#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday, 29 April 2013

Aku jarang bosan, tapi sekali bosan terus blur x tahu nak buat ape.. Korang pernah alami perkara ni? Jom kita list down benda yang boleh buat time bosan.

1- makan sorang2 tanpa menghiraukan orang lain.
Perkara ni selalu terjadi Kat aku bila aku terasa sangat lapar & bosan. Lagi best kalau dapat beli burger bakar berlapis2, makan dengan muka puas depan orang yang tengah tunggu que~ slurp~~~

2- main mercun bola & ketupat dalam bilik
Ni lagi best kalau duduk rumah flat / apartment / condo. Boleh baling ke bawah. Kalau kena tangkap tanggung sendiri.

3- kemas rumah
Kalau rumah tu dah tersedia kemas, boleh gembur2kan bagi sepah tahap gaban. Bila next time bosan boleh kemas balik..

4- berenang
Owh yang ni paling best. Kalau susah nak cari kolam renang, beli je kolam plastic boleh berendam Kat ruang tamu.

5- main ping pong tanpa henti
Disebabkan bosan, xde sape nak geng ngan kita, boleh main ngan dinding. Lagi best kalau jiran sebelah tu workaholic duduk sorang2 Kat bilik tanpa menghiraukan orang lain. Sure Kali ni kita boleh saling kenal mengenali.

6- Baca buku @ novel
Ni mungkin menambah kebosanan bagi orang yang tak suka membaca. Tapi kalau nak buatkannye menarik, Cuba Baca dari page belakang ke depan. Mesti otak celaru sikit.

7- workout
Sebenarnya x perlu pergi gym pun boleh workout Kat rumah. Contohnya peralatan ala2 dalam gym ialah tong gas, lesung batu, tangga - bagi orang yang tinggal Kat rumah 2 tingkat, n macam2 lagi lah.

8- sauna & aroma therapy
Duduk dalam bilik pasang aroma perfume. Pakai baju sejuk 8 lapis, pastu duduk bawah blanket 3 lapis. Kalau xde perfume bilik, boleh kentut berkali2 dalam blanket supaya bau tak cepat hilang.

9- buat gwiyomi
Ha. Kalau lelaki boleh pakai accessory tambahan seperti ribbon, make-up nipis. Kalau muka ganas, make-up ganas tambahan. Rare sikit. Kalau perempuan boleh minta tips Kat kak ton ye.

10- buat parti baru - PSP
Invite semua orang datang rumah. Jangan lupa beli snacks, air bergelen2. Cukup kalau rumah ade HiFi. Pasang lagu pitbull sudah. Tapi make sure undi BN 5 may ni baru boleh Party Sampai Pagi~ lariiii


Inikalilah

Bye!
posted from Bloggeroid

Saturday, 27 April 2013

Assalamualaikum & ape khabar orang2 yang sedang membaca? Sihat la harapannye kan.
Pagi tadi bangun tidur terus check phone. Penuh mesej dalam whatsapp. Biasa la kalau dah join macam2 jenis group whatsapp tu, macam2 la sembangnye pun.. Then dapat notice suruh update application whatsapp.. Pernah sekali ignore notification tu, tapi last2 dia block x boleh guna selagi x update. Hampeh betul.. So untuk mengelak perkara yang sama berlaku, aku pun update la dengan jayanya. Tapi masalahnya, dia kata tinggal sebulan je free, lepas ni kena bayar pula. Aish. Dah tak jadi free la. Huhu

Dulu pernah install we chat, pastu uninstall balik... Fikir2 baik aku install we chat balik.. Percuma. Haha. Tapi aku lagi selesa ngan whatsapp. Simple.. Aku tengok we chat tu macam ade profile la itu la ini la.. Macam penuh semua benda dalam tu. Tapi ni personal opinion aku la. Orang lain aku tengok suka ja pakai siap macam orang kurang siuman cakap2 & gelak2 Kat walkie talkie canggih ni. Kelakar lak tengok orang pakai we chat. Satgi aku lak yang buat, ha tanggung sendiri la yer. Hehe..

What ever it is, aku guna ja sebab percuma. Lalalala..

Bye!

Ps: motif tulis blog ni - aku dah install we chat. Lalala

K bye

Wednesday, 24 April 2013

Assalamualaikum~

hui.. lama tak jenguk blog ni. wehuuu~ 
tetibe terasa nak update pun sebab ade member minta ajar dia start up blog. lepas ni dia nak jadi agent hartanah kat Putra Heights, so dia kata dia perlu iklan + network untuk mula. biasa la tu kan. aku yang blogger picisan ni pun ajar la ape yang patut. basic2 je pun. nak gempak2 memang tak dapat nak tolong la. ajar sikit2 lama2 membukit la. haha. ala, kalau dah nama engineer tu pandai2 gak la dia nak explore nanti ye dak?

hari tu ade member satu office bagi gambar Water Sports kat Puchong. nampak macam menarik, nak2 ade promotion kan sekarang ni. rase nak pergi lah. tapi kalau boleh tak mau pergi time weekend, nak ambil cuti sehari, pergi time weekday. kebarangkalian orang tak ramai tu tinggi, tambahan lak rate untuk weekdays murah la compared to weekedns. hehe. 

aku tak tahu best ke tak, tapi menurut kata member punya member punya member - BEST. korang check out sendiri kat website dia lah Asian Water Sports Village kan. aku nak cerita panjang, aku bukan pernah pergi pun. hehu~ ade sesape pernah pergi? cite la sikit pengalamannye...

dah la tu kan. aku ni nak singgah sekejap je pun. nanti kirim salam kat kawan sebelah ye. bye bye bicycle~!


signature2

Thursday, 7 March 2013

Gigil kerana gigih untuk secebis suapan
Kau kata kita buat perniagaan
Bukan kebajikan
Tapi aku perhatikan
Atau mungkin perasaan
Kami yang melaksanakan
Dan kau niagakan
Tanpa sebarang penghargaan
Kertas kerja jadi ukuran
Tak kira malam pagi masa dikorbankan
Kau persetankan
Kami hanya diamkan
Kau ambil kesempatan
Bukan takut atau segan
Cuma tak mahu menambah lawan
Tak apa, kami ada kekuatan
Semoga setimpal Allah balaskan
Semoga doa-doa kami Allah makbulkan
posted from Bloggeroid

Tuesday, 5 March 2013

Assalamualaikum.. Lame tak menyonteng Kat sini.. Sibuk la kehulu kehilir kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tipu. Aku bukan kerja bayar per day. Haha. Pagi-pagi pergi kerja Baca email

"Hi Huda how are you doing?"

Reply...

"I'm always good in this super busy environment"

Delete.

"I'm faking good"

Delete.

"I'm pretending to be good"

Delete.

"I'm good"

Send.

Aku tak sampai hati nak bagitahu the whole world yang aku sedang sesak, suntuk.

Waktu driving adalah waktu yang membuat aku banyak berfikir, kenapa aku rasa masa aku tak cukup walhal semua orang dapat 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sama.

I need to change.

Change for good.

Because time is priceless.

posted from Bloggeroid

Sunday, 3 March 2013

Date: 3 March 2013
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil


Gambar dekat starting point. Spotlight tu dah macam UFO lak ghoman eh. kekadang macam bom meletus ade gak.. ade gak la rupe planet marikh yang boleh nampak direct dari Malaysia ni kan. hehe. ape saje lah. yang penting tangkap guna phone je memang cenggitu la kan...


Alhamdulillah. pulun lari dapat gak medal. aku punye yang kaler silver tu. yang lagi 3 bronze tu kawan-kawan aku punya. lain sikit sebab aku masuk kategori 10km, deorang 5km. nak masuk 5km same2 tapi aku dah jual bib 5km aku dulu. kononnya 3hb ade sukan komuniti Petronas dan aku join sekaki. tapi PRU ambil dewan untuk mesyuarat tergempar katenye. kebetulan pulak ade orang nak let go bib 10km dia dengan harga rm50, aku beli je la. ade hikmahnye semua ini kan. 

Brooks ni event marathon pertama untuk tahun 2013 yang aku participate. bila buka FB, ramai pulak kengkawan yang join. huh. next run setakat ni yang dah confirm - Standard Charted KL. sesiapa yang join, jumpa di sanaaaaaa. lalalalalalala~~~

signature2

Monday, 18 February 2013

Satu cerita untuk semua orang..

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya..
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *