#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label Maxis. Show all posts
Showing posts with label Maxis. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikum

Selamat malam semua. Hari ni aku bertekad - terminate Maxis broadband setelah sekian lama pakai. Cewah lama la sangat rasanya tak sampai setahun kot..


Kisahnya kenapa aku terminate, ade kat entry sebelum ni. Hehehe

Rasa macam sayang sebab coverage Maxis bagus compare dengan Digi tapi...  bila mana jadinya perkara-perkara yang tak menyenangkan aku rasa berhenti je lah daripada aku akan terus mengutuk kan. 

Kebetulan aku cuti hari ni, aku datang terus menara Maxis kat KLCC. Aku datang terus ada orang greet kat counter, assist aku bagi nombor. 

Dalam setengah jam kot (x perasan sebab dok main ipad display) nombor aku dipanggil.

Aku kira kalau ade 5 bintang, aku bagi 3 bintang je kat orang yang jaga kaunter tu. masa nombor aku dipanggil, tempat duduk tu orang yang sebelumnya masih duduk & bersembang dengan kawan dia kat kaunter sebelah. So aku masih berurusniaga dengan dia secara berdiri. mula2 minta ic, then minta modem. Aku lak x bawa cable. Adeh.. kena datang balik bawa semua barang baru setel. Tapi masa tu dia dah tolong freeze account aku. 

Urusan dah selesai, dia diamkan saja sambil buat kerja menghadap pc. sampai aku tanya; dah ke? "Dah". Kena bayar ape-ape tak? "Tak". Macam tu je? Haih. Tau la aku nak terminate. 

Petangnya bila aku dah ambil cable kat USJ, aku datang balik KLCC. nasib baik kaunter lain. Mamat tu pun kacak sikit dari yang tadi. Untuk dia, aku kasi 4.5 per 5 bintang. Hehe. Bukan dia kacak tapi sebab dia layan customer baik je. Dari awal aku sampai, sampai la siap semua urusan. 

Apa beza Maxis dengan operator lain, dia tak kisah pun kalau nak terminate. Tapi dalam form selamba letak connection problem. Haih. Kalau operator lain biasanya dia akan tanya kenapa nak terminate. Boleh tak tunggu sekejap kita check ke ape ke bagi bonus etc. tapi maxis tak peduli sangat la mungkin customer dia ramai kot. 

Lagi satu urusan senang. Nak pasang & terminate 1 hari settle. Nak ambil service, bawa ic ngan duit. Nak terminate, Tak payah fikir ape-ape just bawa ic ngan modem (kalau ade). Simple. 

Tu je la kot.. Lain orang lain experience. Cuma experience aku memaksa aku terminate. Sila lap air mata. Muahahaha. Kbai!

Saturday, 21 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikum

Aku pengguna maxis broadband. Siap ambil 20G lagi. Reset data setiap 18 haribulan setiap bulan. Boleh guna sehingga 8 devices. 

Sejak 20 haribulan 9 aku dapat error ni

Gila ke ape. Aku turn broadband on seminggu sekali hingga 3 kali. Sekali guna antara 2-4 jam, update blog, baca blog, facebook etc. aku jenis jarang tengok video kecuali one piece. 

Bayangkan dalam 2 hari, aku dah mencecah data limit, yang mana 20 - 9 - 2013 adalah hari pertama aku guna broadband sejak di reset pada 18 september. Phuiii. Dan ini bukan pertama kali aku kena.

Sekurang-kurangnya dulu TM buat hal lepas contract dah habis.

Aku nak terminate. Tapi kena tunggu lagi 5 bulan. Ke nak terminate je ni?

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *