#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday, 5 October 2009

pagi tadi, dia buat kerja tak ikhlas. suka hati aku je judge orang tu ikhlas ke tak. okeyh tukar, aku nampak dia tak rela buat kerja ni. aku mintak xerox dokumen aku. 4 helai je oke. bukan 4 bijik buku. siap aku bayar tahu. dia tanye urgent tak? aku dengan sopannya jawab, tak. dengan huru hara nye dia keluar jap ye nak hantar orang. oi, ko copy bende ni tak sampai 5 min lah. seminit pon belum tentu ko dapat cecah. baiklah, aku datang lagi sekali n mintak tolong bende yang same, aku kira lebih dari 15 min ko buat kerja senang ni. marah lah. ko sempat curi-curi telan 2-3 ketul donat, makan depan orang puasa ni (nasib baik ko tak tau aku puasa) buat kerja lembap pastu dok ngomel2 kerja itu ini sampai kertas aku pon terasa gula pasir. ape kes? marah lagi ni. ya, aku tekad, tak mo mintak tolong kau lagi. blah lah.

lagi satu bende buat aku marah. tolonglah jangan suka gurau kasar. ngan aku takpelah. aku tau ko ni memang jenis masuk air. dah 7 tahun oke, ko sebarkan bende ni. tahun ke 5 aku baru tahu! tak tahulah camne aku nak kurangkan air yang masuk otak ko tu. lantak ko lah. ko dah tua ko tahu ape yang ko buat. dosa ko tanggung sendiri lah. malas nak amek port kat orang2 camni. lagi lega kalo aku dapat tumbuk terajang orang2 ni. haih. takpelah 1 Malaysia punya pasal. aku maafkan ko lah. yang lain tugas n tanggungan ko sendiri lah. (jangan tersedak ye En Lah. hahahaha)
myself

Sunday, 4 October 2009

aku ada seorang guru. aku sangat suka cara dia ajar aku. bukan sebab dia comel (dia memang comel tapi adakalanya dia kejam) kejam? sebab dia suka bagi assignment yang susah. tak ada dalam buku (cthnya kira semua teori ultrasound pada badan gajah) pelik kan assignment nya. final year project kami pun susah. aku selalu kata "Dr kejam." dia senyum jer. "bagus" katanya lagi "jangan jumpa saya selagi tak bawa Mercedece". tapi kadang2 aku sebagai seorang yang matang (hehe), berfikir; adakah untuk kebaikan dia atau kebaikan aku? (sapelah yang main mercun ni? tergugat idea aku) tapi bila aku baca entry ini, dan sebelum2 yang sewaktu dgnnya, aku rasa kesian kat dia. bukan dia yang buat. tapi, perangai mereka membuatkan aku rasa geram kat seluruh rakyatnya. pernah dengar frasa ini; baju kalau cantik macam mana pun, kalau ade setompok kekotoran, orang nampak yang kotor tu jer. lagi satu; kalau kita buat sepuluh kebaikan, satu kejahatan, orang akan sentiasa ungkit yang satu kejahatan itu. lagi, pemes punyaa; kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. kan bagus kalau dia adalah rakyat Malaysia. kan bagus kalau rakyat negaranya tak bertindak demikian.
myself


ni budak2 BRIOT yang hadir (kecuali si kenit tu. huhu) isk, sopannye aku berdiri. haiz

Adam yang ceria. dia ni pemalu, beza ngan mak dia (ops!) mase ni kami tengah lawan snap picture. hehe

Muhammad Hamizan. wira baru kakak aku. huhu sempat lagi senyum ye~

laptop aku. this is the current status. T_T


ini hadiah konvo hari tu. Zuli, n Faz, tak tahan la. bajet nak simpan tapi sedap pulak. dah ngap dah. hehe. simpan kotak je la ye~
myself



Saturday, 3 October 2009

pening kepala la. pagi2 lagi dah pening. mane taknye, asek mimpi buruk jer. adekah sebab aku tukar cadar baru? isk, tak de kene ngene langsung la plak.

malam tadi aku mimpi aku ade kat satu hostel. ye, aku rase aku ade kat situ sebab aku main MASUM. MASUM? pelik. aku bukan student lagi, n aku BUKAN LAYAK pon main MASUM. lagi pelik, aku kenal sorang jer kat situ, kawan lame aku mase BRIOT (bagi name O je lah), kitorang same2 men NETBALL. boleh pulak tgh sembahyang dalam mimpi tu, sejadah lari2, maknenye kiblat aku tunggang langgang. munculla hantu2 kat tepi tingkap la, tepi katil la. tapi semua tu dapat aku tepis2 sebab mind setting aku "ala, image processing jer" jadi tak mengganggu aku sangat. bila aku mula bercakap dengan seseorang (:D), aku terjaga. (mimpi ni terhenti sampai O tadi ajak g jalan2). adoi, belum Subuh, tido balik.

ya, masalah muncul bila tido balik. aku tengah jalan2 naik motor. aku takut sangat sebab ade sorang budak lelaki ikut dari belakang n asyik warn aku JANGAN MAIN MASUM. aku kenal dia, kawan BRIOT jugak (namenye H). dia main SILAT, n dulu same DEPARTMENT PREFECT, budak PA. jauh aku larikan diri dari dia, makin cepat dia kejar aku. O pon tak tau nak wat ape. sampai satu kedai, aku nampak voodoo tergantung kat kedai tu. O buang jauh2, H kejar barang tadi. jadi kami ambil kesempatan untuk lari dari situ. tiba2, H ade kat belakang. ape yang aku bincang2 ntah, aku naik moto ngan H. bongek. sampai satu tempat, dia suh aku naik basikal sendiri untuk balik hostel dengan amaran JANGAN MAIN MASUM. sampai hostel, aku terus g belakang bangunan nak AMBIL BAJU di AMPAIAN. aku nampak H kejar aku. dari aku tunggang basikal, tetiba pakai roller blade. bnyk kali jatuh, last2 dia tangkap aku. aku lawan, bertumbuk sepak terajang, aku terjaga bila aku jerit "apa masalah ko nak halang aku semua ni?!" arrrgghhh Subuh dah pun berlalu.

ye, semua mimpi2 dalam keadaan tak bersuara. tapi kalau aku mula bercakap, mesti terjaga.
myself

disklemer: panjang sgt ni. tak yah bace ye.

siang tadi, 12.00 noon aku g jamuan raye kat depan surau. apentah name kompeni yang sponsor tu. siap jemput anak2 yatim bagus2~ aku ni perut kecil (ye ker?) je. yelah~ aku makan sikit jer. pastu , aku balik, tinggalkan mak aku nak borak2 ngan kawan2 dia. huhu

balik surf internet, lepas Zohor aku tido. tak pernah tido siang ni. isk. aku mimpi. yang pertama, rumah aku tu, bukan rumah yang aku tinggal skang. rumah tu boleh di katakan seberang padang dari rumah yang aku tinggal dalam realiti hidup ni. huhu. tapi, rumah yang aku stay ni, still ade dalam mimpi tu. ape ni? belit2. biar aa. mimpi je pon~

pastu, mase kat umah mimpi tu, petang, aku tengah kutip baju kat ampaian. baju2 tu aku nak angkut g umah sebenar. dah lintas jalan, tetiba teringat ade lagi barang tinggal, so aku patah balik. aku tak pasan ade kete lalu (saga putih, driver lelaki). tapi aku bernasib baik sebab kete tu berhenti. tapi aku tak lintas sebab aku nampak bas (kaler biru) datang ke arah kami. aku undur. BOM! kete kancil langgar saga tu. cepat2 aku lari. mengelak ke blakang. BOM! bas biru tu langgar kancil tadi. dahsyat! kancil tu penyek terus. tak sempat orang dalam kancil tu nak keluar. mati di situ. orang2 dalam bas n kete saga tadi selamat. ade sorang lelaki, mungkin umur belasan tahun keluar, menjerit2 panggil name seseorang. pada agakan aku, mungkin itu adalah parent dia yang hantar dia b4 dia naik bas tadi. tapi dia sebut "ahjuma" isk. masuk Korea pulak.

sedar2 aku tgh angkat baju lagi. masa tu dah senja. aku still kutip baju. pastu, ade 2 orang pegawai polis borak2 ngan mak aku kat luar rumah. aku ingat dialog ni "tak takut ker tinggal sorang?" "tak, dah pasang kunci kat luar" pastu, aku terus jumpa polis2 tu. "encik tak nak soal siasat saya ker? saya saksi tempat kejadian" "eh, awak ade ker? kalau nak cerita, cerita je lah" aku mula bercerita. mak aku tak percaya. polis2 tadi pon tak percaya. aku nangis2 pon deorang still tak percaya. sian aku.

biaselah mimpi, sedar2 dah malam. aku still tgh angkat baju kat ampaian. ade 2 orang lelaki naik motor. memang mencurigakan. oh ya, mak aku gi surau mase tuh. lelaki2 tadi tu terus ke rumah orang kaya yang menghadap rumah dalam mimpi tu. of course seberang padang gak. (sederet ngan rumah sebenar dalam realiti) lelaki2 tadi panjat pagar rumah tu. pintu rumah tu ternganga luas. terus aku jerit sekuat hati "pakcik! ade pencuri kat luar!" pakcik tu dengar! tapi aku lagi heran bila dia greet pencuri2 tu macam kawan rapat. at last aku biarkan jer. mungkin kawan2 dia nak surprisekan dia.

tengah malam. aku still kutip baju di ampaian. datang sorang perempuan naik kereta. mencurigakan. dia datang kat pagar rumah. ajak aku g satu tempat. aku tak nak. dia paksa2. siap roboh2kan kunci yang mak aku pasang. aku marah sampai aku sepak + tampar + terajang dia. baru dia pergi.

aku terjaga, dalam keadaan mulut lopong mintak tolong. dada aku berombak kencang. aduish. pening. malu. semua perasaan ada. aku sambung lelap mata. terus mimpi, aku tengah berlari keluar dari rumah. tapi bukan rumah tadi. kawasan kampung, rumah batu yang susunannya tak teratur macam rumah setinggan. kat belakang ade orang tgh kejar aku.

azan Asar. aku terjaga. sembahyang Asar. duduk2. blur ngan mimpi2 tu. mesej Lis, terus cerita kat dia. dia kate macam filem Sepi. tapi Sepi 3 cerita dalam satu filem. aku 4 cerita eh, 5 cerita dalam satu mimpi. huhu. baru abes tgk cerita tu. best gak. nak tgk Cinta pulak. hehe. menyesal tido siang. huh
myself

Friday, 2 October 2009

here, i wanna share something with you my dear readers. it is about a novel.
surprise? why am I promoting a LOVE NOVEL STORY?

the answer is: the author is one of my best friend, who is still studying at UTM. more, she is older a year than me and we always use "aku-kau", "oi", "bongek" as to replace our name. this is her first novel published. she also loves to write poem especially to express her feeling(?) or just imagine that she is expressing others feeling(?). ah, leave the question mark to herself. also, she likes to write a short story. in Malay which we call it cerpen (sorry that i don't know what they call it in English). if you are feeling curious and wanna know more about the story above, you are invited and don't be hesitate to click this link: Rindu Akan Memanggilmu. also, you can get this novel from any bookstore! (only when the novel is published soon. hehe)

p/s: if you found any English error here, feel free to correct it oke. i am really appreciate it~
myself

hari ni agak bengang. sebab aku masuk kelas kedudukan terakhir. pada awalnya mereka boleh dikatakan berkelakuan agak baik, tapi selepas 20 minit, mereka mula mengeluarkan tanduk yang sangat besar. haiz, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. aku sangat marah kecuali kepada hanya beberapa pelajar yang masih mahu belajar. aku tak pandai marah depan2. tak tau macam mana nak marah. at least tegur. tak pandai. last2 aku tinggalkan kelas tu begitu sahaja. memang tak leh jadi cikgu. teringat semalam 5 orang pelajar kelas aku ditengking depan aku sebab ponteng masa kelas aku. aku sendiri tergamam. yelah, mesti cikgu yang marah tu kata dalam hati; aku ni tak bertanggungjawab. biarkan pelajar bising dan berkeliaran. lega mulai minggu depan mereka dah mula menghadapi peperiksaan PMR. tapi aku mahu lakukan sesuatu agar tak terasa tanggungjawab aku sebagai cikgu hanya makan gaji buta!
myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *