#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday, 11 October 2009







tak senonoh lah aku ini. aku tatau nape aku suke sangat tengok mereka2 yang berasal dari negara Asia ni. haha. tak kesah ah orang nak kate ape. mereka tetap ensem dimataku. haha yang ni antaranya jer. banyak lagi ni. huwa huwa huwa
Free Music
Free Music
ekceli tadi baru je abeskan tengok cerita Crows Zero. kisah pelajar2 sekolah yang bercita2 untuk menguasai sekolah dengan cara bergaduh, bertumbuk dan tambah cari follower/ally. Takiya Genji (Shun Oguri-gambar ke4 dari atas), freshman yang baru masuk sekolah Suzuran mula bertindak mencari lawan yang kuat untuk berlawan. ketua, Tamao Serizawa (Takayuki Yamada) memang hebat. tapi ntah macam mana satu hari dia kalah ngan Genji. tapi aku pelik, dia still tak leh lawan junior, Megumi Hayashida a.k.a Rinda-man (Fumaki Motoki) sampailah mereka graduate. graduate? ye, graduate untuk menjadi seorang yakuza. mintak2 student aku tak tgk cerita ni. (tapi adik aku,17 yang promote. adoi) huhuhu. agak2 ade tak Crows Zero 3? huhu. best gak lagu dia:

myself

Thursday, 8 October 2009

dulu lah, masa zaman sekolah rendah, orang selalu berkata begitu.

aku selalu berfikir. kenape ye? mesti dijawab, yelah, bila kita marah dahi kita akan berkerut. kan nampak garisan2 seolah2 kita dah tua. oh begitu rupanya.

tapi, masa aku kerja kat UM dulu, aku adelah gi satu erm ceramah lah. tajuknya : Cardiovascular Disease. aku tak salin la pulak nama penceramahnya siapa. lepas dari ceramah tu, aku terfikir satu perkara. bila kita marah, resah, takut, jantung kita akan berdegup kencang kan. pastu, siapa yang ade penyakit darah tinggi, mulalah menengking, sakit dada, sesak nafas n so on.

(peringatan: ini adalah apa yang aku fikirkan semata2) mungkin ini jawapan yang aku nak untuk persoalan, kenapa cepat tua. aku rasa, patutnya jangan letak nanti cepat tua, cuba tukar; "janganla marah, nanti cepat mati"

ops. lagi sensitif. haha. kenapa? baiklah kelas. mari kita mulakan sesi perbincangan pada hari ini.
sakit jantung adalah satu penyakit yang tiada tanda-tanda awal. ia boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja. sedikit maklumat tentang jantung:
1) mengepam darah sehingga mencecah rangkaian sejauh 60 kilo batu jaraknya.
2) 93600 degupan sehari (65 degup seminit x 60 min x 24 jam)
3) mempunyai jumlah degupan yang sama untuk semua orang iaitu lebih kurang 2.5 bilion-3 bilion kali. lebih daripada tu, orang tu akan terus padam. jantung tak boleh berfungsi lagi. pakai Artificial Heart pun takkan mampu lawan kuasa Allah.

cuba kira, sehari 93600. berapa lama boleh tahan? 3.42x10^7 setahun. bolehlah cecah umur 70-90 tahun. itupun kalau jantung kita konsisten berdegup 65 kali seminit. jadi, jagalah kesihatan jantung anda. elakkan makanan yang berkolesterol tinggi. kalau malas bersukan, rajin2kan berjalan. kepada atlet sekalian, bila bersukan pastikan heart rate anda tidak melebihi target heart rate.

target heart rate = 220 - age. aku, 220-23=197. daaa~
myself

sekurang2nya, dalam sehari mesti timbul satu perasaan yang tak selesa: MARAH. marah ni boleh bagi macam2 kesan dan akibat. antaranya mestilah sakit hati, geram, cenderung untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan untuk melampiaskan perasaan marah, sedih, berduka, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan cepat tua (nak tulis pasal inilah nanti), macam2 lagilah. oke, kita fokus pada cara2 menghilangkan perasaan marah. aku rasa berkesan kut. cubalah.

cara 1:
ambil wudhuk. berzikir, ingat Allah. selawat ke atas Nabi SAW. bukan saja tenang, pahala pun dapat. pernah dengar ini: Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

cara 2:
mula2, berdiri/duduk tegak. kosongkan fikiran, pejam mata dan bayangkan anda berada di puncak dunia (yang baru lepas menang The Contender), dan tarik nafas dalam2 secara perlahan2. lepaskan perlahan2. ulang sebanyak 4 kali.

cara 3:
elakkan bertembung dengan orang yang kita marah /melalui kawasan yang mengingatkan kita tentang kemarahan tu untuk masa terdekat. (kalau dapatla, senang cerita jgn fikir sangat pasal perkara tu)

cara 4:
ketawa. cari bahan yang boleh menyebabkan kita ketawa. atau gelakkan je orang/benda yang buat kita marah tu. "weh, ko dah buat aku marahlah. hahaha. bongek la ko ni"
(macam orang gila la pulak. huhu. tapi secara psikologinya agak berkesan-kut)

cara 5:
sharing is caring. share lah dengan sesape. kalo boleh orang yang kita percaya dan boleh memotivate kan kita. bukan orang yang akan menaikkan lagi darah kita. huhu

cara 6:
bersukan. amek bola futsal, sepak sekuat hati. jangan sepak member. sian dia. amek bola keranjang, hentak board tu kuat2. amek raket tenis/skuash, pukul bola kuat2. takpon, pakai running shoe, jog jauh2. kalo leh sejam 2. haha, semput tak jamin. berenang pun orait gak.

cara 7:
tengok bende2 yang menenangkan. contohnya tengok ikan berenang ke (yang hidup oke) atau tengok laut pun boleh. main2 dengan bayi ker. pinjamlah anak sesape. jangan culik oke.

cara 8:
buat aktiviti harian. sapu sampah ker, kemas bilik ker, memasak ker, cuci pinggan ker, ape2lah. janji aktiviti tu menyihatkan dan memberi kesan yang baik.

cara 9:
merenung/muhasabah diri. kenapa kita rasa marah? ape yang kita dapat kalau kita terus marah? pernah tak buat perkara macm ni kat orang lain? rupanya begini rasanya sakit bila orang marah kat kita. jangan biarkan marah menguasai kita. biar kita yang kawal marah itu. hehe

cara 10:
dengar lagu2 yang membangkitkan semangat. contohnya lagu No Boundaries-Kris Allen, Unwritten-Natasha Benningfield, Standing In the Eyes of the World, I Will Survive, lagu2 bola sepak macam Dare to Dream, alamak lupa dah tajuk2nya. tak kesah lah, janji bukan lagu yang meruntun jiwa dan merayu2 tu sudah lah. hew~

kalau nak tentang marah dari sudut fisiologi, klik kat sini
dah hilang rasa marah? selamat mencuba.
myself

Wednesday, 7 October 2009



curious? click here: Finding Nina
myself

today I'm fasting, again. hehe. that is not the point actually. exactly at 7pm, i went downstairs. a good smells of mee goreng basah cooked by the best chef in the world; my mother flying before my nose. there is a lychee's drink flavor on the table. i bancuh a glass of Orange Sunquick, mix it up with the canned lychee's fruit. when Azan started berkumandang, I looked at my plate. there are a lot of (of course mee) ayam, sotong, fresh vegetables, tahu, and every flavor mixed together very happening and peacefully. and the most important thing is; it less cholesterol. how would i know? because it is not oily, not too salt and of course i know the cooker. she always read Selawat or Bimillah before do cook. then, i started thanking God that i am very lucky because I am living with my parents. i can imagine, the food that I was eating just now, cannot be found at any kedai mamak out there. can i stay here forever? can lah. hahahaha

flashback
Ibu, tak habes.
isk ko ni teruk betul perangai. habiskan! habiskan! dah tau tu ambik la sikit2..

buzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..... huhu. my fault.

OMG! Huda, you need to improve your vocab and grammar! read and write a lot okayh!

huwarrrgh! dung!
myself

hari ni rilex jer. yelah, takde kelas. budak2 form 3 ade PMR, yang lain 'direhatkan'. jadi kojenye berinternetlah aku dari pagi. hurm, ingat tak entry aku pasal mimpi, aku duduk rumah yang bertentang dengan rumah aku sekarang. ala, yang tajuknya sepi tuh. ini rumahnya.

mangat betul siap tunjuk gambar rumah tu

erm, sebenarnye nak bagi tulis, kalau boleh nampak satu crowd kat situ, semua orang lelaki pakai kopiah. sebenarnya, salah seorang ahli rumah tu telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun.
aku ni, tak mesra jiran. so aku tak kenal mereka. aku kenal kawan mak aku ngan orang surau jer. bukan nak cakap aku ni rajin g surau, tarawekh pon aku tak pergi oke. cuma sebab deorang kawan ayah aku. hehe. tapi, aku dah melawat rumah tu dalam mimpi. huhu. tu jer. takde makne ape2 pon. it is just a coincidence. Al- Fatihah buat Allahyarham.

myself

Tuesday, 6 October 2009

situasi 1
cikgu, kami nak mintak maaf
cikgu itu buat2 tak tau sambil mengemas meja. tanpa berputus asa, mereka mengulanginya. aku pandang je mereka sambil tersenyum.
eh, apesal awak semua tiba2 nak mintak maaf ni?
kami nak PMR. kami tahu kami banyak buat salah dengan cikgu.
oh, nak PMR baru mintak maaf? kenapa tak datang jumpa saya dari awal tahun? hari ni baru nak mintak maaf.
dapatla ceramah free. cikgu itu memaafkan dan menghalalkan. aku teruskan buat kerja.

situasi 2
cikgu, maafkan saya. saya tau saya banyak buat salah. doakan saya ye. huwaaaaaaaaa
yelah2. nanti jawab periksa elok2. blalalalalalalalala
aku pandang je. senyum tgk gelagat deorang. setelah mereka pergi,
awak tahu tak, yang dok nangis2 tu lah yang banyak buat hal dalam kelas saya. itulah yang saya cakap asek menyanyi je kejenye.
aku senyum je. huhu.

mase sekolah dulu pon, dah ujung2 baru terkedek2 cari cikgu. mintak maaf, mintak restu. bila dah masuk f4, buat hal lagi. ujung f5 nak SPM baru cari cikgu2 tu balik. bila dah terhantuk baru nak ngadah. tak baik postpone mintak maaf/restu ni. yelah, kita tak tahu sebab ajal maut, jodoh itu kuasa Allah. kita mampu merancang, Allah yang tentukannya. walahualam. renung2kan dan selamat beramal~

myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *