"awak bersukan? sukan apa yang awak main?"
"futsal? kalau saya memang tak buat menantu la."
sedih aku dengar ayat pakcik kawan aku tu. lantak la. itu pandangan dia. bagi dia perempuan tak patut main sukan lasak.
lasak ke futsal? bagi orang macam aku, biasa jer. cuma permainan ni mungkin asalnya dimonopoli oleh lelaki. kemudian dibuka kepada golongan wanita.
kembali kepada tajuk, futsal adalah sukan kegemaran aku. aku akui aku tak pandai bawa bola guna kaki, jadi aku memilih untuk menjadi penjaga gol yang unggul. hehe
aku suka futsal sebab permainannya senang. tak banyak peraturan macam bola jaring. kalau bola jaring, aku pun seorang penjaga gol. biasalah, defender sejati. disebabkan antara pemain-pemain bola jaring aku adalah orang yang rendah, jadi ini dah jadi satu kelemahan bagi aku. aku tak larat nak lompat tinggi sebab punggung berat. lalalalala
lagi satu, dalam futsal, penjaga gol ni macam seorang kapten semasa bermain. sebabnya, keeper nampak setiap pergerakan pemain dari atas hinggalah ke bawah. jadi, keeper boleh susun pergerakan/posisi player masing-masing. memang possibility untuk gol sangat rendah. kelebihannya, kita bukan saja guna kekuatan, skill dan stamina, bahkan akal yang bernas juga~
sukan futsal popular. kalau tengok dekat website goFutsal.com, memang setiap bulan akan ada tournament dianjurkan. itu belum kira yang tak dihebahkan. kalau ada event macam konvokesyen ker, mesti akan ada pertandingan futsal.
lagi satu, sukan ni flexible. tak semestinye main kat gelanggang futsal. boleh menyebok main kat gelanggang bola jaring, bola tampar, bola baling, bola keranjang, bola sepak padang. asalkan ada minimum 10 orang, sebiji bola, main jer. kaki bangku ke, kaki lipas ker, semua boleh masuk.
itu ajelah. kesimpulannye, aku suka bermain futsal.
pempuan yg maen futsal baru mengancam.
ReplyDeletehamboih3..ley tahan ayat.bm kompem a cam aku.agaga~~
ReplyDeletehi huda..sara tk pandai ar main futsal..tgk org main ada ar..
ReplyDeleteheheh~ yeah2..len kali kalo men futsal ajak aku eks pijah..hehe
ReplyDeletewell~ mesti a1 juga kan..hahaha
xper sara..nanti huda maen,sara tengok eks~ ekekekeke
ReplyDelete