Baru perasan. Ade beberapa anggota badan lain pun berbunyi bila digerakkan. Paling kuat selepas lutut kanan, bahu. Dua-dua belah lak tu. Wuwuwu. Wahai tulang, kenapa suka berbunyi?
Hari ni dapat satu lebam kat lutut kiri. Lama tak nampak lebam-lebam kat badan. Kalau main futsal tu hebat sangat, berbaloi la jugak kan.
Sebut pasal futsal, aku rasa lately aku banyak cite pasal futsal. Semalam, 31 Dec 2013 aku akhiri aktiviti aku dengan futsal. Hari ni 1 Jan 2014, dimulakan dengan futsal jugak. Mungkin esok dan tular pun sambung futsal lagi. Futsal. Futsal. Futsal. Tak habis-habis selagi terdaya. Wahahaha
Hari ni masuk tournament terbuka wanita DBKL. Mula-mula tu plan nak main suka-suka ambil experience, tapi yang masuk semuanya hebat-hebat daaa.. Jadi lauk pauk la kan & team belasahan. Kena belasah 5-0, 4-1, 3-1. Ape punya penjaga gol daaa kasi boloss. Takpe-takpe. Semua orang dah buat yang terbaik. *clap clap* Niat tu penting. Sekurang-kurangnya dapat gak pengalaman plus masa untuk sedar kedudukan diri. Hehehe.
Mungkin agak terlambat,
SELAMAT DATANG 2014
Tak best langsung ucapan aku. Tu je la kot. Saje nak conteng-conteng blog sendiri untuk hari pertama 2014. Please be nice to me and I hope that this year should be the best year in my life. Cewah. Speaking London ko nyah!
P.s.: esok 2 Jan 2014 dah masuk kerja balik. Rasa lemau lak sebab dah hampir 2 minggu cuti. Menyesal tak minta cuti untuk 2 hari ni. *teeeet* boss tak baca blog aku takpe (^_^)v
No comments:
Post a Comment