Aku duduk sendirian di tepi pantai. ku lihat kebanyakan pengunjung bersiar-siar serta berkelah bersama pasangan masing-masing. tidak kurang juga yang datang bersama keluarga dan sahabat handai. mataku terpaut pada seorang lelaki. penampilannya kemas. juga bersendirian seperti aku. aduh, kenapa mata ku ini tidak dapat lari dari menikmati keindahan raut wajahnya. padaku, dia sama seperti lelaki-lelaki lain. ada sesuatu keistimewaan padanya yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. berbadan tegap, berkulit sawo matang serta berambut panjang tetapi kemas. aku cuba memberikan semanis senyuman tatkala mata kami bertaut, tetapi dia hanya menjeling tajam kepadaku, lalu berlalu pergi. huh. aku hanya mampu mengeluh.
tidak sengaja aku berkenalan dengannya sewaktu mengikuti program sukarelawan sukan baru-baru ini. dengan memegang jawatan sebagai pegawai perhubungan untuk atlet negara Jepun, hubungan kami berdua semakin erat. walaupun program itu sudah lama berlalu, tetapi hubungan kami tidak terputus. kami selesa bersama. kami selalu berjumpa. jika rindu menggamit, telefon menjadi penawarnya. dia selalu menghiburkan hatiku. sehingga aku lupa apakah itu jemu. aku sangat suka padanya. adakah dia pun sama?
dia selalu memainkan lagu kegemaranku. oh ya, dia seorang yang mahir bermain piano. pintakan saja apa jenis lagu, pasti dia akan mainkan. dan aku selalu meminta dia mainkan lagu ini untukku.
aku akan berada disisinya, menyanyi bersama.
hari semakin berlalu. sayang aku padanya semakin menebal. dan aku tidak lagi dijeling tajam seperti kali pertama mata kami tertaut. bahkan dia turut menyayangi aku seperti mana aku menyayanginya. akhir-akhir ini, dia seolah-olah tidak mahu melepaskanku. katanya, apa saja yang terjadi, dia tetap mahu aku di sisinya. aku turut merasa begitu, tetapi aku tidak mampu. walaupun segala usaha ku lakukan, tetapi takdir itu pasti.
pantai yang indah. matahari memancar terik dilindungi oleh pokok kelapa yang tumbuh rendang. angin bertiup sayu, sesayu hatiku kini. ya, ia pantai yang sama. tetapi kali ini ceritanya berbeza. dia terlena disisku. aku merenung jauh ke wajahnya. maaf, aku terpaksa pergi.
hehe. akan bersambung. sebenarnye, cerita ni aku olah balik ape yang kawan aku, Liza tulis kat blog dia. kalo dia sambung cerita ni, maka aku akan olah lagi sambungan dia. hahaha. harap terhibur~
cherita kawan ko kah ini??
ReplyDeletewaa...
2 je aku nak ckp.hu3
kenapa mesti waa? terharu kah?
ReplyDeletehahaha~ dy pny story aku olah sket2.
terpegun tgk orang main pinano tu :p
ReplyDeletebest kan~ aku pon sangat teruja~ (*_*)v
ReplyDeletehuh.....igtkan ko nyer kisah chenta...
ReplyDeletehahaha..xde maknenyer
ReplyDeletehey.... nice!
ReplyDeleteingat ke penulis nyer citer..hhehe
ala, penulis neh tak ader idea lah. hehehe
ReplyDelete