Kata pakar orthopedic.
X ray dah buat hari jumaat, so hari sabtu datang bawa film je. Sepatutnya appoinment jam 2 aku sampai jam 3.
Masuk bilik doc, aku bagi film lutut kiri & kanan
D: mmmm... Ooo yang ini.. Gaya berlagak habis. Tulang rawan bawah Tempurung lutut semakin menipis, jadi dia berlaga dengan tulang bla bla bla
A: ooo ye ke. Apelah senang sangat doc ni jawab. Tak mencabar langsung sakit aku ni
D: mana yang teruk?
A: belah kanan je. Bila naik tangga berbunyi
D: cuba angkat kaki kanan. aku angkat, perlahan sangat bunyinye. Kaki kiri pulak.. Pop. Pop. Pop. Kuat sikit dari kaki kiri. Ha tu bunyi. Maknanya kiri kanan la kan. Puncanya sebab otot peha kamu tak kuat. Dia pun tunjuk jenis workout yang aku kena amalkan selalu termasuk cycling. Sakit tak?
A: tak.
D: ok. Kalau macam tu tak payah ambil ubat. Tapi ambil ubat sapu. Banyak sangat la ubat sapu aku ni. Suka hati mu la dokter..
Bila dapat ubat, memang ubat yang menjadi koleksi aku selama ni - fastum gel. Sejuk tapi gel tak bape gemar nak sapu.
Balik dok fikir nak kena pergi gym ke untuk workout + cycling? Kalau tak pergi, tua-tua nanti aku kena warisi "sakit lutut sekeluarga". Tak mau lah. Gym sekarang takde yang walk in pulak. Semuanya nak contract setahun. Aku saspek kes ini ada kaitan dengan perkembangan peha aku yang cemerlang lah. Hahaha
Keep calm and play futsal
Ps: menyesal layan mata lelap petang tadi. Kan dah terkebil-kebil tak boleh tido. Huhu
No comments:
Post a Comment