"Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wailaihin nusyur"
inilah doa bangun tidur yang aku amalkan setiap hari. aku mula melakukan rutin harianku sebagai penganggur tegar; kemas bilik, kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, basuh, sidai dan lipat pakaian. sarapan pagi dan melayari internet.seorang lelaki bekerjaya sebagai seorang posmen membunyikan hon berkali2 di pintu rumahku. kelam kabut aku sarung tudung dan membuka kunci rumah.
"Cik Huda ade?"
"Ada" aku lah Huda. hehe.
"sila sain kat sini ye"
wah, first time aku dapat surat berdaftar. dari Shell.
aku membuka sampul itu dengan berhati-hati walaupun aku terasa begitu berkobar-kobar ingin mengetahui isi surat itu. surat tawaran kerjakah?
"TAHNIAH! Anda baru sahaja memenangi hadiah utama ISI DAN MENANG FUEL SAVE SHELL RM1000 000"
HAH! SATU JUTA TU! SATU JUTA!!!!!!!
aku cubit pipi berkali2. aku tumbuk dinding rumah sekuat hati aku. aku tinggikan aras suara tv kuat-kuat. aku jerit sekuat hati.
"hei, kenape ni?" mak aku, sangat risau melihat keadaan aku.
"baca ni. ini bukan spam. ini betul punya!!! terima kasih SHELL!!!"
alhamdulillah!! murah rezeki aku.
=====================================================
kini aku punya RM1juta disimpan dalam bank *********.
aku melangsaikan pinjaman bank untuk kereta Waja Campro dan kereta Kelisa, dan sebuah rumah di Damansara ahli keluarga aku.
aku turut melangsaikan hutang PTPTN yang selalu disebut pi-pti-pi-ti-pu untuk abang aku.
bukan berbangga atau berlagak, tapi aku mahu meringankan beban mereka. dan aku tidak mahu mereka bayar bunga bank bank yang banyak. dan aku juga tidak mahu mereka membayar aku semula, aku tak kisah. aku dapat duit ni pun, percuma. aku bahagia melihat mereka tidur malam sambil tersenyum.
aku mulakan perancangan. aku beli saham Kinokuniya sebanyak RM10 000 dan aku melabur di ASB sebanyak RM10 000.
dulu, aku, abang dan adik punya angan-angan besar, untuk membuka sebuah gelanggang futsal. aku harap, inilah peluangnya. kami mula merangka dan merancang pelan, kedudukan, keluasan kawasan, berapa buah gelanggang dan jenis lantai yang kami mahukan. aku anggar kira-kira memakan modal sebanyak RM100 000. kami mula bekerja keras. ibu dan ayah turut membantu dan menyokong pekerjaan kami. aku menghantar adikku berkursus, serba sedikit dia tahu bagaimana mahu menguruskan perniagaan.
aku mencadangkan kakak berhenti bekerja. aku harap dia dapat mencapai cita-citanya membuka perniagaan sendiri. aku membantu dari segi modal. bagi aku, harta tidak boleh di bawa bersama ke kubur. berkongsi tidak merugikan aku. biar rugi sedikit untuk keuntungan yang berlipat kelak.
ayah, punya cita-cita membuka perniagaan ikan keli. bukan ayah tak mampu, tapi ayah tak punya masa. aku membayar dua orang pekerja warga Indonesia untuk menjaga ikan-ikan keli kami di kebun milik ayah di Batang Kali. di situ kami boleh mengepam air dari anak sungai yang mengalir tenang. walaupun kami ada sedikit percanggahan pendapat - ayah suka melakukan kerja tersebut sendiri, tapi aku berjaya memujuk beliau untuk membayar warga Indonesia tersebut dan ayah juga boleh pantau kerja mereka setiap minggu memandangkan ayah seorang yang rajin berkebun.
kini aku bahagia. aku berjaya memanfaatkan harta sebaik mungkin. aku gembira melihat senyuman di wajah tua ibu dan ayah. begitu juga adik beradikku. aku masih tidak lupa diri. ibu selalu nasihatkan kami untuk mengeluarkan zakat harta. zakat adalah salah satu cara kita membersihkan jiwa selain membantu golongan yang memerlukan.
=====================================================
aku harap anda terhibur dengan angan-angan jenin aku. bukan aku harap duit satu juta jatuh terjelepuk ke riba, tapi aku sedang menyertai satu peraduan yang di anjurkan oleh Aduka di
jangan marah ye pembaca sekalian. kalau anda juga kuat berangan seperti aku, bolehlah sertainya sebelum 4 MAC 2010. aku harap aku menang Fuel Save Shell dan peraduan ini. Amin.
owh,hebat ko...
ReplyDeletetahniah
doakan kita sama2 berjaya
ya allah!!sy percaya betul tadikk!!XD
ReplyDeleteorait cun..! entry di terima..
ReplyDeletemekaceh sebab join..
=)
wah...ingt betul2 td....huhu
ReplyDeletehans; insyaAllah. kalo ko menang, ko share kredit ngan aku taw..tapi aku tak reti share kredit ngan orang lain..ekeke
ReplyDeleteKaorU IchibaNa; ngeee...tipah tertipu..lalalalalala
aduka; tenkiu sebab terima entry~
harap2 la menang..hehehehehe
HAZWAN17; realistik eks? bestnye berangan~ huhuhu
ReplyDeletecett! ingat kan betoi2 tadi..
ReplyDeletehuhuhu..
hahahaha...
ReplyDeletelagi sorang terkena...
ekekekeke..jgn marah~
ingatkan kenapa tadi.ada contest rupanya. aduka aku pun nak joinnnn!
ReplyDeletegilos la.. tipah tertipu sekejap..
ReplyDeleteklu xde pengakuan last 2 mmg sah2 terima bulat2 jer..
huhuhu
gudluck ek huda ^^
adehhhhhhhhhhhhhhhhh tertipu la pulak aku ni... huhuhuhu
ReplyDelete(@____@') adehs!!
ReplyDeletehahahaaa~~~~~~~~~~~
giler percaya je akuhh!!!!!!!
hopefully Huda menang!! :D
Fatin; sila join~ hehehehe
ReplyDeleteRash, BeMiE n ^ ZuMaWaMBa ^ ; sori, termenipu awal2 tu..hahahahaha
tengs semua doakan aku. :D
peh, hampir aku tertipu... ingtkan betul ko menang sampai la part kontest tu... ish3
ReplyDeleteko ni laki ke ppn, Huda...cube bkk bisnes berasaskan kewanitaan sket...ahaha...jgn lupe kem slm kat ikan2 keli ko tu e...
ReplyDeleteKyuubi_85; hehehehe...saje je kasi gempak sket
ReplyDeletesalah ker wahai anony? aku macam leh kenal je ko sape. apo jadah eh la nak kem salam kat ikan keli tu. cuba la kate nak beli ikan keli aku tu 20kilo ker. sejuk mata aku bace. hehehehe
tertipu sudeh..hehe
ReplyDeletedun worry myra, bukan anda sorang yg terkene
ReplyDeletehehehehehe :D
peace~
kalau pak dogol pula..
ReplyDeletedah lama pak dogol jahit duit sejuta tu ganti kekabu tilam dengan bantal..
semua orang tak tau pak dogol ada banyak duit..
muahaha!
haha..ape lah pak dogol ni..
ReplyDeletenanti duit terperuk tu tak berkembang
silap2 kene makan dek ulat
ekekeekeke
harap boleh jadi millonair betul betul :)
ReplyDeleteinsyaAllah cik EPAL. i heart u lebih
ReplyDeletengeeee~
DAMNNNNN!!
ReplyDeletetipah tertipuuuu!!!
sy baru ja baru gtau mak kat kpg ada mmber baru mnang ijutaa
dia punya byk tnye, biler sy baca2 balik..
oh godd.. tipah tertipuuu
uhuks,
gudluck dear
ekekeke
ReplyDeletejgn mare elya~
tak sengaja menipu
at least i mngaku i berangan jer
hehehehehehe
tengs for dat wish~
aku bace ko menang 1 juta 2,bodogup koncang ati den neh!cet!aku tetipu.hu3
ReplyDeletejd,ko mng contest,pe adiahnye?
HAROS hukumnye ko blanje aku.wi3