Assalamualaikum WBT
Hari ni Selasa, Aug 13 aku dapat jemputan dari pihak Alumni UTM untuk ke Majlis Berbuka Puasa Alumni & Mantan Staf UTM, bertempat di Dewan Alumni UTMKL, Jalan Semarak.
Hari ni Selasa, Aug 13 aku dapat jemputan dari pihak Alumni UTM untuk ke Majlis Berbuka Puasa Alumni & Mantan Staf UTM, bertempat di Dewan Alumni UTMKL, Jalan Semarak.
Hari ni aku cuti dan memandangkan Gombak ke jalan Semarak aku kira-kira tak la jauh sangat, so dalam jam 6:15 aku bergerak keluar dari rumah. tapi malangnya belum pun keluar taman jalan sesak yang amat. itu pun ada hati nak singgah car wash cuci kereta dulu. huhhu
sampai dewan agak lewat dalam jam 7:00pm. masa tu agak pelik la sebab orang alumni yang call tu kata invitation untuk 100 orang, tapi car park nampak kosong. aku assume ada orang lagi lewat dari aku kot.
Dewan Alumni - memang kosong
"..akak tu silap. patutnya masa dia call tu, dia terus buat confirmation instead of cakap - kami akan hantar surat by email. so ramai yang tak datang ni sebab tak dapat surat dan assume yang tak dijemput.." kata salah seorang dari alumni. "..lain kali ko bagi tahu kitorang (merujuk pada aku gak), nanti satu UTM dari mana-mana batch dulu pun kitorang boleh angkut.." hehe. berlagak nampak ;P
oh macam tu ceritanya. kasihan yang tak dapat email tu. aku pun datang sebab dapat email. memang macam tu pun gaya akak tu cakap dengan aku masa dia call tu. kalau aku tak dapat email pun aku tak datang gak. aiseh. miss-communication rupanya..
NC (Biru) beramah mesra dengan tetamu.
Antara tetamu yang hadir
NC berbual-bual
Tetamu
nasib baik ade orang yang aku kenal
rakan semeja
NC berucap sebelum majlis berbuka
Kepada mereka yang berhasrat untuk menyambung pelajaran (Degree) di UTM, sila perhatikan kualiti CGPA yang dicapai oleh pelajar-pelajar UTM seperti di atas. kalau hasilnya adalah seperti itu, bagaimana pula dengan syarat kelayakan? belum kira lagi dengan persaingan peluang pekerjaan antara pelajar-pelajar UTM dan beratus-ratus universiti lain di Malaysia. belum kira graduan menganggur yang enhanced skill masing-masing menerusi job camp untuk terus mendapatkan pekerjaan. yang bekerja sambil belajar, master & PHD lagi. maksudnya, hidup ini penuh dengan persaingan. universiti bukanlah platform untuk berabang adik angkat, bercintan-cintun, relax2, dota, counter strikes dll. kalau tak menjamin CGPA yang baik ye dak kawan2? Alhamdulillah la sekarang aku ni dah bekerja. Renung-renungkan dan selamat mencuba! (klik gambar untuk pembesaran)
makanan. tertutup pula. malas nak buka, kang terliur pulak. hehe
saja ambil gambar ni. first time jumpa botol minuman ni. hehhe
Door gift #1. kuih raya. sedap gak.
Door gift #2. Menghayati Budaya Ilmu. Faham Ilmu, Amalan dan Panduan By Prof Zaini Ujang.
buku ni ialah antara buku ilmiah terlaris. Edisi ke 2 cetakan ke3. entah bila la aku ada peluang (masa lebih) nak baca buku ni sebab...
banyak lagi buku yang aku nak baca! huhuhuhuhuhuhu~!
No comments:
Post a Comment