#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday, 13 October 2012

Churpout at Publika

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?
Baik! sangat baik!

Ada orang cakap; "walaupun kita sedang menghadapi sesuatu perkara yang tak baik, kita mesti jawab dengan penuh yakin bahawa kita sedang dalam berkeadaan baik. ia akan mengubah hari kita dan penanya khabar kepada sesuatu yang baik, insyaAllah."

baru aku perasan bulan September sikit pun tak menulis blog. macam-macam yang berlaku sampaikan tak sempat nak tulis apa2. 

semalam aku pergi Churoput kat Publika. mula2 sekadar nak tengok2 ape ade (aku adalah orang yang pakai paling selebet kat event tu), tapi who cares and macam best lak. ajak member ramai2 tapi sorang pun tak nak ikut. mesti sebab aku selebet. *sad*

tapi Alhamdulillah jumpa sorang kawan lama. ada gak teman. hehe


kawn aku ni nama dia Rehan. tengah borak2 tetiba ada 2 orang dari Utusan cakap nak ambil gambar dia untuk slot Remaja dan Fesyen. aku rasa la tajuk dia cenggitu. pemes ko mak pasneh. ekeke..

lepas register as participant, sempat aku korek2 dalam beg ade apa.

erks. play safe..

ada lagi.. bukan tu jer


vouchers. semua jenis voucher ada. tapi tak semua aku berminat nak pakai. hoho

deorang suggest untuk register sebagai ahli BCard. since aku tak nampak apa2 kerugian kalau aku register, so apa salahnya ye dak?


vouchers dapat lepas register BCARD. tapi kebanyakannya golfing sebab nak tunjuk n bagi kat member, dia nak katanya. huhu


Ukulele Malaysian Group. best gak masa deorang perform petang tu.



kawan2 aku dah balik, tapi aku excited (as usual) nak main permainan yang XPax & ChurpChurp organized. ada 5 station tapi sebab hujan jadi 4 station je yang available. 



ni 1st station. kena ketuk platform tu sampai besi kat bawah tu touch loceng kat atas. aku cuba 3 x pertama, tak sampai separuh pun menda tu naik. so aku g station lain. beratur kali ke2 akhirnya 2nd try aku dapat. hehu~ best2 dan pergelangan tangan aku agak stress pada masa tu. haha..

yang tengah nak memukul tu la wartawan utusan tu. game2 ni la punca aku kawan ngan dia. tengs.. 2 game aku tolong dia dapatkan stamp. oh ya, setiap game station  kalau dapat selesaikan game tu kitorang akan diberi stamp. kalau dapat kumpul ke4-4 stamp, boleh redeem hadiah. 



tak tahulah apa nama pertunjukan ni. kelakar oh apek ni. badan dah la kurus kering. hehe.

event habis malam tapi den macam dah tak larat nak berdiri lama2... bye2.. kalau ada event best lagi invite la yer.. zzzz
signature2

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *