#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday, 31 March 2012

Ujian dan Dugaan

Pagi Jumaat yang tenang. aku terasa sakit perut. dari pagi sampai tengahari, 6kali aku ulang-alik, keluar masuk toilet. Memang patut pun. malam tu makan macam orang kelaparan tak makan seminggu. semua aku sapu habis. DBKL pun takut tengok aku agaknyer. 


kesannya, tenghari waktu lunch aku tak berapa lalu nak makan. so aku cuma makan bubur jer la. 


akibatnya, petang tu aku sangatlah lapar. kawan aku Amni pula ajak jumpa kat Kota Damansara. 


aku ikut jer. lalu tol NKVE. oh ya, memandangkan akak aku pinjam kereta aku dan sistem barter berlaku, maka aku terasa nak jimatkan penggunaan minyak. semuanya disebabkan oleh radionya yang rosak, volume terlalu tinggi kalau adjust sikit terus tak dengar apa2, so aku decide untuk buka tingkap aje lah.


nak dijadikan cerita, kad touch and go aku tertinggal kat kereta aku. sampai tol subang, aku selitkan tiket tol kat atas kepala. ape ke namanya yang tempat selalu guna kalau nak hadang cahaya matahari tu lah kan. kat situ lah aku selit.


jalan sangat jem so bawak kereta pun dalam 40-6-kmph jer. masuk je highway betul2 kat exit damansara/PJ, aku dah start increase speed. tak la laju sangat, 80kmph jer. 


tengah termenung2 tu, tup! tiket tol melayang keluar tanpa aku boleh buat apa2 pun. 


tiket tol melayang.
melayang keluar.
tanpa sebarang amaran.
ia pergi begitu sahaja.


oh tidak~ takpe.. tenang.. bawa bertenang.. kita pergi kat tol booth tu dulu..


"bang, tiket saya hilang"
"kena bayar penuh la. rm45.70"
"tapi tiket saya hilang. terbang kat exit damansara tadi"
"ye, kena bayar penuh. kalau jumpa tiket tu balik boleh refund dalam masa 3 hari"
"agak2 la bang.. takkan saya nak pergi tengah jalan tu bunuh diri cari tiket tu balik bang.."
"bayar penuh la. abang tadi pun sama. tiket terbang keluar. kalau pergi kat penyelia pun dia suruh bayar penuh jugak."
henfon aku lak bunyi. adoi. dah la tengah pening pasal tiket ni, ada masalah kat tempat kerja lak..
aku pause sekejap issue tiket hilang tu, aku setelkan sekejap issue tempat kerja.
"datang dari mana"
"subang jaya. tolong la bang, kaw tim sikit."
"tak boleh.. kena bayar penuh gak"
kereta belakang dah panjang beratur. masing2 bunyikan hon bertalu2.
aku memang ada ngam2 rm50 kat tangan. takkan aku nak menipu kata aku tak da duit. nanti betul2 duit aku tak da lagi parah. ye dak?
aku bayar. aku pergi.


sedih. buang duit macam tu sia2 jer. 


sampai McD kota Damansara, aku terus makan laju2. borak2 macam biasa, tapi takde lah aku buka story pasal tiket aku terbang tadi. aku takut aku cerita kat dia ibarat aku mengadu / nak salahkan dia ke ape kan. benda dah salah sendiri, nasiblah. hurm~


habis borak2, balik rumah aku tak lalu tol. phobia. poyo giler. parking je kereta, tak tahu lah mana silapnye aku ni, jari boleh tersepit masa tutup pintu kereta.


sakitnye bukan kepalang. kebas. perit. phew.. macam nak pengsan lak. *tibe2. anafora betul* aku telan semua tu. tak terjerit, takut kang orang kata apa pulak kan. dah tua2 tersepit pintu. malu betul.


sudah jatuh disepit pintu.


huh


pada aku, ia bukan satu kemalangan, ia satu ujian.


--------------------------------------------------------------------------------------------


semalam aku jumpa Nurul, ex-housemate/schoolmate sekolah menengah yang ~10 tahun tak jumpa.


aku suka satu ayat bila dia sebut: "setiap apa yang berlaku hari ini adalah kesan daripada apa yang kita lakukan sebelum ini" -qoute for today. hehe.


kita tak tahu apa yang kita buat semalam, kelmarin, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas dan dulu2 kala.


yang penting, setiap yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. belajarlah untuk menjadi insan yang menerima.


ihsan dari:


signature2

2 comments:

  1. hehehe.. perkara yang sama terjadi pada saya.. tiket terbang melayang tanpa sebarng amaran.. ahahhaha.. :D tapi brader tu leh kawtim.. dia suh bayar penuh. then saya ckp dlm wallet tak sampai rm20. dia kata, kasi je apa yang ada.. last2 dia pulangkan. cakap "x pe.. " nnt dia wat report ttg masalah ni...fuhh lega..

    cuma skg ni rasa tak sedap hati. risau2 surat denda mari rumah.. lalala.. tu yang terus search kat google. tengok pengalaman kengkawan yang pernah mengalamai situasi gini.. :D

    ReplyDelete
  2. hamboih camner hang yang laki boleh kawtim aku yang gegurl ni x layan. pergh~

    ada kasi alamat rumah ka sampai nak hantar surat denda? kuikuikui..

    depa dah kaya saja ja suruh bayar full. hampeh. ingat kita tipu agaknya tiket tu hilang. =.='

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *