subuh hari di hari minggu, tatkala manusia sedang nyenyak dibuai mimpi dan merehatkan diri, aku bangkit untuk mandi dan solat menyerahkan diri kepada Allah SWT. selesai itu, aku menyarungkan sepasang baju lusuh dan sehelai tudung. aku turut mengemaskan sepasang baju persalinan nanti.
jam tujuh pagi aku, ibu dan ayah keluar rumah. mencari rezeki yang halal di atas muka bumi. kami tiba di sebuah hutan, ku kira masih terdapat lagi kesegarannya. kedengaran bunyi air mengalir tenang dari anak sungai yang jernih. serangga2 menyanyi girang, lebih girang sekumpulan nyamuk mengesan manusia berdarah manis menjejakkan kaki disitu. lantas aku mengambil inisiatif menyapu losen penghalang nyamuk, tetapi ah, masih tidak berkesan. sekejap sahaja jari tanganku membengkak digigit sang nyamuk liar yang dahaga.
aku mula mengasah sebilah parang manakala ayahku sibuk menyiapkan peralatan lain yang perlu dibawa bersama. peta, tali pita, bearing dan sebilah parang. ibu tinggal keseorangan di bawah sepohon pokok limau kasturi, aku dan ayah pergi masuk bekerja. kami mula menebas semak samun dan pokok-pokok hutan. peluh memercik membasahi tubuh. kelihatan tapak kaki babi bersepah-sepah di permukaan pasir serta kesan rodokannya di busut2 kecil dan pokok2 hutan. sedikit demi sedikit kawasan itu mulai terang. aku membantu ayah menyukat kawasan berpandukan sekeping peta tadi.
nyamuk semakin banyak menghurung. aku membakar sepapan kotak telur dan biarkannya berasap; sebagai penghalau nyamuk. aku juga menyembur Ridsect ke seluruh badan. kami teruskan kerja menebas, sehingga jam 1 tengahari. badan semakin panas, tekak semakin dahaga berikutan cuaca yang panas terik. aku menyerah kalah. keluar berehat dibawah pokok limau bersama ibu. aku tertidur.
jam 2 tengahari aku mula menyambung kerja. sehingga jam 4 petang, tanah seluas satu ekar belum habis dibersihkan. kami mula bersiap untuk pulang, membersihkan diri dan solat Zohor.
"macam ni lah kerja berkebun. hari2 sebelum subuh patutnya dah ada kat sini buat kerja. tak panas, badan tak letih"
aku terfikir, kerja begini, tak nampak hasilnya sekarang. kais pagi, makan petang belum tentu dapat. kerja nak kene konsisten, kalu tak, pagi tebas, petang tu semak tumbuh balik. badan pun sihat sebab peluh banyak keluar. tapi kerja sangat teruk dan tapi inilah kehidupan. walau ape pon, aku puas buat kerja tu kelmarin.
perjuangan takkan dicapai dengan mudah tanpa usaha yang gigih.
i like it......ntah biler aku nak ke kebun yg nan indah tuh..huhuhuh
ReplyDeletehaha..minggu depan jom?
ReplyDeleteayah ajak tido sane~