#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday, 2 August 2012

Karangan Sekolah Rendah: Aku Sehelai Baju Kebaya


Aku Sehelai Baju Kebaya


Aku berasal dari selembar kain dari sebuah kilang. warnaku biru pekat dan mempunyai corak bunga yang sangat cantik. satu hari aku dijahit oleh tukang jahit yang terkemuka di bandar. badanku ditampal dengan beberapa biji batu putih yang berkilau untuk menambah seri. setelah siap, aku ditayangkan di sebuah butik dan diberi nama Kebaya Asli. ramai rakanku memujiku. aku berasa sangat bangga.


satu hari aku didatangi oleh seorang perempuan. dia terpegun melihatku. di tanganku ada sehelai kertas bertulis RM200. aku lihat wajah perempuan itu sedih. kemudian datang seorang lelaki memujuk dan mengambil aku untuk dicuba oleh perempuan itu. pertama kali aku melihat diriku di cermin. memang cantik aku ni. perempuan itu berasa gembira dan aku dibungkus rapi pulang ke rumahnya.


aku dipakai ke banyak majlis yang indah. ramai kawan tuanku memujiku, tidak tuanku seperti "cantiknya baju kau Senah!". aku berasa bangga kerana membuatkan tuanku kelihatan lebih cantik kerana kecantikanku. 


satu hari tuanku menggosok badanku dengan seterika sambil menonton televisyen. tiba-tiba telefon berdering dan dia meninggalkan seterika yang panas di atas badanku. aku merasa sangat sakit. si seterika hanya mampu bersimpati kerana dia tak tahu bagaimana untuk menurunkan suhu badannya. dia hanya meminta maaf kepadaku. aku tidak menyalahkan si seterika tetapi si telefon yang menjadi punca kejadian ini. jika dia tidak memanggil-manggil tuanku, pasti ini tidak berlaku kepadaku.


aku mula terbakar dan mengeluarkan bau busuk. aku lihat tuanku kelam kabut mendapatkanku tetapi ianya sudah terlambat. badanku berlubang dan mempunyai lambang kemegahan si seterika. kami berdua sama-sama menangis teresak-esak. rupaku pasti sangat buruk.


sejak kejadian itu, aku dipotong kepada kain yang lebih kecil dan bercantum dengan rakan-rakan lain. kami diberi nama Selimut dan kami dipakai oleh anaknya setiap hari.


walaupun aku tidak disia-siakan begitu sahaja aku masih terus berdendam dengan si telefon sehingga ke hari ini.


Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My

signature2

2 comments:

  1. tingat ke student ..duk wat "aku sebuah televisyen:

    ReplyDelete
  2. hah. zaman sekolah rendah dulu macam2 jenis barang aku jadi. haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *