#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday, 2 August 2013

Effect Lambat dan Penuaan

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum. Apa khabar semua? selamat berpuasa & mengejar pahala berlipat ganda untuk 10 malam terkhir ni. sempat lagi nak kejar malam lailatul qadar ni... hehehe

Petang semalam 2 Aug, tengah buat kerja buruh kasar macam biasa lagi, kaki kiri berdenyut-denyut. puas fikir, napela sakit sangat ni. berdenyut, sakit. berdenyut sakit. aku ni dah tua sangat kot tak boleh berdiri lama sangat ni. straight seminggu ni aku berdiri je buat kerja. pagi sampai petang. macam ni rupanya perasaan operator buat kerja berdiri. huhu. yang penting apesal kaki kiri je berdenyut.

Fikir punya fikir, OK. baru teringat satu peristiwa perit jadi kat kaki aku.

=================================================
Pagi Khamis 1 Aug lepas, aku buat kerja macam biasa sebagai buruh kasar. masa nak pasang penutup pintu mesin, aku terlepas dari tangan. pintu tu sekeping besi bersaiz lebih kurang 50x50 cm dan agak berat untuk gadis macam aku ni pegang sorang-sorang. dah la terlepas, kaki ade kat bawah mesin. ZASSS! hentam dua-dua belah kaki aku. Tahan. konon takde ape-ape sebab yang penting tak ade orang nampak. huhu. angkat balik, pasang balik. kali ni kononnye lebih berhati-hati. ZASSS!!! sebelah kaki kena. lagi perit sebab kena kat jari kaki paling kecil. T_T nasib baik sekejap je sakit tu.

"ko buat ape tu Huda?"
"aku nak pasang pintu ni ha..."
"ooo. OK. ingat ko nak jahanamkan mesin aku. teruk sangat bunyinye"

aih. blah cenggitu je? ingat nak tolong. brrrr... nasib ade sorang lain datang tolong pasang. phew, berpeluh gak celah ketiak.

=================================================

lambat betul perasaan sakit ni keluar. huhuhu... tapi nasib baik tak ade ape-ape pun. setakat sakit sikit, balik buka puasa, sihat la dia. hahahaha.. harap-harap tak ade long-term effect la nanti yeh.

kbai

signature2

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *