#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday, 10 June 2010

Cara Untuk Dimurahkan Rezeki


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. ape khabar? Harap semua dalam keadaan sihat hendakNya. mari kita bincangkan cara yang saya rasa paling mudah untuk mendapat rezeki yang murah di bumi milik Allah SWT ni, insyaAllah.

seorang pakar motivasi terkenal iaitu Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata

"setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu dan bapamu, tak kira sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia, nescaya pintu rezeki akan terbuka buatmu"

Berdasarkan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;

"Tidak akan putus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

mari kita huraikan Hadis tersebut.

Sebagai seorang anak yang soleh/solehah, janganlah kita mengabaikan atau memutuskan doa terhadap kedua ibu bapa kita tak kira lah sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. contoh doa yang kita boleh amalkan seperti

"ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil"

Allah akan memurahkan rezeki mereka yang tidak putus berdoa untuk kedua ibu bapa mereka (tak kiralah jika ibu bapa mereka leka akan dunia, doalah supaya mereka berubah)

ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa juga keredhaan Allah

semasa berdoa, berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh harapan dan rayuan agar Allah mengabulkan doa kita. sesungguhnya doa anak yang soleh itulah yang bakal menjadi bekalan di kubur kelak.

itulah semudah-mudah cara, selain berusaha. hehe, jangan dok berdoa harap dapat rezeki jatuh terjelepuk dari langit tapi takde usaha. memang ade yang kene PIANGG disitu.

oh ya~ rezeki bukan bermakna harta dan wang ringgit yang berkepuk-kepuk, tanah berekar-ekar. rezeki boleh jadi nikmat sihat, kesenangan hidup, kebahagiaan dunia dan akhirat atau ketenangan hati yang cukup untuk kita mengukir senyum di wajah setiap hari dengan dada yang lapang.

ni aku mase umur setahun. saje bagi tahu. hehe.


renung-renungkan dan marilah kita mengamalkan bersama~

signature2

6 comments:

  1. wa..bagus tips ni.

    smart giler jambul rambut ko

    ReplyDelete
  2. alamak, aurat aku tu. isk2.

    tapi natural beauty tu xbley wat ape ar. hihihi

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    nice tips..syukran yer atas perk0ngsian =)
    m0ga murah rezeki semua

    ReplyDelete
  4. sharing is caring ;)

    insyaAllah amalkan la selalu~

    ReplyDelete
  5. bgs nya entry ni huda..thumbs up la..:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *