#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday, 11 June 2018

Bulan puasa tahun ni, aku banyak luangkan masa dengan kerja. Kerja bergaji & meniaga. Setiap malam aku akan siapkan tempahan choc chip cookies sebab sebelah siang aku kerja pejabat.

Habis kerja tadi, aku terus pergi ke arah Bangsar South. Nak COD cookies dekat sorang customer ni. Jalan memang jem ya amattt. Nak-nak pulak waktu maghrib dah dekat. Orang berpusu-pusu balik kerja lah, nak pergi kedai makan lah. So aku stuck lama gila dalam traffic.

Radio mendengarkan satu ceramah. Kisah seorang lelaki, tiba-tiba hati dia terdetik nak bermusafir. Tak ada apa-apa sebab pun kenapa tapi hati dia meronta-ronta nak bermusafir. So dia pun keluar lah seorang diri sejak awal pagi selepas solat Subuh. Bila menjelang malam, dia berhenti kat satu masjid. Niatnya untuk iktikaf dalam masjd je la. lagipun dia bermusafir dan masa zaman tu tak ada rumah tumpangan ke hotel ke ape lagi. tapi datang sorang laki. kalo ikut zaman kita ni, kira AJK masjid la. halau dia keluar. dia cakap ni masjid. tak boleh tido dalam masjid. So lelaki ni pun keluarlah. dia duduk dekat beranda masjid. pun kena halau jugak. kat beranda tak boleh duduk.

kebetulan, ada sorang lelaki orang kampung tu jugak nampak lelaki ni kena halau. lelaki ni datang la dekat si musafir ni, "jom g rumah aku. aku akan hidangkan ko roti dan air. tido la satu malam kat rumah aku. esok pagi ko nak keluar jalan balik, pergi lah memana ko suka" so lelaki musafir ni pun ikut la laki tu balik. masa ada kat rumah lelaki tu, yang musafir ni perhatikan je tuan rumah. sepanjang hari mulut dia tak berhenti-henti beristighfar. dia rasa pelik terus tanya " maafkan saya encik. kalau encik tak keberatan, cerita la kat saya kenapa sepanjang hari encik sentiasa beristighfar. encik ada problem ke? cer share ngan saya sikit" lelaki tuan rumah tu pun jawab "sebenarnya aku ni ada satu hajat. sampai sekarang aku tak dapat2 lagi hajat aku ni. aku teringin sangat jumpa dengan seorang lelaki. seorang imam. nama lelaki itu Ahmad bin Hanbal. seorang imam yang sangat dekat dengan Allah. setiap hari aku beristighfar supaya Allah temukan aku dengannya" dengar je cerita lelaki tu, si musafir ni terus menangis. "sebab istighfar kau la aku bermusafir. sebab istighfar kau lah aku kena halau dari beriktikaf di masjid. sebab istighfar kau lah aku kini berada di hadapan kau. akulah Ahmad bin Hanbal, orang yang kau ingin sangat berjumpa"

maka keduanya pun menangis. so taulah lelaki tadi yang doanya telah dimakbulkan Allah, didatangkan sendiri perkara yang diinginkan kepadanya. berbalik pada pengajaran cerita tu, dengan beristighfar sepenuh hati kepada Allah, nescaya doa kita dimakbulkan Allah. bukan setakat makbul, Allah bagi lagi dengan mudah. Maha besar kuasa Allah. semoga kita semua mendapat manfaat dari cerita ni.

jom istighfar. Astaghfirullahalazim.

sekian assalamualaikum.

Thursday, 31 May 2018

Harini keluar opis awal dari biasa. Bulan puasa balik kul 5:30 tapi tadi kul 4:45 dah keluar pergi tempat customer. Deliver barang. Hari ni last GST 6% tapi barang tu dah tulis invoice bulan May. So kena lah hantar.

Masa balik dari tempat customer, jalan jem teruknye masya Allah. Hujan lebat, construction pastu yg jenis tak reti beratur menyelit celah2 tepi lorong memang jadi punca jem teruk la. Then tgh bosan2 tu, telinga aku tertangkap satu kisah kat radio. Katenya kisah benar. Kisah ni diceritakan dalam bahasa inggeris, tapi aku cerita balik dalam bahasa melayu la ye. 

Tajuknye "jangan pandang rendah pada kuasa Allah". Kisahnye camni. Ada sorang doktor ni. Dia sangat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang perubatan. Kalau patient ada case nak buat appointment dengan dia, biasanya paling cepat dalam 2 bulan. So faham2 je la cemana sibuknya dia ni.

Satu hari tu, dia kena travel ke satu negara dengan kapal terbang atas urusan kerja. Tgh2 perjalanan, tiba2 awan berkepul2 keliling flight yang dia naik tu. Lepastu datang ribut petir. So pilot tu terpaksa mendarat secara kecemasan. Doktor ni & beberapa penumpang lain nak cepat pergi ke tempat yang dituju, so org kawasan tu cakap naik je kereta ke teksi lagi dalam 30km. Ntah camne pulak separuh jalan, hujan ribut petir datang balik. Kereta yang diorg naik tak boleh nak gerak. Stranded jugak. Then org kawasan tu (pakistan x silap telinga aku) kata apa kata tumpang berteduh dekat rumah org kampung je. Maka mereka pun setuju n mengetuk pintu rumah yang berdekatan.

Kemudian keluar seorang perempuan tua. Diorg pun cerita la nak tumpang berteduh n solat. Nenek tua tu pun benarkan mereka masuk. Rumah tu ada sebuah tempat khas untuk solat n ada sorang budak kecik tinggal dengan nenek tua ni. Selesai solat & cuaca semakin reda, mereka meminta diri untuk beredar. Tiba2 doctor ni terpandang budak perempuan tu. Nampak sakit n doctor tu rasa ada symptom yang dia pakar. Dia tanya nenek tu, budak ni sakit ke? Nenek tu cakap ye. Then doktor tu tanya kenapa tak bawak jumpa doktor kawasan ni? Then nenek tu bagitau cucu dia ada buat appointment dengan seorang pakar. Pakar tu jauh dan appointment tu pulak 6 bulan akan datang. Doktor tu tak semena2 tanya, siapa nama doktor pakar tu? Nenek tu jawab nama dia doktor Ishan.

Doktor Ishan terdiam lalu menangis teresak2. Nenek tu pelik la dah kenapa pulak kan? Doktor Ishan tanya balik apakah amalan yang nenek amalkan sehingga Allah membawa saya kepada kalian? Sayalah doktor Ishan tu. So nenek tu pulak yang nangis. Dia bagitau setiap hari dia berdoa supaya urusan perubatan cucunya dipermudahkan Allah dengan bersungguh2. Maka pada hari itu, tau lah nenek tu bahawa Allah telah makbulkan doa dia.

Sampai sini sahajalah cerita aku ye. Ade yang rindu tak? Setahun tak tulis panjang camni kan. Hahaha. Selamat berpuasa. Ada rezeki kite cerita lagi ye. Semoga bermanfaat lah hendakNya.

Kbai!

Sunday, 13 May 2018

Aku manusia biasa. Sama seperti orang lain. Aku punya impian. Besar. Satu pun belum tercapai. Aku bukan tak bahagia. Tapi markahnya belum memuaskan. Kerana aku manusia biasa. Tak pernah berasa puas.

Mungkin
Aku kurang bersyukur dengan segala apa yang aku kecapi.

Mungkin
Aku harus terus bekerja lebih keras dalam mengecapi segala impian.

Mungkin
Langkahku salah semuanya.

Mungkin
Aku belum bersedia untuk menghadapi "ujian kesenangan hidup"

Mungkin
Masanya belum tiba.

Sunday, 8 April 2018

Kyra menggeliat kepenatan. Jam tangan Suunto pemberian ibu bapanya sempena harijadinya yang ke 27 menunjukkan nombor 18:35. Matanya terkelip-kelip memandang siling biliknya. Dilihat sekeliling. Baju yang sudah kering siap dibasuh menimbun-nimbun dilonggokkan ke dalam bakul. Tak kurang juga dengan baju yang nelum dibasuh. Mujur dia menyewa bilik tersebut seorang diri, kalau berkongsi bilik sudah tentu ada yang rimas.

Latihan bola baling yang berlangsung selama 2 hari ini memenatkannya. Kurang 2 minggu dia dan rakan pasukan kelab bola jaring akan menyertai sebuah kejohanan besar di Pulau Pinang. Jadual hariannya yang padat menyebabkannya berasa teramat letih untuk ketika ini.

Handphone dicapai. "banyaknye mesej" getus hati kecilnya. Dibuka applikasi Whatsapp, dilihat penghantar mesej pertama didalam senarai. Mesej dari orang yang telah ditetapkan untuk sentiasa berada di atas sekali. Hanya dua tanda berwarna biru tanpa balasan, lantas ditutup semula applikasi tersebut. 

"sambung tido lagi baik" Rajuk Kyra. Dah la penat, orang yang kite harapkan buat dekkkk je. Haih. Ingatkan ada la teman nak luah rasa penat ni. 

========

"hari ni tabur janji macam-macam janji. Tunggu la esok lusa bila dah boring, perlahan-lahan kena tinggal" sindir Kyra.

"Jangan la risau.. Ade jodoh kite kawen la. Tunggu tau. I nak kumpul duit" pujuk Tariq. Sedaya upaya mahu memenangi hati wanita itu.

"satu je nak pesan, kalau kau boring, tak suka lagi, ade orang lain ke.. Mengaku. Terus terang je"

"tak.. "

========

Jam menunjukkan 10 malam. "tring!" Ringkas bunyinya. Kyra boleh mengagak siapa punya mesej yang masuk. Sengaja dia mengasingkan nada dering mesej Tariq dari orang lain.

"senyap je baby I ni. Tido ke tu? "

"I texted U dari pagi tadi and U give me blue tick. Sekarang U cakap I yang senyap? Pelik". Kyra meluahkan rasa geram.

"hehe.. " Tariq - tidak pandai memujuk, tapi kalau dah merajuk, teruk Kyra memujuknya!

"this is not the first time and I already told you before. I don't like to be ignored". Ikutkan hatinya tak mahu dia balas mesej Tariq. Tapi dia geram!

"sorry la. Takkan U nak give up dengan I. Pleaseeeeeee jangan". Tariq cuba memujuk.

"Tak. I won't give up. I akan sentiasa bagi U ruang untuk diri U sendiri. I will respect your privacy. I akan sedaya upaya support U to reach your dream. I will stay with you for any up and down. I will wait for you forever, tupun kalau both of us lives forever lah. Tapi satu hari once U dah berjaya capai segala yang U mahu and U keep ignoring me, I will leave. That day I know that U no longer need me and I have nothing to do with you". Kyra berasa puas walaupun sedikit rasa sesal. Puas kerana apa yang selama ini terpendam dilubuk hatinya terluah. Sesal dek takut akan kehilangan Tariq atas kata-katanya itu.

"I wan't you. That's my dream". Tariq berasa sesal. Berusaha memujuk hati kekasihnya.

"will see". Kyra mengesat air mata yang mengalir.

- tamat -

Wednesday, 14 March 2018

hari-hari ada rasa nak tulis sesuatu. tapi bila login, new, terus blank. nak tulis ape eh? tadi kemain laju je dia lalu dalam pale otak ni. takpelah, harap-harap ni jadi aku punya good start. lepas ni macam nak kena kembali serious menulis. ada job mendatang, semuanya pun berkitan media sosial. aku accept bukan aku bagus sangat, tapi sebab pertama, aku nak tolong orang. yelah kan kita ni amatur. payment tak perlu tinggi2. setakat belanja makan pun rasa happy. kah! second sebab aku minat. dulu tak reti nak blog la bagai, sekarang seronok bila explore benda macam-macam dalam blog ni. ok lah, nak blogwalking. cari idea. sesapa yang nak letak link blog kat komen pun boleh. nak jenjalan je. okay bai

Tuesday, 6 February 2018

Idea oh idea.

setiap kali tengah drive, kayuh basikal, berlari atau apa2 sahajalah aktiviti sekalipun, mesti ada idea yang datang mencurah-curah untuk menulis. masa tu nak menulis memang tak sesuai la kan. tapi..

tapi bila duduk depan komputer, sign in blogger, terus blank. semua hilang. tak tahu dah nak tulis apa.

alahai. penulis amatur ni.

mujur blank. ada jugak yang tertulis ni. kah kah kah.....

Dapat mesej dari group Whatsapp, share untuk panduan sendiri & semoga yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya.


In Shaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. In Shaa Allah.....

#FORMULA_1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " ”Ya Allah berikanlah aku kekuatan”
Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku".


#FORMULA_KE_2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, ”Ya Allah BERILAH aku...”

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
.
" Ya Allah KURNIAKANLAH aku...”

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila In Shaa Allah.


#FORMULA_KE_3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, ”semoga DIMURAHKAN rezeki”

Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.


#FORMULA_KE_4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya,

”Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”

Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah.....
.
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku’
.
Amin Ya Mujib


Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.


#FORMULA_KE_5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita.

Jadi nya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi..... Sebagai contoh,

' Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah’


#FORMULA_KE_6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita. Satu contoh,
.
' Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah..... bantu lah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya, permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah’


Moga Perkongsian Ini Bermanfaat 🙂
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *