#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday, 22 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum. Selamat pagi. Ape khabar semua? Baik2 la kan semuanya. 

Bosan aku tengok blog sendiri. Kosong je. Nak update ape selalu takde confident. Gambar tak cantik la, isi tak sedap la..

Jealous aku dengan blogger-blogger lain. Memanjang je ade idea nak tulis ape. Kekadang aku tengok isi pun biasa je. Dalam hati "aku pun boleh tulis macam tu". Tapi tak buat pun. Haih. 


Bila buka notification window, penuh dengan update orang lain. Setiap hari & setiap beberapa jam lak tu. Aku guna application imotiv sebab boleh baca semua blog yang aku follow dengan senang. Kalau tengok pun nama yang sama je update. Aku ade terbaca blog abg Ben Ashaari, dia kata dia update blog 10 kali sehari tu... Dahsyat!

Dah la. Jealous bebanyak pun tak guna kan you ols kalau dok melopong je. Hehe. Kbai!

Selamat tido

Saturday, 17 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahim

Selamat Hari Raya semua. Dah masuk keje? Aku belum masuk sebab cuti sampai esok. Huhu. Bila duduk rumah, eh silap. Bila cuti macam-macam la agendanya. Keluar tengok wayang la, beraya memang sakan habis. Habis semua makanan aku sebat. Aiseh. Rosak diet aku. 

Semalam pergi rumah member sekolah rendah merangkap kawan sepermainan masa zaman comel-comot dulu. Hehe. Kononnye ramai la nak datang rumah dia, sekali yang sampai 2-3 kerat je? Adeh. Memandangkan aku ni ketua rombongan, jadi aku la bertanggungjawab makan lebih banyak. Ade la dalam 5-6 round tambah pinggan! Meletop perut.

Bila balik rumah, perut kenyang mata berat tapi 1 masalah - kawasan rumah blackout la pulak. Ape pun tak boleh buat. Handphone battery dah kong, pun tak guna gak. So pura-pura tido je la kan. Alkisahnya nyamuk suka bebenor rumah blackout - diorang pulak buat party. Ape lagi, sapu krim ajaib "nobite lotion". Alhamdulillah nyamuk tak berani dekat. Lepas sapu losyen, tutup telinga (sebab nyamuk serang bahagian muka) lalu tido. Panas? Lantak la. Hehehe


Ha tu dia... Losyen penghalau nyamuk. Kelas kau jah! Kensel adhock party nyamuk kat bilik aku. Miahahahaha!!!

Hari ni lak macam-macam gak aku sebat. Tengahari pergi kenduri kawen jiran tetangga. Makan cover baik punya sebab waras fikir malam nak makan lagi kat rumah makcik. Tapi sayang, bila sampai rumah makcik petang tadi, semuanya pun lupa!


Dari jauh aku dah bau kambing golek masak madu. Aduss boleh pulak aku bantai 2 pinggan penuh! Ini baru side menu, main dish nasi tomato tak timbang lagi berapa kilo aku telan. 

Masih tak sedar diri badan dah macam tong drum, balik dari rumah makcik, aku singgah rumah kawan secomot-secomel masa zaman kanak-kanak rebina dulu. Dapat pulak dia hidang mee goreng, kuey teow goreng & keropok goreng. Macam biasa la kan, semua aku sebat. 

La ni, dah tak boleh tido. Rase-rasenye esok berat badan aku naik berapa kilo eh?

Ps: Mata dah mengantok tapi tak boleh tido. Jom kira bulu teddy bear!

Pss: first time update blog guna phone & ambil gambar snap terus tulis blog kat phone  

Psss: kbai!

Wednesday, 14 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim. 

Assalamuaikum & salam aidil fitri. 

Selamat hari raya & selamat kerja pada yang dah bekerja. 

Tu je. K bai!

Sunday, 4 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

semalam adik beradik aku semua datang rumah. buka sama-sama, sambut birthday adik aku 30 July 2013 & sambut birthday anak buah aku in advance bulan August ni. belah malam lak, kitorang dok kat tengah padang (rumah aku menghadap padang) main bunga api dengan budak-budak kecik.

tengah syok2 main kejar-kejar, ade la 3 orang budak laki jalan depan kitorang. lantak la deorang. aku ni bukan jiran yang peramah sangat. padang tu pun gelap, aku bukan kenal deorang pun. kalau setakat jalan, xpe.. ni siap baling mercun kat kitorang. kalau aku je yang ade kat situ takpe gak, ni budak2 kecil bawah 5 tahun pulak tu. geram je rasa. kalau hari-hari aku training marathon, memang aku dah kejar budak 3 orang tu..

lagi 1 kawasan rumah aku ni, kalau ade ape-ape sambutan perayaan, mesti nak main mercun. kalau setakat mercun mancis aku tak kisah. ni yang siap macam boleh bom satu rumah. main bukan kira waktu. pukul 12 tengah malam.. satu pagi.. haih. bikin panas hati gua. kalau diajaknye aku main sekali takpe la gak kan.

eh? kbai.
signature2

Friday, 2 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum. Apa khabar semua? selamat berpuasa & mengejar pahala berlipat ganda untuk 10 malam terkhir ni. sempat lagi nak kejar malam lailatul qadar ni... hehehe

Petang semalam 2 Aug, tengah buat kerja buruh kasar macam biasa lagi, kaki kiri berdenyut-denyut. puas fikir, napela sakit sangat ni. berdenyut, sakit. berdenyut sakit. aku ni dah tua sangat kot tak boleh berdiri lama sangat ni. straight seminggu ni aku berdiri je buat kerja. pagi sampai petang. macam ni rupanya perasaan operator buat kerja berdiri. huhu. yang penting apesal kaki kiri je berdenyut.

Fikir punya fikir, OK. baru teringat satu peristiwa perit jadi kat kaki aku.

=================================================
Pagi Khamis 1 Aug lepas, aku buat kerja macam biasa sebagai buruh kasar. masa nak pasang penutup pintu mesin, aku terlepas dari tangan. pintu tu sekeping besi bersaiz lebih kurang 50x50 cm dan agak berat untuk gadis macam aku ni pegang sorang-sorang. dah la terlepas, kaki ade kat bawah mesin. ZASSS! hentam dua-dua belah kaki aku. Tahan. konon takde ape-ape sebab yang penting tak ade orang nampak. huhu. angkat balik, pasang balik. kali ni kononnye lebih berhati-hati. ZASSS!!! sebelah kaki kena. lagi perit sebab kena kat jari kaki paling kecil. T_T nasib baik sekejap je sakit tu.

"ko buat ape tu Huda?"
"aku nak pasang pintu ni ha..."
"ooo. OK. ingat ko nak jahanamkan mesin aku. teruk sangat bunyinye"

aih. blah cenggitu je? ingat nak tolong. brrrr... nasib ade sorang lain datang tolong pasang. phew, berpeluh gak celah ketiak.

=================================================

lambat betul perasaan sakit ni keluar. huhuhu... tapi nasib baik tak ade ape-ape pun. setakat sakit sikit, balik buka puasa, sihat la dia. hahahaha.. harap-harap tak ade long-term effect la nanti yeh.

kbai

signature2

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa mu setiap pagi (samada mereka masih hidup ataupun telah tiada). Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu"

"Tidak akan terputus rezeki seorang anak itu selagi dia tidak meniggalkan doanya kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

janganlah sesekali kita meniggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa (samada yang masih hidup ataupun telah tiada). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa itu ialah keredhaan Allah SWT

Semasa kita berdoa, hendaklah kita berdoa dengan bersungguh-sungguhsambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua-dua ibu bapa kita. mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT atau tiada keberkatan dalam rezeki atau harta mereka.

Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.

Rezeki yang datang dari Allah kepada kita bukan kerana adanya sijil ijazah, Master atau PhD tetapi dengan hati yang tulus ikhlas yang berdoa untuk ibu dan bapa kita.

"Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah doa kami dan dosa kedua-dua ibu bapa kami. berkatilah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, juhilah mereka dari azab bahaya, lindungilah mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil. Amiin ya Rabbal 'alamiin."
signature2

Wednesday, 31 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

KHAS BUAT MEREKA YANG BERGELAR IBUBAPA & ADIK BERADIK

jadikan ianya sebagai iktibar

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya suaminya

"kenapa menangis ni?"

"Lihatlah karangan budak ni"

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuat televisyen. saya ingin mengambil kedudukan televisyen. menikmati kehidupan sebagaimana peti televisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya. saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen. Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. ibu pula akan sama-sama saya saat saya sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya. saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengenepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayang itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata "Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!"

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat. "Abang, itu karangan anak kita!"

.....-=-=-=-=-=-=-=-....
Wallahualam bissawab. setiap orang ada pandangan dari sudut perspektif yang berbeza & tersendiri. sendiri mahu fikir. kadang2 kita rasa kita dah cuba bagi yang terbaik, tapi orang lain tak rasa macam tu. kadang2 kita sebenarnya dah dapat yang terbaik, tapi diri sendiri rasa tak cukup atau bersyukur dengan apa yang kita dah dapat. hanya menghargainya selepas ketiadaannya. mana yang baik, ambilla. mana yang buruk, tinggalakan. kahs untuk diri sendiri. kbai
signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *