#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Wednesday, 14 March 2012

Mari Makan!

Assalamualaikum semua. apa khabar? ecece.. sopannya aku hari ni. bukan senang nak blogging kat office. kebetulan aku puasa hari ni, boleh lah aku menggunakan internet sebaik2 mungkin untuk 50minit yang diperuntukkan ni. ehem2. ganti puasa bukanlah sesuatu yang nak dimalukan. ianya adalah rahmat yang diberi khas untuk wanita sahaja. kau lelaki ada? haha..

semalam aku pergi Shah Alam Sek7, lebih kurang dekat2 dengan UiTM Shah Alam tu. ada satu kedai Mee Ketam namanya. pergi dengan kawan2 social aku. sampai2, penuh betul. ramai orang. kedainya pun agak kecil, ditambah dengan meja yang muat2 ajer. perut besar mungkin akan menghadapi kesukaran untuk duduk kat situ (nak bagi tahu yang perut ko kecil la tu. phui). aku ni dah la first time datang melanguk tengok orang keliling krap krup kunyah ketam. sluuurrrppp.. meleleh air liur der. cepat2 aku capai phone, paksa kawan2 aku sampai cepat.

hampes, boleh dia mesej aku order Mee Kari Ketam Nipah 1, Bihun Kari Ketam Nipah 1. meleleh air liur aku baca mesej tuh. takper. berkat kesabaran, aku ikutkan saja. malas nak fikir banyak, aku order Mee Kari Ketam Nipah 2 mangkuk. puas hati. bro tu kate pergi pilih ketam, aku malas. bukan tak pandai sebab tak pernah gi pasar pilih ketam, tapi aku kena cop tempat tu. nanti orang lain datang terus duduk, ha ada yang makan berdiri kan.

dia datang, tunjuk ketam 3 ekor. besar kau! aku angguk kan saja. cepat la bang. perut saya dah keruk2 ni. tadi buka puasa minum air jer. huhu..
kawan2 aku 15minit lepas aku duduk, baru sampai. dalam masa yang sama, makanan pun sampai.. hampes kawan2.

makan time. eh jap, nak share gambar. jap eks...


















okayh. dah siap kecilkan sikit gambar. nah tengok:



amacam?
bergaya tak ketam tu dalam mangkuk? siapa yang tak terliur tu memang jenis tak makan seafood la kan. keh keh. mee dia agak tersorok kat bawah. aku makan ni ambil masa sejam untuk habiskan seekor ketam. tangan aku pun kecut2..


close up!


itu sajalah. selamat makan!






signature2
 
amni, muka ko sangat eksaited! hahahaha

3 comments:

  1. waaaahhh x sangka huda ada blog yg sgt gegel.. hurm... aku rasa aku kenal sapa kwn ko yg order tu hahahaha. and.... yg ko pi expose pic aku yg x sabar nak operate ketam tu nape? pic ko yg 14x excited tu x tunjuk plak... haaaammm pagas

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ko jangan pertikaikan ke-gegurl-an aku yer. keh2..yang penting aku memang suka expose gambar orang. letak gambar aku nanti hilang ke-gegurl-an aku. kih kih kih

    ReplyDelete
  3. dapnye ketammmm!!!!!!!!!!!! len kali bgkus sket bawak balik... bg kitorg ni haaa... eh tapi ena tak mkn ketam...bg eny je muahahaha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *