#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday, 26 February 2012

Hujung minggu

hujung minggu yang meriah. pagi2 bangun siap-siap pergi bayar zakat tahun 2011. rukun Islam ke4 yang wajib ditunaikan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. alhamdulillah aku tak terlalu boros bulan ni so dapat la bayar sikit. huhu.. risau lak kalo lupa bayar zakat, rezeki tak berkat heiii.. 


destinasi seterusnya ialah menuju ke Triways Futsal - pertandingan akhir Liga Kebangsaan 2012. game best, tapi badan sakit2. kaki lebam2. referee memang tak suka kuala lumpur. full stop. kalah menang adat bertanding. so tak ada rezeki hari itu, kalah 2 bola dengan Sarawak. kalau menang boleh proceed lawan kat Trolak. tapi yelah dah kalah ape booleh bikin. bagi ayat untuk menyedapkan perasaan; yay! boleh main liga haram lepas ni! muahahaha.. illegal league, wait for me~ so lepas ni aku kembali menjalani kehidupan normal sebagai seorang pekerja kilang fulltime dan futsal freelancer. kepada yang berjaya mendapat top 6, selamat meneruskan perjuangan. yang tak berjaya, ianya hanyalah satu titik permulaan. lupakan segala silly mistakes yang dilakukan, baiki diri untuk lebih maju. cewah.. ayat tak nak kalah.


memandangkan itu game terakhir, mungkin kali terakhir berjumpa dengan ahli2 team, maka kami decide untuk pergi berjimba bersama2. berjimba sampai lebam tajuknya. malam tu secara unconscious aku telah smbat sepinggan setengah nasi lemak ayam n sepinggan hampir penuh kuey teow goreng tanpa memikirkan penat lelah berdiet berhari2 untuk kempiskan paha. sungguh sensitif di situ. huh. oh ye, sambil2 tu tengok money drop. memang teruk gak la geografi minah 2 orang tu sampai tak tahu ada berapa negeri yang bersepadan dengan negeri pahang. haha.. mungkin mereka sangat gelabah masa jawab soalan apaentah sampai nangis2 tu. gi lantak la, aku komen panjang2 kat sini bukan aku dapat ape pun kan.


perut dah penuh, lontarkan suara2 sumbang kat pusat karok tanpa segan silu bahawa hujan lebat akan turun membanjiri bandar tasik permaisuri. sedar tak sedar, dah pukul 12pagi. aiyo. gadis tak baik duduk luar lama2 oi. sampai rumah dua pagi masih tak tido. melayan mukabuku yang lagha memang macam ni. sikit pun tak rasa bosan kan. cuba kalau layan baca alQuran macam layan belek FB kan dapat pahala tambahan disitu.


sedar tak sedar dah pagi. siap2 terus brooom - ke PD. bangun lewat alamatnya aku tertinggal. ingatkan dah lambat sangat so aku drive penuh berhati2 bersama meter yang menunjukkan angka 160. mula perlahan tatkala tayar mula memberi gegaran tak memberangsangkan. dari gombak ke PD sejam, tak la laju sangat kan? hehhe


pagi main treasure hunt, tengahari sampai petang gedebush gedebush dalam kolam renang main sukaneka. hebat la gak team aku sampai dapat no1 kan. keh keh keh. seronok heiii.. petangnya, sukaneka kat tepi pantai. limited activity sebab hujan turun selang seli ngan petir lak. bila agak reda, main banana boat. tu yang best tu. haahahaha.. sekali aku kena himpap dengan 2 lelaki berbadan gagah kat belakang. hampagas betul. punyalah baik aku landing masa jatuh, ada orang landing lagi best kat belakang. huh.


malam, BBQ. makan laju2 terus balik KL. mereka stay sebab dah minta cuti. aku lak sayang sangat dengan kerja, takde la nak minta cuti kan. boleh pulak masa pergi tu minyak 3 bar, aku stop kereta ada 2 bar. so aku bajet2 cukup la banyak tu nak patah balik KL. amek kau aku start enjin, minyak 2 bar terus jadi 1 bar berkelip2 macam ultraman minta nyawa tambahan. bawa sesopan habis, 80kmph jer. siap buka tingkap tak mau pasang aircond. tapi apakan daya hujan turun lebatnya. nasib baik timing betul. masa tu dah sampai Shell sebelum tol rm3.20. sampai seremban, jalan jem ya Rabbi. sejuk, hujan lebat, jalan jem, radio line tak berapa nak clear, lagu pulak berirama slow memang mengundang mengantuk yang tak berbelah bagi. kereta depan macam nak kena kage bunshin no jutsu dah. terus capai phone main dial mana2 nombor. almaklumlah, malam dah lewat. sorang pun tak angkat. aiyaaa.. sampai bangi baru ada yang sudi menjawab. aish. oke lah tu kan dari tak ada langsung. huhu..


sekarang dah sampai rumah terus bercerita kat sini. dan tibanya masa untuk tido memandangkan jalan Kewajipan akan menjadi sangat sesak berikutan pembinaan LRT di Subang Jaya. maka aku kena tido awal supaya dapat bangun awal dan dengan jayanya bergerak awal ke tempat kerja esok hari...... zzzzz.....


sekian. tamatlah hari yang sangat letih dan berharga ini.

signature2

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *