#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday, 29 November 2018

Pagi-pagi dapat wake up call jam 5.30. Terus terduduk cepat2 pergi mandi & solat Subuh. 6.30 pagi gerak dari Muar, 7.00 pagi baru sampai Pagoh. Pasang tayar depan belakang, kayuh pergi ambil goodies kat kaunter. 7.15 pagi letak basikal kat dalam kandang, lari balik kat kereta yang jarak dalam 1km sebab nak ambil segala barang nak pakai untuk kayuh.

Pakai kasut, capai spec, natura shot & coklat snikers terus jalan. Nampak diri sendiri kat cermin kereta orang yang aku tak pakai helmet. Patah balik ambil helmet.

beria berlari-lari tanya adik-adik crew, "toilet kat mana?" Perut meragam nak membuang. Pundi kencing pun penuh ni. "Hujung sana kak". Termenung jap. Emcee pulak dah panggil semua epic rider masuk sebab lagi 5 minit nak flag off. Takpelah time kayuh nanti mungkin air kencing tu hilang sendiri.

Starting agak belakang sekali. Baru perasan glove tak pakai. Tak tau ape perasaan pagi tu. Perut pulak rasa tak sedap macam nak membuang air besar. Pendam.. Tahan.. Tengok kiri kanan, sebaris pulak dengan champ Fauzan, lalu dalam hati terdetik "Agak-agak aku boleh follow dia sampai finishing tak". Berangan kan percuma. Mujur 7km pertama road yg agak landai. Dapat la cucuk champ Fauzan untuk 5 saat. Terharu.

Beberapa kilometer pertama terperasan yang aku tak start garmin. Alahai. Kenapala clumsy sangat aku hari ni.Tengah rushing kat jalan raya tu jugak la aku cepat-cepat on Garmin.

Route climb sesaja. Sampai satu tempat tolak, aku tak boleh tahan dah ni. Kebetulan ada rumah pekebun. "Tandas kat hujung sana, takda air". Lantak ah. Tapi ada je air dalam botol besar. Lega. Ada sorang abang bagitau, "Dah 2 orang perempuan potong ko. Ko nak kayuh ke sambung tolak?" Terima kasih abg Jo & kawan2 Mastana dia yang kayuh sama2 dalam trail, tolong betulkan wheelset yg longgar & paling penting redo je aku pau air kosong korang semua. "Tolak. Penat". "Ingat tak reti penat". Adoi. Nak pitam dah ni. Aku rasa 30km pun belum sampai lagi. 

Sampai Check Point (CP) yang ke berapa ntah, crew water station bagitau "Depan you aaa ada 2 orang perempuan. Tak jauh tau. You kayuh cepat sikit. Sekarang you nombor 6" sambil refill air dalam botol aku. Tangan krem2 sebab tak pakai glove & jatuh masa climb terhentak kat tapak tangan & siku.

Dalam hati aku ni lantak la korang kat depan. Aku nak habiskan je ni. Gila punya gunung. Tak tau km ke berapa dapat potong 3 orang perempuan. Crew cakap position aku masa tu dah nombor 2. Tapi last 15km aku biar je sorang perempuan rider Singapore potong. Tak larat nak kayuh. Air pun habis dah.

Alhamdulillah sampai finishing je disambut baik oleh crew-crew. Nombor 3 katenye. lega tak terhingga. Setakat ni, epic ride offroad yang paling dahsyat & paling best yang aku pernah masuk seumur hidup aku la. Crew cukup, marsyal cukup, air cukup, makan cukup. Serba serbi terbaik. Hadiah best. Lucky draw besar-besar. In shaa Allah ada rezeki lain tahun nak masuk lagi!

Ahad, 16 Sept 2018.

5th MCC MTB Challenge 2018


Bahu kiri ni selalu lenguh-lenguh. Kadang-kadang tengah duduk saje tetibe rasa ngilu. Ada jugak la pergi berurut tapi dah 2 tempat pergi tak elok-elok. Malam tadi cuba pergi Klinik Tukang Urut Pak Daud, klinik tutup! Alahai frustnye. Dia cuti lama. Bulan Disember baru buka balik.

Nasib baik tak jauh sagat dari rumah. Sampai je rumah, main phone, baring-baring terus terlelap. Mengantok ya amat tapi perut lapar. Siap mimpi makan nasi pastu tersedar mulut tengah kunyah jugak. Adoi lah. Gelak sorang-sorang lepas tu bantai sambung tido

Pagi ni bangun je tido, perut berbunyi-bunyi. Memang lapar teruk ni. Masuk dapur bersilat sekejap prepare makanan. Campak-campak je siap. Letak dalam bekas, bawa pergi office. Disebabkan terlebih muatan, kita anggap je la ni bekalan breakfast, lunch & dinner. Muahahahaha

Spaghetti + lobak rebus + tomato + telur mata = kenyang Alhamdulillah

Wednesday, 5 September 2018

Help me
To vanish them
All the memories
That cross over my mind
That keep on playing
Repeating
Clearly visioned
In front of my eyes
The faces we met
The places we go
The game we played
The food we ate
The plan we structure
The story we shared
The more I try to forget
The more I remembered
Please
Disappear
I beg 

Rain, 5 Sept 2018

Monday, 3 September 2018

I thought that I'm strong
But I was wrong

I thought that I could hold the tears
But it falls endlessly behind the face of cheers

I thought I could stand tall
But down I fall

Lucky me to have some friends
Who supports me till the ends

The relationship that I pray that never ends

Rain, 4 Sept 2018

Lately aku rasa aku ada dekat bottom line of my life. Macam2 benda yang aku kesalkan sejak putus cinta. Yang aku pasti, aku redha. Tapi aku tak tau kenapa aku still sedih bila tengok dia. Seriously aku rasa aku dah move on, tapi hakikatnya belum.

Belum kira lagi masalah lain yang aku hadap sekarang. Kalau list down satu per satu memang setiap hari ada je perkara yang buat aku kecewa, sedih, menyesal & macam2 perasaan lagi la.

Kadang-kadang aku rasa take tertanggung ujian yang aku dapat sekarang ni. Tak berhenti-henti lepas satu selesai, muncul satu yang baru.

Aku tak tau nak hadap macam mana lagi. Nak2 loner macam aku ni memang takde siapa yang kisah. Bukan nak salahkan orang sekeliling sebab masing-masing ada masalah sendiri jugak.

Semoga Allah permudahkan segala urusanku Dan semua (kalau ada) yang membaca entry ini. Perkenankanlah ya Allah. Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi segala ujianMu.

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *