#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikuum

Satu pagi yang indah, aku dengar IKIM.FM, (91.5-KL). Kebetulan masa tu dj pasang sajak bertajuk "Kita Buna Hidup Ini" best. Best gila dengar gaya bahasa penyajak. Nak-nak pulak suara orang yang menyajak (betul ke ade perkataan ni) pun sedaaap. Masa tu buat aku terfikir nak rekod sajak tu kat sini. Hehe. Jom layan~~~

Kita bina hidup ini
dengan kecukupan bukan dengan kelebihan
dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan
dengan kemudahan bukan dengan kesenangan
dengan keperluan bukan dengan kemahuan
dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan
dengan kekayaan bukan dengan kemewahan
dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.

Kita bina hidup ini
bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya
bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya
bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya
bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya
bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.

Kita bina hidup ini
dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi
dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan
dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri
dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.

Kita bina hidup ini
bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.


( Mustafa Shamsuddin, Amman Jordan
Berita Minggu, 14 Feb 2010 }
Taufik Hidayah at 8:31 PM

Ha cane? Ade menghayatinya tak? Best kan sajak beliau. Tu je nak share. Kbai!


Friday, 13 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum & selamat pagi yang indah. lepas solat subuh sebaik-baiknya jangan sambung tidur sebab masa ni la pintu rezeki tengah ternganga luas. kalau tak tahu nak buat apa, jom kita solat Dhuha.

Rasulullaah SAW telah bersabda;

Solat Dhuha it mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuda kecuali hanya orang-orang yang bertaubat
Niat solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

minimum 2 rakaat, maximum 12 rakaat. buat setiap 2 rakaat 1 salam.

Doa selepas solat Dhuha

kita nyanyi sikit. senang nak hafal. Doa solat Dhuha oleh kumoulan nashid UNIC. kalau buka ikim pagi-pagi dalam pukul 8:20am, mesti deorang akan pasang doa ni.


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksud Doa

Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha Mu, keindahannya keindahan Mu, kecantikannya kecantikan Mu, kekuatannya kekuatan Mu, kekuasannya kekuasan Mu, perlindungannya perlindungan Mu.

Ya Allah jika rezeki maasih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah.

berkat waktu dhuha, kecantikanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu

Ya Allah, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh

Amiin ya Rabbal 'Aalamiin

Tuesday, 3 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum

salam sejahtera satu Malaysia. apa khabar semua? harap sihat la hendaknya kan. macam mana hari-hari dilalui dengan kenaikan harga minya setinggi 20 sen? harapnya harga barang dan perkhidmatan tak naik seiring dengan pelaksanaan GST. mana aku tahu semua ni sebab aku bukan jenis tengok berita kat TV mahupun surat khabar. rumah ada TV tapi aku jarang tengok. suratkhabar pun tak pernah beli. hehehe.. pendapat aku, rata-rata rakyat Malaysia ada smartphone. kalau tak pakai data plan pun takpe. yang penting smart & phone. bila-bila masa pergi mamak ke, boleh guna Wi-Fi kan. semua pun boleh hantar percuma, tanpa had. dunia tanpa sempadan. sekarang tak payah nak risau bila nak berkomunikasi dengan orang yang berada di luar negara dengan pantas. text je, sekejap sampai. 

Aku perhatikan tak kira dari laman sosial atau mana-mana medium pun, rakyat malaysia BANGGA kongsi maklumat tanpa usul periksa. maklumat yang tak sahih dan tak pernah diselidik pun. asal marah dengan si polan, sebar maklumat pasal si polan buat jahat itu ini. bagi tahu seisi dunia, guna semua media percuma yang ada.

kadang kala, orang yang dok sebar-sebar maklumat ni bukan sebab dia marah pun. suka-suka nak naikkan traffic je. asal nampak berita tu sensasi, kita sebar la lepas tu kat hujung ayat letak iklan sikit bagi orang tengok. kot ade yang berkenan oke gak. masyuuuk tuuuu! tak kisah la kalau ada yang terluka dek perbuatan kita tu kan. janji cerita best, orang suka baca, sebar, kita kaya. hehehehe. pakcik kayo! lepas tu boleh BANGGA diri tayang duit kertas RM100 berkeping-keping.

bagi yang sendirian atau orang orang muda mudi tafsir sebagai lonely, mula cari jalan nak dapatkan perhatian ramai. lagi panas berita, lagi banyak orang suka, lagi  la orang kenal kita. Siapa tak BANGGA bila serata dunia kenal kan. hihihi. macam ni rupaya perasaan jadi perhatian ramai. bila ada yang percaya cerita ni, boleh la tambah kenalan. seronoknyeeee..

Tu je lah kot. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. Hehehe. Kbai!




kami tidak menentang sains dan teknologi tetapi kami menentang kekufuran & kemungkaran yang ada dalam sains dan teknologi. sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh.
signature2
aku pun rakyat Malaysia

Friday, 2 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa mu setiap pagi (samada mereka masih hidup ataupun telah tiada). Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu"

"Tidak akan terputus rezeki seorang anak itu selagi dia tidak meniggalkan doanya kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

janganlah sesekali kita meniggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa (samada yang masih hidup ataupun telah tiada). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa itu ialah keredhaan Allah SWT

Semasa kita berdoa, hendaklah kita berdoa dengan bersungguh-sungguhsambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua-dua ibu bapa kita. mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT atau tiada keberkatan dalam rezeki atau harta mereka.

Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.

Rezeki yang datang dari Allah kepada kita bukan kerana adanya sijil ijazah, Master atau PhD tetapi dengan hati yang tulus ikhlas yang berdoa untuk ibu dan bapa kita.

"Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah doa kami dan dosa kedua-dua ibu bapa kami. berkatilah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, juhilah mereka dari azab bahaya, lindungilah mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil. Amiin ya Rabbal 'alamiin."
signature2

Sunday, 28 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum.




Semalam, 27 July 2013, aku & kawan2 ade anjurkan satu program charity (Raudhah Ramadhan) bersama anak-anak yatim & asnaf di Raudhatul Al-Faeez (alamat: Batu 9 1/2, Jalan Gombak, KL)




masa ni tengah prepare barang-barang. dalam sampul ade duit raya (atas) & goodies (bawah) hasil sumbangan tetamu dan masyarakat. jumlah semua 30 (ada 30 orang pelajar kat rumah tu)

jalan nak masuk rumah ni curam gila. member yang pakai kereta manual agak parah sikit la nak naik atas. ade sorang kawan sampai tinggalkan kereta kat bawah sebab tak larat nak naik. hehehe

view rumah dari luar

budak2 standby nak buat persembahan nasyid. budak-budak ni cerita pagi tu deorang pergi AEON Wangsa Maju beli baju raya. so petang tu deorang agak letih

persembahan nasyid dari kumpulan Al-Faeez

yang kanan sekali founder rumah ni, Pn Zahrina. deorang panggil Ummi. difahamkan bahawa tanah & rumah yang deorang tinggal sekarang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang telah dirahsiakan identitinya. Alhamdulillah.

DJ yang bertugas. Set PA system ni dia yang punya.



semua orang berkumpul kat tanah lapang untuk aktiviti santai sebelum berbuka. setiap anak2 dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut abang-abang & kakak-kakak masing-masing. kira sesi ice breaking la ni. 

Masa masuknya waktu maghrib, kitorang berbuka dengan kurma & air kosong dulu. lepas tu solat Maghrib berjemaah & makan berat2. perut lapo sangat, so xde la nak ambil gambar makan pun. hehehe...

then solat isyak berjemaah + terawih 4 rakaat. ada slot tazkirah bertajuk "tanggungjawab kita"





lepas habis tazkirah, sambung solat terawih 4 rakaat, 3 rakaat untuk witir.

sumbangan masyarakat, individu + kumpulan




emcee bertugas pada malam tu


antara tetamu hadir
pandang je kuih moreh tu ye. hehehehe
dalam kotak polystyrene tu ade dadih. sedap oh!

adik ni nama dia Iqram. dia paling muda antara anak-anak yang lain. umur baru 3 tahun. kawan-kawan dia kata, dia duduk sini sejak kecil.



tu je la kot.. tak ambil banyak gambar pun.. yang penting program ni berjalan lancar & budak2 ni pun gembira. kepada yang menyumbang + meraikan program ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan. semoga Allah memberkati & merahmati anda sekalian. kbai. 

P/S: bukan nak menunjuk, tapi nak bagi tahu semalam program tu memang ade. bukan kutipan kosong semata2. peace!

signature2

Tuesday, 9 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Tahun ni, bulan Ramadhan kali ni yang paling mencabar buat diri aku aku. aku rasa la. walaupun masa aku menaip ni adelah hari pertama Ramadhan menurut kalendar Islam.

Semoga menjadi batu loncatan untuk masa depan aku yang cemerlang, gemilang, terbilang dan berbilang2.

Janganlah dengki kat aku, aku xde ape2 pun.

mungkin ko rase aku ade ape2, tapi apekah ia?

"if people are trying to bring you down, it only means that you are above them"

terima kasih. saya sungguh termotivasi dengan kata2 semangat ini.

Selamat berpuasa semua. Semoga menjadi orang yang sangat baik dan dirahmati Allah. Amiin.

signature2

Sunday, 13 January 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamku, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan dariku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu."

Amiin ya Rabbal 'Aalamiin.

Aku pernah dinasihatkan seseorang yang aku sangat-sangat adore, yang kini kaya, berjaya dan bahagia hidupnya; Subhanallah, supaya sentiasa mengingati Allah. katanya; hidup ini penuh dengan pilihan. bukan sahaja untuk mencari pasangan, pemimpin, pekerjaan atau perniagaan yang baik malahan setiap pergerakan kita adalah satu pilihan. pilihan kita sendiri. anda memilih untuk meneruskan pembacaan entry ini atau memangkahnya. ia satu pilihan. bangun pagi2 dan pergi mengejar mimpi atau sambung tidur dan terus bermimpi? makan breakfast nasi lemak atau roti canai? baju apa yang hendak dipakai? jalan mana yang hendak dilalui? secara kita sedar atau tak sedar semuanya adalah berbentuk pilihan. seringkali kita berkata-kata "kalaulah aku tahu....".

jadi Istikharah adalah amalan yang harus diamalkan bukan sewaktu kita merasa terlalu buntu terhadap sesuatu perkara, tetapi untuk setiap masa. 

kalau susah untuk melakukan sunat 2 rakaat, mungkin dengan hanya amalan membaca doa ini selepas solat fardhu dapat membantu? 

kalau orang yang sudah kaya, berjaya dan bahagia pun buat istikharah selalu, humble kepada kekuasaan Allah SWT, takkan aku yang miskin ni pun nak ego? pilihan di tangan kita. wallahualam bissawab.
signature2
-don't seek advice about life from someone who are not enjoying life-

Monday, 12 November 2012

Assalamualaikum wbt

best oh cuti hari ni. bangun pun lengah2. dah bangun pergi jalan2 sana, jalan2 sini. KL agak lengang sebab ada yang masih kerja, ada yang dah balik kampung. topik utama aku hari ni bukan nak berlagak syoknye cuti sebab kilang aku ade gak call berkali2 kan. sebenarnya aku nak cite macam mana nak elak disaman sewaktu diminta "sesuatu" oleh si penyaman.

ada kat satu simpang area Loke Yew, aku drive dengan selamber skip dari lane kanan ke lane seberang yang ada double line. 10 meter kat depan ada tangan yang melambai. seorang lelaki baju putih siap ada vase pantul cahaya warna hijau menahan. datang seorang kawan segak berbaju putih kat tangan kiri ada sebuah buku catitan. tangan kanan pegang pen. aku stop kereta ngam2 belakang sebuah kereta Proton Pesona. 

lelaki tadi melihat2 road tax keretaku. ambil plate kereta lalu datang dan memberi isyarat untuk menurunkan tingkap. "Assalamualikum.. nak tengok lesen.." tanpa banyak cakap aku berikannya. "asal mana? kerja kat mana? nak pergi mana ni?"

memang dasar seorang polis yang banyak tanya. aku jawab sehabis jujur. setiap manusia ada kelemahannya. "awak nak saya catat ke tak? langgar double line boleh tolerate. kalau nak masuk simpang ni kena buat u-turn kat depan tu sikit je lagi cik. cepat.. kalau nak kena saman, saya tulis.. amacam?"

amboih.. berbudi bahasa. hilang dah hormat aku kat ko. aku dalam wallet memang la ada beberapa cash. tapi prinsip aku, aku takkan memberi atau menerima rasuah. "saya kalau keluar memang tak bawa banyak cash." "kalau isi minyak camner? berapa cik ada?" mak oi. ingat ni jual beli.. aku perangkap dia balik. 

"saya tak bawa banyak cash. isi minyak pakai kad. tol pakai touch & go. kalau encik nak, esok petang saya belanja makan. sekarang memang tak dapat la.." 
"tak nak. nanti bini saya marah" 
"bawa dia sekali"
"tak nak lah. kes hari ni kena settle hari ni gak" 
"tak ada.. memang tak de. kalau nak gak esok je." 

duit aku ade, tapi takde rasuah untuk ko. maghrib2 macam ni memang banyak setan berkeliaran hasut deorang ni buat pekerjaan tak senonoh. hancur.. hancur.. deal punya deal..

"okelah saya bagi amaran je kali ni kat cik. lain kali buat u-turn kat depan tu "
"terima kasih. Assalamualaikum.."

selamat. aku tak kena saman, aku tak bagi rasuah, dia tak dapat rasuah.. kalau tanya aku siapa polis tu, minta maaf, memang aku jenis tak ambil port ape nombor badan dia ke ape bagai. otw ke Gombak tu aku buka radio frequency 91.5. kebetulan ada ceramah tentang besedekah kepada diri sendiri. ustaz tu kata, salah satu cara untuk kita beramal kepada diri sendiri ialah dengan tidak memberi dah menerima rasuah. pek! tertepek kat hidung aku. lain2 isi ceramah tu aku tak dengar. otak aku melayang entah memane. Alhamdulillah aku mampu menahan nafsu. kan best kalau time polis tu minta kat aku ceramah ni tengah berlangsung. boleh bagi dia dengar sekali. 

sebenarnya ni kali kedua aku kena kes macam ni. kali pertama aku kena sebab guna phone masa driving. aku cakap benda yang "nak saman, saman la. saya tak bawa cash pun..." terbukti berkesan untuk kedua2 kali. harap2 la tak ada polis yang "tak jujur/pecah amanah/tak bertanggungjawab" baca blog aku so dia tahu trick mengelak rasuah secara baik. hohoho. 

signature2

Sunday, 5 August 2012

Assalamualaikum wbt.


semalam aku jalan-jalan kat blog Denaihati aku terbaca satu entry tentang eQurban (Denaihati ialah blog rasmi untuk eQurban). eQurban ialah sebuah program untuk umat Islam menunaikan ibadah Aqiqah & Qurban di Kemboja.




eQurban juga turut menganjurkan program affiliate (Rakan Niaga) kepada semua rakan Blogger, Facebook dan Twitter yang ingin menambah pendapatan sambil beramal dengan mendaftar di eQurban.com secara percuma.


signature2

Saturday, 4 August 2012

Assalamualaikum wbt


Sedar tak sedar dah 15 Ramadhan kan. cepat betul masa berlalu. 


kebiasaannya aku kerja sampai malam. paling awal pukul 10pm baru nak kemas2. tapi bulan puasa ni aku balik berbuka, solat isyak dulu, baru masuk kerja balik. biasa lah bukan sebab pekerja cemerlang ke contoh, tapi waktu siang kerja tak effective. tu yang drag sampai ke malam. kalau biasa kerja kilang, kul 6pm tu baru la start nak wat kerja. yang dari kul 9pg sampai 6pm tu meeting je memanjang. huhu


so ada satu malam baru-baru ni, Khamis malam Jumaat aku masuk kerja. duduk sorang-sorang kat belakang. ruang kerja aku tu dulu office tapi dah renovate jadi production line. banyak gak rumors yang aku dengar yang orang selalu kena kacau malam-malam kat situ. aku pernah kena gak, tapi ntah buat tak tahu je la.


so berbalik kepada cerita tadi, aku tengah khusyuk buat kerja, aku rasa macam diperhatikan. seolah-olah ada orang kat belakang tengok aku. tapi buat tak tahu je la kan. aku fikir, bulan Ramadhan semua jenis syaitan dan jin kena ikat ye dak. tapi still perasaan tu berlawan-lawan. aish tak leh jadi. siap bila ada tech tegur aku dari belakang, aku terkejut tahap bahu terhenjut. nasib baik boleh cover sikit. huhu. 


paling tak best bila teringat kisah-kisah aku kena ganggu dekat kawasan yang sama dulu. sampai ikut aku dari production line ke office. pelik. aku rasa macam seram sejuk tapi lawan la perasaan tu. zikir la untuk tenangkan hati


"..dan ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."


dalam pukul 11.30malam, kerja aku dah siap. kemas-kemas barang, fikir nak masuk toilet. Qada' hajat sebab nak balik gombak makan masa sejam gak la kan kalau bawa kurang 130kmph. sampai je depan pintu, tiba-tiba ada sorang perempuan yang baru keluar toilet tengok aku, muka habis takut. dia tutup telinga, menangis. makin lama makin kuat. eh, ko pehal takut sangat tengok aku sampai camtu sekali. aku tanya sorang akak yang baru keluar toilet, dia kata tak tahu.


aiseh. aku datang dekat, aku rasa dia ni kena histeria. lain macam cara menangis. aku nampak kuku dia panjang bukan main. alamak. kalau aku salah cara mau kena cakar ni. ada yang sambut raya muka berparut. "sakit kepala ker?" aku tanya. dia meraung je. hish. 


pak guard datang dari bilik sebelah. "apesal?" "takuuuuutttt... huwaaaa.." aku pulak blur. takut nak berak sorang-sorang kot. aku fikir dalam hati. aku & guard tadi bawa dia pergi health center. kat sana dia cerita ada suara panggil-panggil nama dia. terasa ada someone ikut dia kat toilet tadi. masa tu aku terfikir, bukan semua syaitan dah kena ikat ker? musykil aku. 


then tadi aku terjumpa satu huraian dari Ustaz Azhar Idrus kat facebook.



baru aku faham macam ni rupanya. aku buka juga youtube tu.



aish. risau pula. tapi takpe la. ape yang kita boleh buat ialah berdoa mohon perlindungan ye tak..

signature2

Thursday, 2 August 2012

Asslamualaikum warahmatullah.



Qasidah Istighfar with English Subs




Istighfar-Istighfar
1. 100 kali
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had
لَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)  melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.


Saiyidul Istighfar (Raja Istighfar)


Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku sentiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.

(HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim)

(Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu)

Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada siang hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk syurga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk syurga.



Marilah kita beristighfar. paling kurang 3 kali sehari pun tak pe. sebab janji... 



janji... 



janji Allah ditepati \(^.^)/

signature2

Friday, 6 April 2012


“Mengenai surah Fatihah ia adalah penyembuh segala penyakit.” 
(HR Darami)

“Apabila salah seorang daripada kamu membaca “Amin” Para malaikat 

dilangit juga akan berkata “Amin”. Barangsiapa menyamai aminnya maka

 akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu.” (HR Burkhari)




signature2

Saturday, 18 February 2012



Bismillahirrahmanirrahim





  • Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


  • Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

  • Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. (jangan pulak dok baca bersungguh2 tapi tak berusaha memang ... memang ... ah, letak la sendiri.)
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

wallahu 'alam bissawab




signature2


Sunday, 23 October 2011

Assalamualaikum


aku ada satu senjata teragung untuk di share secara percuma okay. mula2, baca Bismillahirrahmanirrahim. lepas tu baca doa kat bawah.




happy moments - praise Allah 

difficult moments - seek Allah

quiet moments - worship Allah

painful moments - trust Allah

every moments - thank Allah





renung-renungkan. selamat berdoa dan beramal~



signature2

Sunday, 22 May 2011

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased. 

After the funeral ends, everyone went home. Munkar and Nakir come and tried to separate them so that they can questioned the dead alone about his loyalty to Allah. 


But the handsome guy said that: he is my friend. he is my accompany. i will never leave him until that I confirm he is belong to Heaven.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

May Allah bestow this favour on all of us.

signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *