#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday, 17 April 2011

aku akui ini agak ngeri untuk aku

Jumaat hari tu adalah satu pagi yang indah - cuti. yay. cuci seluar track, cuci setokin.. berus sendiri lak tuh. bangga aku seketika. tukar air akuarium. kesian ikan asek mati. tapi kali ni macam best sket sebab sekor je yang mati sejak beberapa bulan dulu. hehe. balik Gombak cuci baju selebihnya. biasalah anak dara yang berkerjaya memang selalu guna washing machine. teknologi hujung jari lah katekan. tinggalkan washing machine tu pepandailah dia cuci baju2 aku, keluar rumah.

keluar. tu je lah kejenye. bak kate mak aku lah. ape salahnye. jauh perjalanan luas pemandangan.ngeh ngeh. aku terus pergi The Mines. hanya bersarungkan T-shirt dan seluar jeans. of course bertudung kan. aku kan sopan kena lah jaga tatasusila peribadi. ecece.. aku janji jumpa kawan2 pukul 12:30 tapi mana ntah minah2 tu lambat beno sampai. dah la lambat, boleh pulak mesej aku katenye dah sampai Subway padahal parking kete pon belum. memang cari nahas deorang ni..

aku tak kesahlah. fikirkan nak duduk sensorang kat Subway tunggu makcik2 tu sampai sambil tengok2 cruise. mane lah tahu ade mamat2 hensem boleh diusha2kan, ade rezeki untuk mata. haha. aku turun tangga untuk ke destinasi. turung tangga dengan harapan turun kalori sekali. hehe. tetibe ada pulak sorang mamat - abang black aka AB sedang naik tangga - tegor aku. apesal entah aku ni tetiba jadi pemurah. aku senyum ajelah. tak bape tawar, adelah rasa manis sket. suam2 kuku. aku terus blah. tapi rasa tak selesa. aku pandang dekat cermin kedai2 yang aku lalui, aku nampak bayang AB tadi - sedang follow aku. bahaya. alarm! alarm!

aku kira2 nak masuk Subway pura2 beli makanan sambi tunggu kawan2, tapi Subway tak ramai orang. aku jalan terus. "oke Huda jangan perasan. mungkin itu perasaan saja. dia nak pergi tempat laen kot". aku masuk kedai Adidas pura2 tengok kasut futsal yang dah berkali2 aku tengok 3x seminggu sekurang2nya. naik muak pun ade gak, tapi terpaksa. tengah kepak2 test tapak kasut tetiba AB datang sebelah, "shoe?". "hei, ko sengal ke ape? terang2 ni kasut kan. takkan tahi kot?" kata aku tepat ke muka dia.

tapi suara tu hanya boleh didengari oleh hati aku. tidaaaaakkk ape aku nak buat ni.. aku lari, pergi ke kawasan baju. belek2. aku nampak dia sedang menghampiri, aku pusing balik tengok kasut tadi. dia datang sebelah sambil ajukan soalan yang sama. arghhhhh... aku buat tak tahu. mundar2 mandir aku dalam kedai tu. alahai. sekilas aku nampak dia berbual2 dekat tepon, yes! dia pusing pandang tempat lain. cepat2 aku cabut pergi Guardian.

nasib baik Guardian tu agak semak & sesak. nyorok sikit.. intai2 luar. dia ada depan Guardian mundar mandir. tolong lah blah dengan segera. aku tak tahu dan tak mahu tahu ape yang ko nak. aku cek zip jeans aku, terkatup kemas jer. aku tengok muka cermin takde tahi hidung pon. so aku tahu dia bukan nak bagi tahu ape2 yang sedang memalukan aku. 10 minit dalam Guardian, aku memberanikan diri keluar. pergi Subway menungu kawan2. tapi mata aku meliar gak mana lah tahu tetibe "surprise!!! are you trying to escape?".. huwa mahu aku jerit satu mines. aku ni nampak je berbadan sasa, tapi penakut gak kengkadang. huhhhu

tak kirelah langkah yang aku amek tu bijak ke tak, tapi aku tak mahu terlibat dengan apa2 yang sama waktu dengan berita kat mana2 media. tak kira lah niat dia baik ke tak, tapi aku tak mahu tahu. sejak aku dengar cerita bukan2 pasal mereka. huh. ngeri.
signature2
nak kate aku ni hot, memang buta lah. nak kata kaya, memang tipu ah. wallet aku pon wallet kanak2 ada gambar doremon. isk. terbagi tahu pulak.

7 comments:

  1. itulah...pegi jenjln xbawak aku..kan da mendapat d ctu.hahah

    ReplyDelete
  2. ah kau kalo bab ngutuk aku memang laju jer. huh

    ReplyDelete
  3. kalau black mentor xpe jugak kan da.. hihi

    ReplyDelete
  4. pergh.. tudiaa.. kemain hot lagi.. selamba badak je tarik perhatian AB.. serius aku nak jugak kalau emma roberts buat ke aku gitu.. kah3

    ReplyDelete
  5. izue; tahu takpe. boleh aku soh dia hiburkan aku 1 2 lagu. haha

    asip; aku pulak yang kene. cess. emma robert? itu pon kalo ko sekacak chace crawford la.. hahaha

    ReplyDelete
  6. hahah!aku kutuk ke?mane ade!nasihat la...muahaha :P

    ReplyDelete
  7. nasihat celah ketiak aku tu ;P

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *