#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday, 5 November 2010

aku keje bukan sebab duit. tipu. tapi ape yang aku nak tekankan sekarang ialah aku nak, akan buat bende yang aku suka jer. pulangan belakang cerita lah. walaupun kadang2 aku rasa keje tu tensen, penat, menyakitkan hati, tapi itu lumrah hidup. tak ada pekerjaan kat dunia ni perfect tanpa sebarang tekanan. asal orang tanya, dah keje? dah. tak susahkan orang betol tak.
 
bagi la cerita kat aku pasal jutawan sekelip mata tak payah belajar pandai2, tak payah buka kedai ke ape, aku tekad dalam hati aku takkan termakan pujuk rayu lagi aku bagi ko makian adelah. aku tak suke konsepnye. program macam tu seolah2 menindas orang bawah. orang bawah buat kerja kuat2 cari partner. lepas tu partner cari partner lain. partner lain cari partner lain. bagi aku bende tu macam - ko nak kaye, ko mesti beli produk ni. lepas tu dalam mase sebulan, ko mesti ajak kawan2 ko beli jugak sekurang2nya 4 orang. nanti ko bertambah kaye, kawan2 ko pon kaye. lahir jutawan baru yang tak ada education. lepas tu mula la nak kaitkan ngan bill gates. mase ni keluarla kate2 hikmah pakar2 motivasi pelusuk dunia. macam tahi. 3bulan pertama gaji ko 30k. next2 month tau2 salary ko accumulate. mane datang sumber duit tu pon aku tak tau.
 
lepas tu bawak kete mewah. pakai kot. pakai baju yang nampak macam mahal. bila berkumpul jerit2 "hebat!!". ape yang dia agung2kan pon aku tak tau. hidup ni sementara saje. tak payah kejar dunia sangat. baik kejar akhirat, nanti dua2 dapat. tu je lah. renung2kan dan selamat beramal. bubbyeee
signature2

Tuesday, 2 November 2010

marah geram bengang benci
 
semua ade sekarang ni. tak tau lah camner nak ekpressikan perasaan ni. nak bakar kelambu, takde.
still, aku memerlukan punching bag. tak terkejut la kalau blood pressure aku naek secara mendadak. rase nak keluar rumah tepat 12:44am 3 Nov 2010 jogging keliling USJ sampai pengsan. perasaan je lah ni. nak amek paku ketuk2 kat dinding, jiran2 tengah tido. nak jerit kuat2 pon tak boleh ni. tekanan. tekanan. tekanan. tertekan. tertekan. tertekan.
bengang. sampai tahap update blog berkali2.
 
rasa nak maki je luahkan semua yang terbuku kat hati ni, tak baik. last2 sendiri sakit. sakit hati.. grrrr.. buang masa aku jer. tak tahu nak kate ape. diperlekehkan. rupenye macam ni perasaan sang tunggul. tak benci manusia itu, tapi sifat itu. again, nak punching bag.  

schnook
 
nak nangis, tak Huda arr plak. kamon Huda. Huda kuat. Huda can do it. gambaruzou. gambarakanya.
 
- aku baru jumpa perkataan baru kat blog Mardotti, terus boleh applikasi. terima kasih.
 
signature2


kelip-kelip disangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya
 
seronok aku ulang ayat ni sebab housemates aku tak pernah dengar. katenye kat radio abes je lagu Seribu Tahun Imran Ajmain tu, dj cut puisi ni. kasihan mereka. takpelah asalkan seumur hidup deorang pernah gak dengar aku sebut2 kan..hahahaha
 
..aku ketandusan idea..idea..idea..mari datang padaku..aku memerlukanmu..
signature2

Saturday, 30 October 2010

aku start belajar seni mempertahankan diri masa darjah satu kalau tak silap aku la. tapi aku tak suka sebab bosan tumbuk angin. dengan selamber seorang budak darjah satu mintak kat coach tekwando tu; "saya tak nak pakai tali pinggang ni. saya nak tali pinggang warna biru terus macam kakak saya pakai" seronok. deorang ade la bende yang nak di sepak2. aku setakat tumbuk angin watpe. terus aku berhenti. drastik sungguh keputusan aku. tak penyabar sungguh kanak2 ni.
 
lepas tu bila darjah 6, aku menyesal. aku sambung tapi amek silat la pulak. aktif masa tingkatan 3 sebab tingkatan 1 ngan 2 fokus kat bola tampar. tingkatan 4 ngan 5 plak dok focus kat netball. ceyh..fokus lah sangat. patutla masa zaman sekolah aku gemok walaupon aktif bersukan. itulah yang dinamakan bahagia. menten je lemak aku tau. kalau tension, tak terasa. kesahnye dulu aku maen silat olahraga. jadi kemudahan seperti punching bag memang ader. petang2 boleh menumbuk, menyepak sekuat hati. kalau takde punching bag, guna pertner jer. tu lagi masyuk sebab dia ade perasaan; sakit. hahahaha
 
zaman undergrade, fokus kat netball sampai 2nd year. sambil2 tu kalo tensen boleh maen basketball baling2 bola kat board sampai patah. eh, tipu je lah. mase tu pon maseh gemok..haha..3rd year mula beralih arah. maen futsal pulak. tapi kali ni aku yang kene sepak sebab aku ialah goal keeper. hadoi. kenapelah bakat aku terserlah kat situ? takpe, yang penting keeper boleh marah suka hati. lalalalala.. "huda ialah defender sejati. tak boleh maen attacker" sampai skarang aku ingat ayat senior aku. macam kene curse pon ade. puh2 gi jauh2
 
bila dah grad, takde kawan nak ajak bersukan. jadi bende yang boleh dilakukan oleh seorang berjawatan lone ranger ialah berjogging. free. kalau nak maen skuasy, kene cari raket la, bola la, court la. leceh. aku boleh round 3 kali tasik titiwangsa tanpa henti sorang2 sambil mata jeling2 kat abang2 body. awww~ syurga dunia!
 
tapi.. itu dulu..
 
sekarang? aku rindu nak menyepak, menampar, berlari sambil menjeling, melompat........................
 
 
kene mula berdiet. mungkin blood pressure aku bakal naik. sekian.
signature2

Thursday, 28 October 2010

"amacam? oke tak?"
dengan pantas aku angkat jari tengah!
"ish..orang tanya elok2 selamber dia jer.."
 
ape aku boleh buat? jari tengah kene sepak masa main futsal. nasib badan dapat post keeper kan..hohoho.. berdenyut..berdenyut..berdenyut.. tambahan pulak dapat luka kecil kesan kerja keras sejak 2 menjak ni kan..
 
esok ade lawan lagi.. agak2 boleh bertahan tak? aku tengok jari tengah aku ni dah 2 kali ganda besarnye
 
huwaaaaaaaa
 
 

akhirnya kasut futsal Adidas Sala telah menjadi milikku~ ringan habis.. kadang2 rase macam tak pakai kasut pon ader. tapi bila maen kat De Stadium, terase la pakai kasut sebab abes semua ketulan biji hitam court tu masuk dalam mulut aku..eh, kasut..

kasut je lebey...main ntah ape2

ade aku kesah?

bubbyeeee
signature2

Saturday, 23 October 2010

cantik tak nombor ni?

20102010

cantik kan.. tapi sayang nombor tak kekal lama.. sehari jer.. lagi cantik kalau 20:10:2010 20/10/2010

tapi tu sekadar nombor.

disebalik kejadian tak ada apa2 yang menarik pun masa tu

biasa lah hari rabu adelah hari bekerja

aku kan kononnye workaholic..lalalalala

buka emel pon tak sempat, apetah lagi buka facebook

first time inbox aku mencecah 400 keping emel yang bunyinye same jer












Happy Birthday Huda
signature2

Saturday, 16 October 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~ lame betol aku tak jengok blog ni.. uhuk2..berhabuk..nak kemas, tapi dalam pale otak aku sekarang penuh ngan caci maki kehidupan oirang lain - sengal..macam la diri sendiri tak pernah buat silap... tak maulah tulis..busuk blog aku. huhu
 
oleh itu, mari kita berjumpa nak? boleh aku cerita semua sedas, jimat ruang kat blog aku. kat mana eks? The Gardens, Mid Valley lah. kat Plug and Play - memandangkan aku menulis dalam bahasa melayu, jangan ade yang memandai direct translate nama tempat tu yer. mau ade kene sepak bertubi2. okeh, untuk lebih specific, aras 7, kebun menara selatan. atau Jawa cakap, Level 7 The Gardens South Tower. senang je kot nak cari..kalau tak tau sangat boleh tanya pakcik Google okayh.
 
kenape nak jumpa kat situ? sebab ade event la.. tengok banner kat bawah ni:
 
Minimal Logo
 
isk..simple sangat..ceritanya begini, nanti TEDxYouth@KL nanti ada TEDTalks video and live speakers will be combined to spark deep discussion and connection in a small group. The TED Conference provides general guidance for the TEDx program, but individual TEDx events, including ours, are self-organized. harapnye korang boleh la bace ape yang aku copy paste tu eks. lalalalala

faham? mestilah faham..kita kan generasi gemilang..ecececeh.. lagi satu, susah nak dapat bende free kat dunia sekarang. masuk toilet pon kene bayar tau. ala, apelah sangat RM20 untuk perkara ilmiah macam ni kalau compare dengan makan mekdi dua kali kan..lepas berak mekdi tu dah takde..kenyang pon sekejap je kan. pastu nak berak pon kene bayar lagi..paling koman 20sen..tapi kalau program macam ni, bila2 bila guna..betul kan..hihihihi
 
ade yang berminat? marilah mendaftarkan diri kat http://www.tedxyouthkl.com/registration .
 
tu je kot..nak tau lebih lanjut, boleh la jenguk2 kat http://www.tedyouthkl.com/ . kalau tak minat, pura-pura lah berminat. minatkan boleh dipupuk.. jenape aku beria sangat promote mendalah ni? bukan dapat ape pun kan? mueheheehe..boleh la cek muka aku kalau jumpa la kat http://www.tedxyouthkl.com/team/special-supporters/ hehehehe..macam mane lah minah tu boleh sesat kat situ..haiyooo
 
jangan lupa follow http://twitter.com/tedxyouthkl lepas tu tekan butang LIKE kat facebook http://www.facebook.com/TEDxYouthKL . semudah ABC =)
 
tu je lah.. boleh jumpa kat sane ops; 20 November 2010, 10 pagi sampai 2 petang waktu Malaysia. oh yeah! Malaysia Boleh! jangan lupa mark kat calendar~ bubbyeeee
signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *