#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label project alpha season 2. Show all posts
Showing posts with label project alpha season 2. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

satu malam yang indah 3 May 2013. aku driving sorang2. masa tu jalan raya agak lengang dari kesekakan angkara semua orang berpusu2 balik kampung halaman untuk mengundi PRU 13. di sini aku tak salahkan jalan yang sesak, semua orang berpusu2 mahupun PRU13. aku hanya berkata2.

malam tu hujan lebat. Alhamdulillah Allah turunkan rahmat. masa tu aku banyakkan berdoa kepada yang maha pemurah lagi maha mengasihani. dengar orang kata masa hujan turun tu, kalau kita banyakkan berdoa, in shaa Allah doa kita akan dimakbulkan. wallahualam bissawab, aku buat je ape yang terbaik. 

leka. leka memandu. dari mahameru, exit bangsar. aku betul2 baru naik flyover. kebetulan radio frequency 91.5 fm bagi kawasan lembah klang malam tu tengah pasang satu slot doa. leka lagi - kononnya menghayati, tapi akal fikiran aku agak penuh dengan drama. tiba2 kereta aku hilang kawalan. aku sedar, steering membelok ke kanan. panic, tapi cepat2 control. bumper depan kereta sempat cium tembok flyover, dalam masa yang sama aku dragged steering ke kanan - lalu berpusing2 la kereta aku. 

tergamam seketika. pandang kiri pandang kanan. kosong. Alhamdulillah semua selamat. 5 saat kemudian, 1 per 1 kenderaan lalu. motor, kereta, lori. semua bagi hon - aku dalam keadaan "wrong way". fikiran masih blur - ape dah jadi? kenapa dengan kereta aku ni? oh, engine OK. cuba jalan - OK.

aku bagi emergency signal. make a u-turn, turun flyover perlahan2. muhasabah diri. masih tak faham ape dah jadi. turun kereta check tayar - OK. teruskan perjalanan. Alhamdulillah semua selamat. dan yang paling penting, x ada nyawa yang terkorban.

mungkin malam tu jalan licin. kepada yang memandu, selamat memandu. jangan jadi macam saya. kepada yang mengundi, selamat mengundi. pilihlah pemimpin yang benar2 dapat memimpin kita ke arah Islam yang sebenar.kebahagiaan, kejayaan & kekayaan yang sebenar bukanlah di dunia ini semata2 bahkan di akhirat kelak - nasihat untuk diri sendiri juga. andai diberi kelebihaan di dunia & di akhirat - itu adalah lebih baik ;)

itu sahaja. sekian. jumpa lagi~~~~

sikit je. tu pun nak kecoh :p

signature2

Saturday, 15 May 2010

Assalamualaikum and a very good morning everyone.




Can you see the image above? It contains number of Wiggies~ what all of you should do is to count the number of Wiggies in the picture, and tweet your answer to @ProjectAlphaMY and @P1W1MAX, and include the hashtag #wiggycount. 


Hurry up because the first 10 correct/closest guesses will win a P1 bag each!


Project Alpha Season 2 Episode 22

Project Alpha Season 2 Episode 23

Project Alpha Season 2 Episode 24

Project Alpha Season 2 Episode 25

bubbyee~

myself

Wednesday, 28 April 2010

teknologi di hujung jari

selalu kan kita dengar pernyataan ni. kalau jalan-jalan takde internet memang susah. lagi-lagi bagi orang yang selalu 24/7 online macam aku. hehehehe. bila capture gambar yang cantik-cantik, mesti nak upload terus. kalau kita ni seorang blogger tegar, mesti nak tulis setiap detik manis yang berlaku sepanjag perjalanan hidup kita kan. lepas tu, kalo yang suka main mukabuku, mesti punyalah nak update status selalu. mane boleh postpone2 neh. dunia sekarang nak cepat ajer.

maka inilah tujuannya diciptakan sebuah broaband. banyak syarikat berlumba-lumba nak reka satu broadband yang pastinya pantas dan kecil. meh kite tengok ape yang ader:

mempersembahkan, WIGGY

senang jer nak guna bende neh. cucuk, dan main.

senang kan? hey2~ jangan fikir bukan-bukan. direct translate punya pasal lah neh. isk2. dah- stop mengarut. cube tengok modem neh. kecik jer. tak berat. ala bape gram sangat pon. jangan-jangan nanti tertukar plak ngan pendrive. orang mintak pendrive, kite bagi modem. huh, heaven~

alang-alang dah ade broadband yang bagus tu, jgn simpan wat pekasam jer. meh kite same-same tengok Project Alpha Season 2 Episod 8-10 oke~

Episod 8
nama blogger neh, Niki Cheong. hensem la~ nak follow twitter dia lah. ekekeke. gerdix plak. oh ye, kalo nak taw, Elaine Daly - Miss Universe Malaysia 2003 tu sepupu dia.

Episod 9
sambungan..teruskan menonton oke

Episod 10
uh bestnyer~ deorang nak g London pula jumpa XiaXue, Singaporean blogger. huhu

haih, okelah. itu sahaja. selamat berlayar bersama WIGGY~ FYI, Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
myself

Monday, 12 April 2010

yuhooooooooooo~
ops, sopan sket..
assalamualaikum dan salam sejahtera.

bila sebut pasal "no string attached" macam2 perkara bermain kat otak kite kan. contohnya macam lagu kat bawah neh:

Nsync - No String Attached
suke lagu ni ker? nah download kat sini

ade lagi perkara laen, contohnya kalau kite korek2 kat no strings attached, dia ade bagi satu idiom. ermm aku tak pandai bahasa Inggeris sangat, jadi ayat dia kalo aku ubahkan (tak mao translate. tak reti. ahah), boleh kedengaran seperti

"duet yang didermakan tu, tak de terikat ngan ape-ape. jadi gunakanlah hasil derma tu untuk apa2 tujuan yang baik. kita ni hidup untuk memberi."

eheh, pandai juge aku neh. okelah mahu berhenti menganyam bakul untuk diangkat sendiri. mari kita kembali kepada tajuk asal.

oh ya, kalo perasan la kan, ayat kedua tu berbunyi begini:

"banyak tawaran yang istimewa datang dengan kontrak. maka berhati2lah sebelum membeli" 

betul ke ape aku merepek neh?hish. tapi takpelah

aku nak bagi tau ade satu bende yang memang takde wayar, takde kontrak dan sangat istimewa. ini betul2 punya. tak kan aku nak tipu plak kan. hehe








tadaaaaaaaaaaaa

mempersembahkan, P1W1max~! the super fast connection!


betul neh. masukkan jer WIGGY kat laptop, gunakannya di mana2 sahaja~ No String Attached la katekan. kalo nak tau, ni ialah 4G broadband yang terbaru kat Malaysia.

4G tu ape eks? ha, kalo nak taw 4G tu sebenarnye direka untuk menggantikan 3G. aku tak mo lah cite teknikal sangat pasal 4G ni sebab aku sendiri tak taw nak terangkan camne (haha, tak taw ngaku je lah). tapi anggap je lah 4G ni lagi hebat dari 3G. jadi, sila lupakan 3G, ADSL atau Wifi ye.

kenapa 4G? 
mestilah high performance. ingat ye, kalo high performance tu maknenye merujuk kepada speed. kelajuan yang lebih tinggi.

kenapa mesti WIGGY?
kecik. ini merujuk kepada density ye kawan2. area yang kecik. mudah dibawa ke mane2. mudah disimpan malah boleh juge disorok dalam kocek. hahaha

maka:
ia ada keduanya, density dan speed. kebiasaannye kalo area kecik, padat, slow performance. tapi WIGGY ni tak. ia balance. kalau tak percaya, sila tanya en WIGGY sendiri. 


dahlah. banyak lagi sebenarnye. sampai sini sahaja lah ye~ renung-renungkan dan selamat membeli.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
myself

Wednesday, 7 April 2010

"awak bersukan? sukan apa yang awak main?"

futsal

"futsal? kalau saya memang tak buat menantu la."

sedih aku dengar ayat pakcik kawan aku tu. lantak la. itu pandangan dia. bagi dia perempuan tak patut main sukan lasak.

lasak ke futsal? bagi orang macam aku, biasa jer. cuma permainan ni mungkin asalnya dimonopoli oleh lelaki. kemudian dibuka kepada golongan wanita.

kembali kepada tajuk, futsal adalah sukan kegemaran aku. aku akui aku tak pandai bawa bola guna kaki, jadi aku memilih untuk menjadi penjaga gol yang unggul. hehe

aku suka futsal sebab permainannya senang. tak banyak peraturan macam bola jaring. kalau bola jaring, aku pun seorang penjaga gol. biasalah, defender sejati. disebabkan antara pemain-pemain bola jaring aku adalah orang yang rendah, jadi ini dah jadi satu kelemahan bagi aku. aku tak larat nak lompat tinggi sebab punggung berat. lalalalala

lagi satu, dalam futsal, penjaga gol ni macam seorang kapten semasa bermain. sebabnya, keeper nampak setiap pergerakan pemain dari atas hinggalah ke bawah. jadi, keeper boleh susun pergerakan/posisi player masing-masing. memang possibility untuk gol sangat rendah. kelebihannya, kita bukan saja guna kekuatan, skill dan stamina, bahkan akal yang bernas juga~ 

sukan futsal popular. kalau tengok dekat website goFutsal.com, memang setiap bulan akan ada tournament dianjurkan. itu belum kira yang tak dihebahkan. kalau ada event macam konvokesyen ker, mesti akan ada pertandingan futsal.

lagi satu, sukan ni flexible. tak semestinye main kat gelanggang futsal. boleh menyebok main kat gelanggang bola jaring, bola tampar, bola baling, bola keranjang, bola sepak padang. asalkan ada minimum 10 orang, sebiji bola, main jer. kaki bangku ke, kaki lipas ker, semua boleh masuk.

itu ajelah. kesimpulannye, aku suka bermain futsal. 

busuk2 lepas main futsal, silalah gunakan Adidas Action 3 untuk kesegaran berpanjangan.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *