#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Tuesday, 30 October 2012

Cara mengelak kena saman traffic

Assalamualaikum wbt

Guling kanan. Guling kiri. Mata still tak mahu pejam. Apesal ntah. Nak kata banyak berfikir, tak pun. Aku ni bukanlah seorang pemikir sangat. Heh. Tadi Kat kilang bukan main Mata ni mengantok giler. Ayyoyo..

Pelik pulak. Balik kerja tadi terus solat isyak, makan ubat batuk pastu baring. Dengan harapan terus lelap. Tapi Mata je yang pejam. Aiseh. Apekah aku dah tak mabuk ubat? Haha. Musykil.

Teringat Kat ceramah motivasi pagi IKIM.FM hari isnin 29 hb lepas, ustaz tu cerita ada seorang makcik ni datang berjumpa dengan dia & bertanya, "ustaz, ada tak ayat Quran yang boleh buat saya senang tidur malam? Saya ni susah nak tidur la ustaz." ustaz tu pun jawab dengan tenangnya "Cuba akak baca Quran. Baca ja mana2 ayat pun.."

Selang beberapa hari ustaz tu tanya macam mana? Boleh tidur malam?
Makcik tu jawab, eh senang la ustaz, sekejap je dah tidur.

Ustaz tu ulas - sebenarnya kita ni asal Baca Quran je mengantuk. bukan sebab bacaan Quran tu yang buat dia tidur. Heho. *terasa.

Ada satu lagi cerita. Ada seorang lelaki datang jumpa ustaz tu bagitahu - "ustaz, kalau nak terlepas dari terkena speedtrap ke AES, ustaz Baca surah Yaasin ayat ke9. Nanti polis tak nampak kita.."

Surah Yaasin ayat ke9 adalah doa supaya Allah melindungi kita seperti mana dalam terjemahannya "..Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.." [Surah Yaasin Ayat 9]

Haha! Memang betul agak2 nampak polis / camera speedtrap/AES, terus Baca ayat ni. Tapi kena ingat, yang dengar ceramah motivasi pagi tu (Dan yang Baca blog aku sekarang) bukan kita orang awam je, mungkin polis2 pun dengar gak ceramah tu kan. Nanti sebelum dia pacak camera speedtrap tu, dia pun Baca ayat yang sama. Siapa tak nampak siapa pula nanti. Heh.

Moral dari ceramah ustaz tu, amalkan Baca alQuran setiap hari secara istiqamah. Selepas setiap waktu, sekurang2nya dua muka surat pun jadi la. Tak dapat banyak, buat sikit, janji istiqamah. Jangan kita Baca Quran sebab ada khasiat/kelebihan disebalik ayat tertentu sahaja tetapi jadikanlah ia sebagai amalan seharian.

Wallahualam bissawab.

*hah ape lagi Huda! Kan tak boleh tidur ni. P la Baca Quran. ZZzzz...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *