#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, 28 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum.




Semalam, 27 July 2013, aku & kawan2 ade anjurkan satu program charity (Raudhah Ramadhan) bersama anak-anak yatim & asnaf di Raudhatul Al-Faeez (alamat: Batu 9 1/2, Jalan Gombak, KL)




masa ni tengah prepare barang-barang. dalam sampul ade duit raya (atas) & goodies (bawah) hasil sumbangan tetamu dan masyarakat. jumlah semua 30 (ada 30 orang pelajar kat rumah tu)

jalan nak masuk rumah ni curam gila. member yang pakai kereta manual agak parah sikit la nak naik atas. ade sorang kawan sampai tinggalkan kereta kat bawah sebab tak larat nak naik. hehehe

view rumah dari luar

budak2 standby nak buat persembahan nasyid. budak-budak ni cerita pagi tu deorang pergi AEON Wangsa Maju beli baju raya. so petang tu deorang agak letih

persembahan nasyid dari kumpulan Al-Faeez

yang kanan sekali founder rumah ni, Pn Zahrina. deorang panggil Ummi. difahamkan bahawa tanah & rumah yang deorang tinggal sekarang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang telah dirahsiakan identitinya. Alhamdulillah.

DJ yang bertugas. Set PA system ni dia yang punya.



semua orang berkumpul kat tanah lapang untuk aktiviti santai sebelum berbuka. setiap anak2 dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut abang-abang & kakak-kakak masing-masing. kira sesi ice breaking la ni. 

Masa masuknya waktu maghrib, kitorang berbuka dengan kurma & air kosong dulu. lepas tu solat Maghrib berjemaah & makan berat2. perut lapo sangat, so xde la nak ambil gambar makan pun. hehehe...

then solat isyak berjemaah + terawih 4 rakaat. ada slot tazkirah bertajuk "tanggungjawab kita"





lepas habis tazkirah, sambung solat terawih 4 rakaat, 3 rakaat untuk witir.

sumbangan masyarakat, individu + kumpulan




emcee bertugas pada malam tu


antara tetamu hadir
pandang je kuih moreh tu ye. hehehehe
dalam kotak polystyrene tu ade dadih. sedap oh!

adik ni nama dia Iqram. dia paling muda antara anak-anak yang lain. umur baru 3 tahun. kawan-kawan dia kata, dia duduk sini sejak kecil.



tu je la kot.. tak ambil banyak gambar pun.. yang penting program ni berjalan lancar & budak2 ni pun gembira. kepada yang menyumbang + meraikan program ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan. semoga Allah memberkati & merahmati anda sekalian. kbai. 

P/S: bukan nak menunjuk, tapi nak bagi tahu semalam program tu memang ade. bukan kutipan kosong semata2. peace!

signature2

Tuesday, 9 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Tengah dok kemas-kemas bilik (sambil mata pandang laptop, jari kat keyboard), housemate datang. sembang. layan sekejap sebab topiknya menarik. sambung pandang laoptop lepas dapat maklumat.

pot pet pot pet. ".. huda.. ade sotong. masak nak?"
"OK. simpan la buat sahur."
"banyak lagi tu..." ..pot pet pot pet...
"xmo lah sembang ngan Huda. x best"

"padan muka. baru tahu ke. hehehehe"

aku sambung "kemas bilik".

"HUDA!!!!! tolong2!!!"

apehal la.. 2-2 orang housemate aku menjerit. sotong hidup balik ke?


terima kasih housemate. hadiah Ramadhan pertama yang terindah. 

terus hilang mood beliau nak masak. hahahahahaha~~~~

signature2

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Tahun ni, bulan Ramadhan kali ni yang paling mencabar buat diri aku aku. aku rasa la. walaupun masa aku menaip ni adelah hari pertama Ramadhan menurut kalendar Islam.

Semoga menjadi batu loncatan untuk masa depan aku yang cemerlang, gemilang, terbilang dan berbilang2.

Janganlah dengki kat aku, aku xde ape2 pun.

mungkin ko rase aku ade ape2, tapi apekah ia?

"if people are trying to bring you down, it only means that you are above them"

terima kasih. saya sungguh termotivasi dengan kata2 semangat ini.

Selamat berpuasa semua. Semoga menjadi orang yang sangat baik dan dirahmati Allah. Amiin.

signature2

Monday, 13 August 2012

Assalamualaikum wbt.

Tak tahu nak tulis apa. Hari-hari life sama. Pagi bangun sahur jam 5:30, lepas solat subuh sambung tidur. Walaupun tak digalakkan tapi aku tak mampu nak bertahan. Setiap setengah jam mesti terjaga sebab tutup alarm. Biasalah pasang alarm banyak-banyak dengan harapan boleh bangun awal hari-hari. Akibatnya, setiap 10 minit terjaga sebab snooze.
Pergi kerja. Buat kerja. Balik kerja. Rutin sama, orang sama, cerita sekali sekala berbeza, rhythm sama. Kalau nasib baik, jam 7-7:25 pm boleh balik rumah berbuka. Jam 9 datang office sambung buat kerja. Kalau nasib sangat baik, buka ala kadar, jam 11 pm agak-agak tak larat tu balik rumah singgah 7Eleven beli roti. Makan pun tak lalu dah hei. Sekali sekala balik sangat awal, 6:00 pm tapi masuk kerja balik 12:00am.

Sangat bertuah
Orang lain susah payah cari kerja, aku rasa macam nak lepaskan kerja ni. Patutnya aku jadi manusia yang bersyukur la kan. Anggaplah sesuatu yang aku buat tanpa bayaran lebih masa ni sebagai satu ibadah. Lebih-lebih lagi 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat pula masa berlalu. Atau aku yang tak pandai nak hargai. Wallahu'alam. Apa yang aku mampu harapkan supaya mata pencarian aku ni halal. Semoga hari ni aku susah macam ni, esok lusa harap lebih mudah.
Banyak yang aku dapat belajar tentang kehidupan terutamanya. Hari-hari aku berdoa kepada Allah supaya ditambahkan rezeki yang banyak & halal. Imam yang benar. Ilmu yang bermanfaat. Kesihatan yang elok. Kebijaksanaan yang tinggi. Hati yang bersih serta kejayaan yang besar dunia akhirat. Amin ya Rabbal Alamin.

nota kaki:: entry ni dah lama tulis. masa tu jam 6:30 pagi tak ingat berapa hari bulan beratur ambil wudhuk untuk solat Subuh kat kilang. tak sempat nak send, dah sampai turn. Prof Muhaya kata kalau kita bersedih/ tak senang/ tak selesa, kita ada beberapa option untuk release. 1- cerita pada seseorang. 2- tulis pada sesuatu macam diari ke. so aku pilih tulis pada blog. dan at least ada seorang yang sedang membaca, maka aku dah cerita kat seseorang. hehehe~

Assalamualaikum WBT

Hari ni Selasa, Aug 13 aku dapat jemputan dari pihak Alumni UTM untuk ke Majlis Berbuka Puasa Alumni & Mantan Staf UTM, bertempat di Dewan Alumni UTMKL, Jalan Semarak.  


Hari ni aku cuti dan memandangkan Gombak ke jalan Semarak aku kira-kira tak la jauh sangat, so dalam jam 6:15 aku bergerak keluar dari rumah. tapi malangnya belum pun keluar taman jalan sesak yang amat. itu pun ada hati nak singgah car wash cuci kereta dulu. huhhu

sampai dewan agak lewat dalam jam 7:00pm. masa tu agak pelik la sebab orang alumni yang call tu kata invitation untuk 100 orang, tapi car park nampak kosong. aku assume ada orang lagi lewat dari aku kot.


Dewan Alumni - memang kosong

"..akak tu silap. patutnya masa dia call tu, dia terus buat confirmation instead of cakap - kami akan hantar surat by email. so ramai yang tak datang ni sebab tak dapat surat dan assume yang tak dijemput.." kata salah seorang dari alumni. "..lain kali ko bagi tahu kitorang (merujuk pada aku gak), nanti satu UTM dari mana-mana batch dulu pun kitorang boleh angkut.." hehe. berlagak nampak ;P

oh macam tu ceritanya. kasihan yang tak dapat email tu. aku pun datang sebab dapat email. memang macam tu pun gaya akak tu cakap dengan aku masa dia call tu. kalau aku tak dapat email pun aku tak datang gak. aiseh. miss-communication rupanya..

NC (Biru) beramah mesra dengan tetamu.

Antara tetamu yang hadir

NC berbual-bual

Tetamu 


nasib baik ade orang yang aku kenal

rakan semeja

NC berucap sebelum majlis berbuka  


Kepada mereka yang berhasrat untuk menyambung pelajaran (Degree) di UTM, sila perhatikan kualiti CGPA yang dicapai oleh pelajar-pelajar UTM seperti di atas. kalau hasilnya adalah seperti itu, bagaimana pula dengan syarat kelayakan? belum kira lagi dengan persaingan peluang pekerjaan antara pelajar-pelajar UTM dan beratus-ratus universiti lain di Malaysia. belum kira graduan menganggur yang enhanced skill masing-masing menerusi job camp  untuk terus mendapatkan pekerjaan. yang bekerja sambil belajar, master & PHD lagi. maksudnya, hidup ini penuh dengan persaingan. universiti bukanlah platform untuk berabang adik angkat, bercintan-cintun, relax2, dota, counter strikes dll. kalau tak menjamin CGPA yang baik ye dak kawan2? Alhamdulillah la sekarang aku ni dah bekerja. Renung-renungkan dan selamat mencuba! (klik gambar untuk pembesaran)


makanan. tertutup pula. malas nak buka, kang terliur pulak. hehe

saja ambil gambar ni. first time jumpa botol minuman ni. hehhe

Door gift #1. kuih raya. sedap gak.

Door gift #2. Menghayati Budaya Ilmu. Faham Ilmu, Amalan dan Panduan By Prof Zaini Ujang. 

buku ni ialah antara buku ilmiah terlaris. Edisi ke 2 cetakan ke3. entah bila la aku ada peluang (masa lebih) nak baca buku ni sebab...




banyak lagi buku yang aku nak baca! huhuhuhuhuhuhu~!

signature2

Sunday, 5 August 2012

Assalamualaikum wbt.


semalam aku jalan-jalan kat blog Denaihati aku terbaca satu entry tentang eQurban (Denaihati ialah blog rasmi untuk eQurban). eQurban ialah sebuah program untuk umat Islam menunaikan ibadah Aqiqah & Qurban di Kemboja.




eQurban juga turut menganjurkan program affiliate (Rakan Niaga) kepada semua rakan Blogger, Facebook dan Twitter yang ingin menambah pendapatan sambil beramal dengan mendaftar di eQurban.com secara percuma.


signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *