#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday, 10 May 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. hari ini saya mahu berkongsi sedikit ilmu untuk peringatan kita semua.


Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?  Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita  tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!



PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 
/*kesian kalo ayah aku kene tarik sebab aku.*/


KEDUA - SUAMINYA 

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
/*aku belum kawen lagi..hehe. yang dah kawen tu beringat2 la eks~*/

KETIGA ABANG-ABANGNYA 

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
/*patut la aku kene tumbuk ngan abang mase maleh pakai tudung kecik2 dulu..*/

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap. 
/*kepada lelaki2 yang belom kawen tu pon kene jage2 gak. tapi jgn sampai tahap menderhaka sudah la ye~*/


Firman ALLAH SWT:- 

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." 
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.





Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari menarik, ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. 
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.

renung2kan dan selamat beramal~

myself

Friday, 7 May 2010

Assalamualaikum dan selamat pagi 

pengumuman... pengumuman.... 


pom pom pom pom pom *sila baca ikut rentak sendiri*

pada  28-30 May 2010 akan diadakan sebuah festival khas untuk belia negara seperti kita iaitu 




bertempat di PWTC

antara festival menarik yang disediakan adalah seperti:

1. discovery festival
2. music festival

3. dance festival

4. shopping festival
5. youth brand festival
6. conferences
7. crocs warehouse sale
8. AliceWonders.com's "mad tea party" warehouse sale
9. sports festival


untuk mengetahui aktiviti2 yang dijalankan utuk setiap festival, bolehlah layari laman sesawang INI


oh ya. kalau nak menyertai festival neh, kene ade pas. 
pas tu berbayar. harga ada yang RM 5, ada yang RM 10.

tapi sesape yang nak pas FREE, bolehla dapatkan kat SINI.


itu saja lah~ jumpa di sana~
myself

Asslamualaikum dan selamat sejahtera. kali ini saya mahu kongsi sesuatu untuk tatapan semua, tidak khusus untuk wanita sahaja. semoga kita menjadi insan yang hari ini lebih baik dari semalam.


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
 
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

renung2kan dan selamat beramal~
myself

Thursday, 6 May 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
hari ini aku nak kongsi satu kisah yang berlaku di sebuah tempat bernama Weng Chuan di China pada tahun 2008. menurut emel yang aku dapat, ia adalah sebuah kisah benar tentang seorang ibu yang mengorbankan nyawa demi menyelamatkan anaknya.




pada yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka sebaiknya.

syurga terletak di bawah telapak kaki ibu

renung2kan dan selamat beramal~
myself

Wednesday, 5 May 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Menyambung rambut palsu 
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi 
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi 
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain 
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama 
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri 
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami 
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami 
9. Derhaka kepada suami 
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas 
11. Mengingkari kebaikan suami 
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram 
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya 
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram 
15. Menyerupai lelaki 
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami 
17. Memandang aurat wanita lain 
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan 
19. Masuk permandian awam 
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah 
21. Meratapi kematian 
22. Berhias atas meninggalnya seseorang 
23. Menghantar jenazah 
24. Mempercayai dukun dan peramal 
25. Menyumpah anak-anak sendiri 
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim 
27. Menganiaya pembantu 
28. Mengganggu jiran 
29. Minta cerai kerana suami sakit 
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi


renung2kan dan selamat beramal~

myself

Tuesday, 4 May 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2.


walaupun aku sangat malu (baca: xyakin dgn diri sendiri), tapi berbekalkan semangat hidup untuk memberi, aku tetap buat entry tak seberapa ini. hehe


baiklah kawan2. otai blogger iaitu ARC™ telah meminta aku mengajar sesuatu, maka aku buatlah. (aku rasa ramai dah taw, tapi aku buat jugak lah)


ini yang dipinta :


bagaimana caranya untuk meng"highlight"kan komen penulis


1. mula2, mesti lah kene login akaun blog anda, pilih Layout, Edit HTML.oh ya, takut ade ape2 jadi kan, jangan lupa backup korang punya template eks. nanti tak jadi, satu hal la nak kene debug pulak~ huhuhu

2. oke sesudah itu, tandakan kotak Expand Widget Templates


3. mari cari keyword ini : ]]></b:skin> tekan ajer Ctrl-f, masukkan keyword tu.


4. jumpa~ sila pastekan script di bawah sebelum keyword di atas. atau boleh sahaja tampal kat CCS. 


.comment-body-author {
background: #E6E6E6;
 
/* Background color*/
color: #000; 
/* Text color*/
border-top: 1px dotted #223344;border-bottom: 1px dotted #223344;border-left: 1px dotted #223344;border-right: 1px dotted #223344;
margin:0;
padding:0 0 0 20px;
 
/* Position*/
}


hoh, penat jugak wat tutorial eks. oke2 blom abes lagi.


5. cari kod2 ni plak.


<dl id='comments-block'>
<b:loop values='data:post.comments' var='comment'>
<dt class='comment-author' expr:id='"comment-" + data:comment.id'>
<a expr:name='"comment-" + data:comment.id'/>
<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>
<b:else/>
<data:comment.author/>
</b:if>
said...
</dt>
<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'>
<dd class='comment-body-author'>
<p><data:comment.body/></p>

</dd>
<b:else/> 

<dd class='comment-body'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<span class='deleted-comment'><data:comment.body/></span>
<b:else/>
<p><data:comment.body/></p>

</b:if>
</dd>
</b:if>
<dd class='comment-footer'>
<span class='comment-timestamp'>
<a expr:href='"#comment-" + data:comment.id' title='comment permalink'>
<data:comment.timestamp/>
</a>
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>
</span>
</dd>
</b:loop>
</dl>


6. yang warna merah tuh lah yang korang kene tambah kat script. position kene betul yee. jangan salah letak. dah siap tu, save template tu ye.


aduh. penat2. aku tak sangka wat tutorial memang penat. jadi aku nak bagi penghargaan kat orang yang aku amek idea neh: Trick Tips Blogger


oh ye, color code tu, erm... boleh la cari kat mana2.
 hahaha. tak membantu langsung. yelah2 . aku tolong carikan. nak tekan neh. pilih la mane2 korang suke ye~


menggeletar jari aku menaip. huhuhuuuhu


sekian, renung2kan dan selamat beramal~ 
myself

Saturday, 1 May 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :)


hari ini saya ingin membincangkan tentang enjin carian Google yang lebih efektif lah kirenye.


walaupun aku tahu ramai kat luar sane yang dah tahu, tapi dengan tiupan semangat hidup untuk memberi aku tetap bersemangat waja campro nak bagi tahu. hehehehe


pertama


gunakan operator "site:" untuk menghadkan pencarian dalam laman tertentu
contohnya, anda mahu mencari "hidup untuk memberi" dalam blog ini. cuba gunakan cara ini - hidup untuk memberi site: hudamcgyver.blogspot.com .


kedua


gunakan Google untuk menyemak ejaan
kadang-kadang kita tak pasti adakah ejaan untuk sesuatu perkataan tu betul atau salah. selain daripada membelek kamus, kita boleh menggunakan applikasi Google sebaiknya. kalau salah eja, Google akan berikan perkataan lain sebagai cadangan. contoh taip perkataan clairvoyant dengan cara yang salah. clervoyant lihat! terbukti. hehehe. oh ye, kalau kita nak cari maksud sesuatu perkataan, kita juga boleh gunakan operator "define". contoh define: clairvoyant


ketiga


Google adalah kalkulator
macam biasa, taipkan sahaja nombor yang kita nak kira seperti (2000*(500(40)/150)+9)/5 hanya dalam beberapa saat anda akan dapat hasilnya.


keempat


nak tahu masa bagi tempat seluruh dunia
agak-agak nak telefon ke nak chat ke dengan seseorang yang ade kat luar negara, kita boleh tengok waktu tu sesuai ke tak. maka kita guna perkataan time sebagai keyword. contoh time Egypt.


kelima


menukar nilai matawang
ni untuk orang-orang yang nak pergi ke luar negara. mesti nak tahu beza nilai matawang negara kita dgn negara tersebut kan. senang nak bajet. contoh 1 ringgit malaysia in dollars


keenam


menggunakan operator OR
yang ni plak kalau kita nak cari satu topik, tapi tak pasti betul ke keyword yang Google akan bagi tu. jadi kita guna OR beserta site. contohnya GT OR Gadis Terbilang site:www.gengblogger.com. eheh, tetibe dah promot GT kat sini. xmengape kan.


ketujuh


mencari sesuatu dengan lebih spesifik dengan menggunakan "-"
kalau amek kita nak tahu pasal UTM, tapi khusus kat Fakulti Kejuruteraan Elektrik sahaja. kita boleh gunakan cara ni "UTM" - Fakulti Kejuruteraan Elektrik.


kelapan


mencari hanya format fail tertentu dengan filetype
katakan kita mahu sesuatu maklumat dalam 1 jenis format sahaja. mari cari trisomy filetype:pdf


kesembilan


menggunakan ... untuk range
katakan kita mahu mencari maklumat tentang sesuatu, tapi dalam tahun tertentu. contoh Mahathir 1981 ... 2003


kesepuluh


kod kawasan
kot-kot ade miskol nombor tak kenal kan, kita leh Google gak. contohnye taip 202
tapi yang neh, cam tak semua kot dapat. hehe


okeyhlah. itu sahaja dari saya. bukan saya punya idea, tapi diambil dari sini


renung2kan dan selamat beramal. bye2~
myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *