#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday, 1 July 2012

Semalam lepas kenduri kahwin kawan sekolah menengah kat putrajaya, kitorang singgah Presint 2. ada pesta Flora 2012. aku tak berapa nak minat tengok2 benda ni, tapi member ajak, layankan sajalah.. bukan selalu dapat peluang kan. kreatif betul deorang nih.


no 1. untuk part yang nampak macam air tu guna botol kosong..



Taiwan


My Fengshui Garden

mentadak mentadu.. macam mana Huda tidur?

roses












adik2 CBN. mak hoi tingginya lompat.. kain pun tinggi. erks..










Kepada yang tak berkesampatan,



(^_^)v





signature2

Date  : 24 June 2012
Venue: Dataran Merdeka
Start Point : National Monument
End Point   : Dataran Merdeka
Category   : 10km Leisure


cuaca hari tu redup je. best.. lagipun macam2 ragam yang aku dapat perhatikan. ada sorang mat saleh tu bawa baby dia lari sama2. tapi baby dia duduk dalam kete sorong la. ada yang lari sambil borak2 ngan kawan dia. ada gak aku tengok lari bersungguh2. ada yang sangkut phone/ipod/mp3 kat lengan sambil dengar lagu ke ape thru earphone. ada yang pakai headphone jer. aku lari santai2 slow2 sudah. hehe.. kalau push sangat kang teruk pulak.


untuk kategori ni, dari National Monument kitorang gerak kat area Lake garden. lalu Jalan Parlimen, tembus kat jalan Travers sebelah KL Sentral. Masuk Jalan Tun Sambathan, lalu Little India. terus sampai Jalan Syed Putra, Jalan Sultan Sulaiman sebelah stesen keretapi KL, Masjid Negara, tembus balik Jalan Parlimen, terus ke Bank Negara ikut Jalan Raja Laut, pusing Sogo, Coliseum,  straight sampai Dataran Merdeka. total sejam 18 minit..


sampai2 terus beratur ambil medal. banyak gak sponsor yang buka booth. aku beratur terus kat booth MSIG, jawab soalan dapat baju t-shirt sehelai. hehe. 

Titan buat promotion. ada graved Standard Chartered Marathon event kat belakang jam. discount 20%. kalau runners yang beli, tolak duit yuran penyertaan sekali.

sanggup beratur panjang ambil gambar sendiri kat tin 100 plus. medal cantik gak. dekat bib tu ada chronotrack b-tag. selalu lekat kat kasut. ni lain sikit cara dia capture time.

"Run For a Reason"



signature2

Date  : 17 Jun 2012
Venue: Dataran Merdeka


race ni adalah sebahagian daripada sokongan rakyat Malaysia kepada team Malaysia ke London. walaupun masa tu tengah jerebu, tapi aku lari jer. hehe. kali ni 7km, starting and ending point kat Dataran Merdeka. tengah2 lari tu, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. masa tu aku kat kilometer ke5 kalau tak silap. kebanyakan runners yang lain bawa phone, mp3 n segala gadget dah kucar kacir cari plastik. ada gak yang duduk bawah bustop tunggu hujan berhenti. hehe..


disebabkan aku datang lambat, so ada gambar selepas larian aje~ \^_^/


ramainya orang. tengok langit gelap. jerebu + baru lepas hujan lebat.



medal cantik + berat. 


deorang pun ada. ada lagi 2-3 retis orang tapi payah pula nak snap. lantaklah..




signature2

ini tandanya dah lama sangat tak update blog.


date   : 21 April 2012. 
venue: Sepang International Circuit



race ni dah lama. hari ni baru nak update. bukanlah sebab aku terhegeh2 tapi banyak sangat komitmen kiri kanan nak kena setelkan. ni baru la dapat satu hari yang tenang untuk update blog. huhu


ENR ni 1st race yang aku join n agak serius. maksudnya aku bukan jalan2 makan angin la.. aku berlari. hehe. dan ini tindakan aku paling berani - 15.5km terus. xde fun run 5.5km.. tapi sebelum tu aku rajin la jogging keliling Tasik Titiwangsa.


makanan persediaan sebelum larian

parking kat bawah bukit. jalan kaki nak naik atas dah penat. hehe

berdebar lak rasa


collect head lamp

stage

tempat simpan luggage/booth sponsor

siap-siap pakai kasut.. bib..

tunggu masa untuk full marathon (42km) berlepas

dah malam..

countdown..

akhirnya. yay~




signature2

Date  : 27 May 2012
Venue: Putrajaya


race ke dua yang aku involve. disebabkan tajuk run ni ialah Ekiden Run, so kitorang lari secara berkumpulan. satu kumpulan ada 5 orang. kitorang masuk kategori mixtem. maksudnya dalam team tu ada campur lelaki n perempuan. aku pelari ke 4, second last runner. 


katanya setiap sorang 3km, tapi aku rasa macam tak sampai 3km je aku lari sebab aku tengok jam dalam 15 minit je. 


yang penting, top 100 je yang dapat medal, and Alhamdulillah kitorang tempat ke 91. haha~


with the team members

tak banyak gambar yang aku snap sebab penat + panas + sampai pun lambat. masa ni sekali dengan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya. lepas larian habis, kitorang round2 jom heboh booth, terus balik dan pengsan~ 



signature2

Assalamualaikum. chewah. tajuk tak tahan.


hari Jumaat lepas 22 Jun 12, aku balik kerja awal.. awal pagi. haha.. dalam kul 12 tengah malam. Cinderella jugak la. frustrated jugak sebab aku dah janji dengan Amni nak tolong dia untuk kenduri kahwin. siap ambil cuti hari Jumaat, tapi kena tarik balik. hurm. tak de rezeki.


disebabkan janji tak ditepati tu aku bangun pagi2, dari USJ terus ke Gombak tukar baju kurung, patah balik ke Kota Damansara. kul 11 baru sampai tapi biasalah dah lambat, majlis akad nikah pun dah habis. aku lepak rumah pengantin je walaupun tak berapa nak kenal dengan family dia. tapi nasib baik jiwa aku ni suka kat kanak2, main2 ngan deorang tanpa mempedulikan pertanyaan orang sekeliling "siapa ni?" hehe.


comel anak2 buah Amni




time orang ramai belum sampai, awal2 aku ngan kawan2 dah ambil makanan. lauk ambil tak muat perut. rasa macam nak keluar balik. orang tamak selalu macam ni. haha. 




girls




jumpa orang sana sini. tak kurang gak yang kagum dengan penampilan aku. almaklumlah orang jarang pakai baju kurung kan.. setiap kali kata nak balik, ada ja persinggahan sana sini. salam semua orang tapi sambung borak.


Tahniah Amni & Fauzi 
Wedding cake. Sedap!



Lari balik Gombak kemas2 barang terus pergi Cheras jupa member. lama gak lepak. tengah2 borak dapat sms ada futsal/badminton kat SP Kota Damansara. aku sms kawan ajak main sekali. yang bestnyer aku hantar salah sms. aiyoo.. kalut kepala otak. alang2 dah tersalah hantar, ajak je la kan. hihihi.. orang sebenar yang aku nak hantar suddenly minta aku ambil dia kat rumah sebab hujan lebat. huhu. aku pula sesat. padahal dari Cheras ke Ampang tak jauh mana pun. sigh..


sampai Kota Damansara kul 10pm. terus masuk court tanpa pedulikan orang lain. haaha.. ingat nak main badminton, tapi teruja dengan futsal. ekekeke.. kul 12 gerak g minum2 borak2. tak sedar jam dah kul 1pagi. mamak tu dah tutup lampu pun kitorang still tak paham2 lagi. mungkin kalau ditegur secara ramah tamah, kitorang akan meninggalkan tempat tu dengan penuh sopan santun kot. haha


dari Kota Damansara hantar balik member kat Ampang, terus balik USJ. sampai kul 2:30 pagi. mandi manda, terus gerak pergi Puncak alam kul 3 pagi. yang bestnya perjalanan yang sepatutnya ambil masa 15min perjalanan, jadi sejam. perghh.. aku yakin yang aku tak tido sepanjang driving tapi tak tau lah kenapa sesat baghak sampai macam tu sekali.


4.30 AM sampai destinasi. kononnya nak terus tidur, tapi mata tak leh pejam lak. aku ni pasrah aje nak lari 10km kat KL sat lagi. kalau tak larat memang aku jalan aje lah. kawan aku ni macam tak kasi aku tidur. siap ajak buat facial awal2 pagi buta pula. huh. aku syak kul 5 pagi baru aku dapat tidur. itu pun aku terpaksa umpan kawan aku pergi siapkan bahan2 untuk facial. hehe


sedar2 kul 7 pagi aku dah ada dalam kereta, kat masjid area dataran merdeka. biar betul. nampak sangat bohongnya. rasa macam tak nak lari. nak sambung tidur jer. huhu. kawan aku ni bukan main lagi register untuk aku tapi tak lari sama. 10km weyh. Standard Charted KL Marathon. dengan perasaan malas kul 7:30am aku dah standby kat start line. tak warm up, muka tak cuci. ada aku kesah. janji aku dah prepare ukk ukk siap2. hehe. penting tu.


sejam 18 minit tak la lama sangat untuk pelari selembab aku kan. hehe

Standard Charted KL Marathon 2012
malas nak crop. tengok betul2 tn 100 plus tu. hehe


perjalanan aku tak habis kat sini. dari Dataran Merdeka, kitorang balik Puncak Alam, mandi manda. badan bau peluh yang sangat mengancam kau~ macam biasa, sedar2 aku dah sampai sana sambil makan nasi. haha. bohong lagi. kawan aku sempat prepare baran2 facial untuk aku. sobs. tersengguk2 aku layankan minah ni. huhu..


tiba2 teringat kat janji manis nak jumpa aka aku kat Bukit Beruntung. pergh!! nak pergi ke tak? pergi je la. dari Puncak Alam ke BB Alhamdulilah tak sesat. hehe. sampai2 rumah akak aku, masing2 tengah baring2 kepenatanbaru balik dari hari sukan sekolah. "Dira mengigau ingat ko nak datang jumpa dia kat sekolah tadi.." alolo kesiannya. sementara aku tunggu dak kecik ni bangun, aku yang tersengguk2. bangun2 je "makteh, jom main basikal!" wow! layankan aje lah. sebelum tu tangkap gambar dulu. haha





8:00 malam baru dapat balik rumah Gombak. 9:30 sampai rumah dan aku terus flat~ zzzzzzzzzzzz





signature2

baru aku perasan, ni entry aku paling panjang, banyak gambar yang tak edit. paling banyak aktiviti. huhhu~
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *