#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday, 21 June 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. mari kita sambung jalan-jalan dalam Kampung budaya Sarawak. sebelum ni kita dah gi tengok kawasan orang Bidayuh, jom kita tengok cara orang Iban pula. orang Iban dikenali sebagai "sea Dayaks". 1/3 dari suku kaum Sarawak adalah orang Iban. deorang tinggal kat rumah panjang gak, tapi hanya untuk 15-20 tahun atau sehingga tanah kat kawasan tu nampak dah tak boleh nak duduk lagi. lepas tu deorang pindah ke kawasan yang lebih berpotensi untuk dimajukan.


rumah orang Iban dari tepi




ini pakaian tradisi orang Iban. nampak tak unggun api kat belakang tu. kat atas tu ade real tengkorak pihak lawan yang mereka letak sebagai tanda kekuatan berlawan. (serius aku ade amek gambar tengkorak-tengkorak tu. isk =.=' camaner boleh ilang ntah)

kawasan yang kami berdiri neh adalah tempat orang lelaki tidur. mereka tak dibenarkan tidur dalam bilik melainkan kanak-kanak atau golongan wanita


jom tengok video Iban - Ngajat Pahlawan


this traditional welcoming dance performed by the villagers to welcome their warriors after they have come back from a victorious battle.

seterusnya ialah Penan.

Penan ni hidupnya nomad. suka berpindah randah dan pemalu. rumah yang deorang bina boleh tahan untuk beberapa minggu ke beberapa bulan. kelebihan mereka ialah menyumpit. aku pon ade try meyumpit gak. hebat kan. bolehla aku join Penan lepas neh. hehe


boleh klik untuk pembacaan yang berkesan ^^

mane satu orang penan? hihihi

sampai sini je lah eks~ nanti sambung suku kaum laen. hehe. babai~


signature2

Sunday, 20 June 2010

Assalamualaikum semua. hari ni nak sambung lawatan aku ke Sarawak Bumi Kenyalang. kali ini kita ke Sarawak Cultural Village atau Kampung Budaya Sarawak. Kampung Budaya Sarawak dibina untuk mempamerkan cara hidup masyarakat Sarawak yang terdiri dari pelbagai suku kaum. disini terdapat 7 buah rumah mengikut kaum yang mengelilingi sebuah tasik buatan. tasik buatan ini melambangkan kecenderungan orang Sarawak untuk mendiami kawasan sungai atau tepian pantai. Ia terletak di kaki Gunung Santubong, yang berhadapan dengan Laut China Selatan.


the man-made lake


kalau nak masuk kawasan neh, kene ade passport. hehe, passport ni hanya sebagai tanda yang kita dah lawat sesebuah rumah tu. 



ini hanya sugarcane crusher ngan rumah padi. masa dulu tak ade gula lagi, so deorang buat peralatan ni untuk dapatkan manisan. lenyek2 tebu, lepas tu takung air kat takungan bawah. padi hut plak tempat deorang simpan beras. huhhu



sekarang kita dah sampai ke rumah orang Bidayuh. 8.4% rakyat Sarawak adalah orang Bidayuh. kebanyakan mereka terdiri dari Jagoi, Biatah, Bukar-Sadong, dan Lara. dulu2 orang Eropah gelarkan deorang "Land Dayaks".

"..they live in the steep limestone mountains near the watershed between West Sarawak in what was then Dutch Borneo"

gambar no 1 tu dia tengah demonstrate buang kulit beras. dia suruh aku asingkan kulit ngan beras, tapi aku gagal. malu sungguh =.=' aku sebagai wakil orang bandar. hehe. gambar no 2 tu antara peralatan yang ada kat dalam rumah orang Bidayuh. yang no 3 tu gambar rumah orang Bidayuh. biasa lah rumah panjang. cuma yang replika ni je tak cukup panjang.



yang ni aku tak pasti ape namenye, tapi ini kira macam menara untuk orang Bidayuh berkumpul la. biasanya pahlawan-pahlawan Bidayuh yang akan berkumpul dan berjaga disini. nampak tak tingkap tu, yang tu la tempat lelaki-lelaki berkawal. kat dalam, kat tengah-tengah bangunan ni ada tengkorak yang diasapkan. ia adalah tengkorak sebenar yang mana selepas mereka berperang, mereka akan membawa pulang kepala pihak lawan, sebagai lambang kemegahan atau kelelakian. sekiranya mereka didapati membawa pulang kepala dari suku kaum sendiri, kepalanya juga akan dipenggal.

*aku rasa aku ade amek banyak gambar dalam bangunan ni, tapi tak tahu nape bile check balik dah tak ader. ayooook.





setiap rumah akan menyambut kita dengan gembiranya. jom tengok tarian kat bawah neh~



mungkin sampai sini kot. untuk lain2 rumah, aku akan update lain kali okay~ bubbye


signature2

Saturday, 19 June 2010

Assalamualaikum semua. seminggu yang lepas aku tak online sebab aku berada jauh dari laptop. bajet ade orang rindu kat aku ar plak. haha. aku gi Sarawak. saje jalan-jalan ngan family memandangkan adik aku tengah cuti pertengahan semester. pelik kah? tak de ape yang pelik. adik aku belajar kat kolej swasta. oke. fullstop.

kami naek Air Asia - Everyone Can Fly, eh sempat promote plak. sampai je kat Kuching, ade orang jemput. dia bawak kitorang gi satu tempat. namenye Satok - untuk makan. yay

kat situ kitorang makan mee yang diberi nama mee kolok. 


cuba tengok rupa mee kolok neh. meenya halus2. sup pula diasingkan. aku ni bukan reti makan, jadi aku campur jer semua sup ngan kicap dgn mee tuh. hehe. rasanye? sedap! *aku ni tolak batu ngan kayu jer. hehehe

okay, perut kenyang suka hati. mari jalan-jalan ke Dewan Bandaraya Kuching Selatan.




ianya ala-ala muzium sebenarnye. kat sini boleh la tengok sejarah negeri Sarawak.


nama tempat neh Waterfront. ini ialah Sungai Sarawak. yang kiri atas tu, Astana. kat belakang bangunan tu ade taman orkid. nanti aku cite pasal taman orkid tu. sebelahnye Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. kalau nak ke sana boleh naik bot cam gambar bawah sebelah kiri tu. kos 50sen sehala. kalau malam mahal sket. rm1 kot. hehe. lupa dah. tapi takde ciri keselamatan cam life jacket la. jadi aku tak berpeluang nak naik bot tu sebab mak aku tak bagi. huhu



sampai sini je lah. malamnye kitorang makan kat kedai makan, Topspot. memang top la tempat tu. ramai betul orang. ia adalah deretan kedai makan kat tingkat 5. tingkat 4 dan ke bawah hanyalah tempat parking. 

itu sahaja. bubbye~





signature2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. apa khabar semua? mari kenali saye. hehe, ade ker yang sudi?


1) Thanks the person who gave you the award and link the person
Dela, ko sangat best. muehehe

2) Spread the words to 15 blogggers who you like and you think their blogs are awesome!
ramai sangatla.  camner neh? korang semua amek sendiri la eks ^^

3) Tell 7 things about yourself

ala, nak tujuh jer? mane cukup. huhu. cuba yer~

aku suka makan coklat. suka minum air. kalau makan kat kedai n makanan aku sampai lambat, aku akan habiskan air secara tak sengaja.  lepas tu dok pau air orang lain, secara tak sengaja gak.  aku ni tak berotak kreatif, jadi ayat aku di sini agak tunggang langgang. minta maaf awal-awal la yer.  aku ni suka bersosial. ehem, maksudnya aku suka bersukan. ajak je aku main sukan ape, aku akan follow. maka korang akan berasa bangga dengan aku sebab aku tak terer (gemok la katekan. susah nak bergerak. hehe) dan korang boleh kalahkan aku dengan mudahnya.  hehe.  aku suka join event, kalo boleh BESAR punya. sebab aku boleh kenal ramai orang. mulia kan niat aku. hehe. lepas tu bila terserempak kat tepi jalan mula la kalut lupa pernah kenal kat mane. kadang-kadang aku tibai jer buat2kenal. bila kantoi tersipu-sipu sendiri. aku kan pemalu. hik~. eh, aku dah terebih karut neh. sampai di sini sahaja ye. ada award lagi kita sambung lagi. babai~

errr, blog yg cantik ker, blogger? hihihi



signature2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. dah lame daku tidak update blog. macam-macam entry yang aku terlepas. tambahan pulak internet tak berape baik konneksinye. tetibe aku terjumpa giveaway senang nih. so aku quick update pon boleh kan. hihi. di bawah ni adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh para peserta:

How to enter? Follow this easy steps:
  1. Be our follower.
  2. Write about their Giveaway in your blog. Put their link in your entry (http://djfcloset.blogspot.com/) 
  3. Put the Happy Family Giveaway banner to your sidebar and link it to this Giveaway. (http://djfcloset.blogspot.com/2010/06/happy-family-1st-giveaway-by-djf-closet.html) 
  4. Enter your name, email and your entry's link at comment box. 
This Giveaway opens to all bloggers (Local). Closing date will be on 9th July 2010. 

The result will be announced after 3 days from the closing date. If you have any question regarding this giveaway please e-mail them at djfcloset@yahoo.com.

The winner will choose by random pick and have followed all the rules as above.

All the prize will post to the winner.


that's all. thank you~
signature2

Monday, 14 June 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Apa khabar semua? harap sihat la ye. semoga kita diberi nikmat kesihatan yang baik setiap hari. hehe. hari ni aku nak join satu contest yag dianjurkan oleh denaihati. walaupun aku bermain bola (futsal je), tapi terus terang aku cakap yang aku tak minat tengok bola sebabnye yang pertama ialah ia ditayangkan pada malam hari, yakni waktu tido aku. aku ni memang spesis kuat tido, jadi aku lebih rela tido dari bersengkang mata tengok bola. yang keduanya, Astro kat umah aku takde sports channel. jadi kalau nak tengok bola kene lah keluar rumah g mapley atau mana-mana kedai mamak yang tayangkan layar pagi2 buta kan. isk, mane boleh. aku kan gadis yang sopan santun, mane boleh keluar malam2. hilang tahap kesopanan aku. hehe *maka terpaksa lah tengok ulangannye kalau rajinlah. huhu

walau macammane pon, ia tak menghalang untuk aku menyertai contest nih kan. aku ni takde la nak wat analisa kekuatan satu persatu negara serta sejarah kegemilangan negara dan pemain mereka, tapi aku pun ade gak satu negara pilihan. (kalau Malaysia masuk memang aku akan pilih Malaysia walaupun...) tak tahulah kenapa aku pilih negara ni, tapi bila orang cakap pasal FIIFA World Cup je aku terbayangkan SPAIN. tak tahulah pulak tahap kehebatan David Villa, Fernando Torres, Iker Cassilas, Raul Albiol dll tu tinggi ker tak, tapi teka jer lah kan. menang atau kalah adat permainan. *even contest yang aku masuk ni pon* hihihi


barisan pemain Spain

pasal kasut emas pula. erm. lagi lah aku tak tahu. dulu-dulu aku teka Drogba. hehehe. walaupon dia tak sehensem Cristiano Ronaldo, tak secomel G. Dos Santos, tak seputih Rooney, tapi mungkin dia lagi terer kot, siapa tahu. tapi tu dulu lah. skang aku nak tukar kepade David Villa lalalalala~ tu je lah. korang pulak macam mane? ape pilihan korang pula?  
signature2
jomlah sertai contest neh sebelum 19/6/2010.

Sunday, 13 June 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. apa khabar kawan-kawan semua? hari minggu ni penuh dengan jeputankenduri kawen kan. harap-harap korang dapat menjaga kesihatan perut sebab banyak sangat makan nasi minyak. hehehe

minggu lepas aku telah di tag oleh Aiin Abdullah. haishh. rajen pulak si Aiin neh tag aku eks. masalahnye dia tag aku kat satu contest yang aku tau awal2 aku takkan menang. tapi apekan daya, belasah jer lah. hehe

contest ini dianjurkan oleh cik Yeyen

Aiseh, aku ni dah la tak fotogenik, apetah lagi fotogedik. tapi gedik-geik gak masuk contest neh kan. nape aku pilih gambar neh? sebab aku nampak kurus. muehehehehe. lagi pon, bukan senang tau aku nak berbaju kurung lalu mengexpose kan gambar aku berbaju kurung kat semua orang. hehehe. gambar ni agak selebet sket sebab muka aku cam berminyak kan. panas betol mase neh. tapi gambar aku letak ni tak berapa panas. jangan risau. okelah itu saja. kalau nak join contest neh, boleh la rujuk terma dan syarat pada link di atas eks.


okey, disebabkan syaratnye kene tag 3 orang, dengan bangganya aku nak memberi tugas kepada

Nana
Aidi Safuan
Hans

itu sahaja~ sekian wassalam


signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *