#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday, 21 August 2009




Ni salah sorang kawan baik aku, Nad namenye. kitorang start kawan sejak form 4. mase tu dia join kelas kitorang lambat sket. tak tau nape. tak penah tanye plak. hehe. dia ade pengaruh dua perkara kat aku: coklat dan novel. sebab dia, sampai sekarang aku suka makan coklat dan sampai sekarang aku dok kumpul novel Ramlee Awang Murshid. tapi dia lebih suke bace love story. mase tu aku tak layan sangat minah ni. tapi lepas dia perkenalkan aku Mandatori, terus aku jatuh cinta. haha. tapi makcik ni kalau bace novel dalam kelas, sekolah meletop pon dia takkan sedar.

macam-macam kenangan kitorang kat sekolah dulu. paling aku ingat, mase kelas sejarah. Nad tny aku, camne ngan kek batik yang aku try wat tuh? aku pon dengan bangge cakap la, "sedap. tapi ade rase jagung sket." haha, terburai la ketawa kitorang. bongek kan. tak sedar cikgu sejarah tu macam singa. lagi2 kalo nampak kitorang tergelak. mmg macam singa kelaparan la dia tuh. [flashback: Nad ade ajar aku care nak wat kek batik. aku ni perasan engineer, konon nak ubah sket resipi la kan. aku tambah nestum jagung 3 in 1 kat dalam resepi. maka, kek batik aku ade semua rase; coklat, jagung n biskut meri.] kitorang kene denda berdiri kot. kene marah sambil tak sedar diri aku bisik la kat dia yang aku tambah nestum tu. sambil berdiri tu la yang gelak2 jugak. senget la kitorang ni. isk, tak sanggup nak cerita panjang sebab nanti jadi sesi kutuk cikgu sejarah. malas nak cite pasal dia. huh. rindu plak kat ko Nad. dia selalu sibuk sebab dia askar. tak sabar nak tunggu ko tunang. leh jumpa kan. huhuhu

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Alhamdulillah. Selamat menunaikan fadhu puasa.

Doa sepanjang bulan Ramadhan

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ رِضَاءً
وَلِحَقِّهِ أَدَاءً بِعَدَدِ ثَوَابِ حُرُوْفِ اْلقُرْآنِ فِى شَهْرِ رَمَضَانِ وَعَلى
اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Thursday, 20 August 2009

semalam best. kat OU ade satu hotel, tak tau la ape name hotel tu. huhu. g sane ngan Ayin n Lis sebab HDC ade wat conference pasal SME. kirenye HDC jadi platform antara pelanggan orang2 bisnes ngan bank2 la. aku rase la. kitorang sampai lambat 2 jam. hehe. bila dah lambat tuh, percentage nak dengar talk tu pon amatlah rendah. ade sekali tu, aku terbersin, satu dewan dengar. sampai speaker tu pon senyap untuk 5 saat. isk. malu2. plot yang paling aku suke ialah tym makan. hehehe. mula2 amek dessert. peh, sedap gile kek coklat berisi marshmallow. amek nasik lauk daging kambing, sayur, udang n apentah lagi. abes makan nasik, wat round ke 3 amek pasta pulak. sedapnye~ rase macam nak stay kat situ sampai muntah. pastu g jalan kat belah belakang, ade roti. perak tol aku n Lis, tak pernah tgk roti panjang macam stick. ade sorang foreigner tu kate, dalam roti tu ade black seed. aku rase macam habbatus sauda punye biji. ye kot sebab dia ade sebut, "our prophet Muhammad S.A.W. said that this seed could cure any illness accept death".


lepas tu, ikut Ayin n Lis g meeting INSEP deorang. bapak bosan aku sampai dak2 kelas diorang semua kenal aku. paham2 sendiri la peel aku ni cemane eks. hehe

setel semua, dah kol 4. aiseh. sempat lagi ni. hehe. kitorang g masuk OU, terus g tingkat 5. ade orang nak lepaskan gian karok. lalalalalala. mule2 konon nak masuk kat Neway tu, tapi sorang rm 20, nyanyi sampai kol 7. tak mo lah. mula2 macam dah frust jer. so kitorang turun, g kat kawasan game, ternampak plak jamban2. yay~! 10 lagu pon jadilah. ingat nak nyanyi lebih, tapi ayin ade program laen ngan kakak dia malam tu.

sampai KL Sentral, tros g solat Asar, borak2, sambung solat Maghrib. g JJ Wangse Maju plak, melepaskan keinginan kakak Ayin plak iaitu Johnny. ya, walaupon tengahari makan macam rakyat Afrika yang kebuluran, malam tu still ade ruang kat perut untuk diisi ngan steamboat. sempat gak ngurat abang waiter indon. lalalalala..kenyang. cari tudung. balik.

best2!!! mane tak best, semua makanan dalam perut orang sapot. Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga kepada semua!!


Tuesday, 18 August 2009


inilah yang dikatakan surprise!! hoho k Naemah, k Aini n k Eisha bagi hadiah. hoho. tak sangke gak emy pon datang bagi bear. lalalala. bunga tu dah nak layu. tapi takpe, tetap berkembang harum mewangi dalam hatiku. hehe. apepon, tenkiu sangat2 pada mereka dan keluarga mereka. owh ye, tulisan kat pembalut k Eisha berbunyi begini:

There is a good reason they call these ceremonies
"commencement exercises."

Graduation is not the end; it's just the beginning

tak tahulah dia reka atau amek kat mane2 website. tapi ayat tu mencengkam jugak la. aku bersetuju. huhu.

ade lagi sorang kawan. hopefully aku tak terlambat wish CONGRATULATIONS kat dia. dia pandai. buktinya:


kalung yang labuh tu, Vice- Canselor bagi. yang tak berape labuh tu, Dean bagi. hebat2. bangge pulak aku. eleh biarla aku nak bangge kawan2 aku berjaya. huh. ade lagi 2 orang, Wafa dan juga Lee Chee Ann. hebat la. eh lupa, dalam gambar tu Nazri Bajuri. dia suka buli aku. cess!

hidup ini kan bererti
jika lebih dihargai
GSC-Hidup ini

Hari ni Alhamdulillah, aku mulakan dengan solat Subuh. lepas tu minum air masak, minum susu, mandi, basuh baju, dan pergi dapur nampak makanan terus makan, kemas umah. hampa sebab sejak akhir2 ni astro buat tayangan ini : Services currently is not available.

pukul 11 g hospital selayang. bukan sakit, tapi mau menderma darah yang banyak dalam badan ni. yelah, rasenye ramai lagi orang perlukan darah. selain tu, aku pon dapat tingkatkan tahap kesihatan tubuh badan aku sendiri kan~ oh ya, b4 derma mesti timbang berat badan. TURUN 2kilo woo. sekilo seminggu woo. tak sangke walaupon keje aku makan dan tido dan duduk di hadapan komputer boleh jadi begini. wahwah. aku rase mesti sbb hari2 tgk cerita The Biggest Loser. penat tgk deorang training tau. tak kesah la walaupon figure aku tak menurun, tapi angka tu amat penting. lalalalala..[dari umah, mase sampai satu simpang kat tepi padang (umah aku mngadap padang), ade sekor anak biawak tengah melintas ke arah padang. aku pon bajet2 a harap2 tak langgar. lepas je dari biawak tu, usha cermin pandang belakang, HILANG. ayok. mungkin bewak tu sangat tangkas kut. abaikan.]

then g cari kedai xerox, photocopy semua sijil + transkrip. biase lah jobseeker cam aku ni kalau takde bahan bukti keaktifan aku kat U dulu, mesti lagi susah nak dapat kerja. sambil2 tu, borak ngan auntie cina yang keje kat situ. mula-mula dia tanya, nak g interview ker? tak lah, tgh cari kerja. baru konvo hari Ahad lepas. Ooo macam tu. apentah lagi dia cakap, semua tak masuk otak aku. tapi aku sangat terharu bila dia kate: banyakkan berdoa pada God. kita tak tahu bila rezeki kita akan sampai. kita kan hanya berusaha la. betul la cakap dia. terus fikiran aku melayang ntah memane. pastu macam2 la dia bercerita sampai la dia cakap cam ni: anak I ade sorang kerja kat tempat haiwan. I cakap sama dia, U ni dah serupa macam haiwan. (hah? biar betol? aku dah bayangkan bukan2 ni!) aku senyap dan takut dia paham ekspressi muke aku ni. dan yang penting aku tak fokus ape lagi yang dia cerita sbb still imagining. iya, jangan fikir haiwan tu takde perasaan. kalau kita marah dia, dia paham tau. haiwan tu sama macam kita. kena belai selalu ooo. I ada bela kucing kat rumah. hari-hari mau kena belai. cerita la pasal kucing dia. rupanya nak cakap yang anak dia yang keje kat veterinar tu manje kot (aku rase la). tapi aku banyak senyap. fikiran aku ntah kemane lah. mugkin efek derma darah tu kot? ye ke..ntah la.yang penting esok aku kene jumpa dia kembali sebab satu sijil aku is missing! wargh!

balik umah, ibu suh g beli barang dapur n masukkan duit kat bank. so solat zohor dulu la baru g. g bank dulu, pastu g giant duplicate kunci umah, beli beras n buah epal. owh pelik la. beras cap giant lagi mahal dari beras jasmine super 5. kenape eks? lupa nak tny orang giant td. biarla. okeyh balik umah, of course la lalu tepi padang tadi. dan terserempak lagi ngan anak bewak yang ingin melintas jalan ke arah padang, kat lorong yang same. haih~bewak ni macam tau2 je aku nak balik umah. perkara same terjadi, lepas dari bewak tu, HILANG. hohoho. lawak la biawak ni. nak melintas tym ade kete lalu. isk2 naseb bek ko bewak.

setel. sampai umah g dapur. ade sayur goreng, ayam masak kicap, ikan masak apentah + terung. pergh. makan nasik tapi lauk sayur ngan kepak ayam 2 ketul sambil tgk cerita She Spies. sanggup biar tangan kering semate2 nak tunggu iklan. takpe, leh jilat. huhu. pastu sambung tgk CSI. terlelap.

alamak ade orang call. wei, baru bangun tido ker? cepat la datang. takde player ni. aiseh, baru teringat petang ni ade lawan futsal kat UM. so bangun, tukar baju, zupp pergi UM. tak solat Asar lagi ni. huhu. kak Naemah kate harap2 umur ko panjang lagi la. takot. mule2 main keeper. then tukar maen striker. haha hancus! terus naik angka gol pihak lawan. LOL! tak kesah la just have fun. tak yah nak over2 main. semua orang dapat hadiah n jgn riso. (padahal dalam hati greedy nak main betol2..huhu) at least deorang ade semangat nak maen. akhirnya, kasut futsal ku keluar juga dari kotak!

cepat2 g lab. Asar tak perform lagi. nasib baik baru 6.30, kalo langit dah merah, bertambah dosa aku. sob sob. solat, g lab belakang kaco k Eisha. ape lagi memekak la kat situ. bengang dia. haha. dun care~ mase tu dah la ujan lebat, ditambah ngan nyanyian sumbang aku, hujan turun lebat dan berhenti at last. bukan sebab suara aku, sebab Sunnatullah. hehe. nak balik, spek tak bawak! bagus Huda, bagus! eh, ade seprise atas meja. lalalala

terkedek2 bawak kete. fokus jgn tak fokus. dah la ujan lebat. aku ni alah pada cahaya. poyo -> silau. Di Taman Samudera terdapat 2 biji pokok tumbang di 2 tempat yang berlainan. pemandu silau itu berkata, mungkin kejadian ini berlaku setengah jam sehingga sejam sebelum dia sampai di tempat kejadian iaitu jam 8 malam. diharapkan anda semua berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

yes. home sweet home. mandi peh sejuk sangat tapi estimet adelah setengah jam dalam toilet. ape yang aku buat tah. parents aku tak balik dari surau lagi. ada ceramah ke kenduri ker. tak tau la. solat Isyak. tgk CSI. tulis blog. sekian.

Monday, 17 August 2009


Nak hadiah? Contest ni bersempena dengan Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 yang dianjurkan oleh Exabytes. Contest ni mudah je..cuma tayang je banner dia dalam blog atau website dah boleh menang hadiah. Mereka akan spot mana-mana blog atau website secara random. Jika korang cukup bertuah pada tahun ni, mana tau tiba-tiba krew exabytes tersesat pula ke site korang, korang akan dipilih sebagai pemenang! Selain dapat mewujudkan semangat patriotisma, sambil-sambil tu dapat pula hadiah. Mesti best kan?

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:
Grand Prize: Apple iPhone 3GS (worth RM2500) x 2 winners
Consolation: Western Digital My Passport Essential 320GB x 10 winner

Menarik kan? Apa yang lebih menarik lagi..jika referrer korang menang, korang juga turut akan memenangi hadiah yang sama! Untuk register, boleh klik disini. Bila sampai ke kotak Referrer's Email, letakkan saja email nurainihuda@gmail.com sebagai referrer.

p/s.
1.klau aku menang, korang pun menang gak.hehe.jom2 join.
2.ayat2 atas ni aku copy dr http://malrockstar.blogspot.com/ (my referer) ^_^

Sunday, 16 August 2009

Alhamdulillah. aku selamat konvo bersama kawan2 SEPian. walaupon kitorang agak lemas sebab kene pakai mask, tapi semuanya berjalan ngan lancar. pagi2 daftar kene g saringan dulu. ade orang ckp kene check body temp. tapi tym aku, diorang just bagi mask jer. ye aa beratus2 tu larat la plak 2 kaunter nak wat semua tu.

aku ni messy banyak. jubah longgar. topi longgar. semuanye serba tak kene. seb bek kawan2 aku yang baek hati ramai. hehe. deorang tolong pinkan semua. kiri kanan depan belakang macam dayang2. hahahaha seronok seyh. pastu, mask kene pakai. aiyak, macam surgeon nak konvo plak.
masuk DSI, satu dewan pakai mask. okeyh lagi, bila barisan2 staf akademik, ahli senat, pegawai kanan n ahli lembaga pengarah masuk, semua pakai mask. adeih..kesian mereka dan kami. nak wat cmane kan. tym ni la H1N1 menular.

ade satu scene yang sampai sekarang aku ketawa tak henti2. tym tu Y.A.M Raja Zarith Sofiah tgh bertitah ucapan. tetiba kamera fokus kat sorang kawan aku ni, mase tu jugak dia betulkan tudung. yela ade 3 biji cermin besar kat depan. adoi. nak pecah perut aku tahan gelak! (sori la kawan, aku sangat terhibur ni. huuhu) kalo tym tu bukan waktu ucapan, aku rase dah bergegar dewan tu aku gelak. lawak la ko ni. LOL!

lepas majlis selesai, apa lagi. gambar tym~ nasib baik aku ade jurugambar. dia la yang tolong aku sepanjang sesi bergambar kat luar dewan. hohoho. seronok walaupon penat! sayang la. aku balik awal semalam. ayah aku keje la hari ni. ramai yang aku tak dapat jumpa. sori sgt kat Yan, Nad, Zuli n Faz. nasib baik sempat jumpa Amy membe netbal. thanx Amy n sori aku tak sempat nak balas ape2. Nad!! nak hadiah tu jugak!! huhuhuu~

sori sangat2 kat OG. serius tak sempat nak kontek ko. aiseyh!



Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *