak pihak lawan yang mereka letak sebagai tanda kekuatan berlawan. (serius aku ade amek gambar tengkorak-tengkorak tu. isk =.=' camaner boleh ilang ntah)

kawasan yang kami berdiri neh adalah tempat orang lelaki tidur. mereka tak dibenarkan tidur dalam bilik melainkan kanak-kanak atau golongan wanita


jom tengok video Iban - Ngajat Pahlawan


this traditional welcoming dance performed by the villagers to welcome their warriors after they have come back from a victorious battle.

seterusnya ialah Penan.

Penan ni hidupnya nomad. suka berpindah randah dan pemalu. rumah yang deorang bina boleh tahan untuk beberapa minggu ke beberapa bulan. kelebihan mereka ialah menyumpit. aku pon ade try meyumpit gak. hebat kan. bolehla aku join Penan lepas neh. hehe


boleh klik untuk pembacaan yang berkesan ^^

mane satu orang penan? hihihi

sampai sini je lah eks~ nanti sambung suku kaum laen. hehe. babai~


signature2

2 comments:

  1. astaga,aku da la pose!isk3....kurang point aku arineh. ;P

    ReplyDelete
  2. hahaha~ orang Iban ngan penan je kot~ hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *