#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday, 5 February 2012

Mission half accomplished

hari Sabtu yang tenang. pagi2 dah bangun. semangat nak ambil exam Kastam walaupun tak prepare ape2 pun. tak tahu lah macam mana boleh kena panggil ambil exam. aku pernah register dulu kot. pukul 7.30pagi dah keluar rumah. awal bebenor. padahal exam start pukul 9pagi. bawa slow2, kul 8.30 sampai sambil melanguk sorang2. perhatikan gelagat orang lain. ada yang tua, ada yang muda. ada yang tengah menghafal sesuatu, ada yang membaca, ada yang bersembang. ada yang dihantar keluarga, ada yang dihantar pasangan. meriah suasana tu.

masuk dewan buka paper soalan. mak aih, satu apa aku tak paham. tembak aja a ke, b ke, c ke d.. asal bertanda kan jawapan aku. pengetahuan am aku tentag kastam ni memang zero la. nak membaca paper pun jarang, ni kan pula nak ambil kesah hal2 kastam. aihh.. tapi peveret aku bila tang penyelesaian masalah. sekejap ja aku jawab. tapi tak puas hati betul ngan soalan no 12 tu. jawapan tak ada dalam list. bantai aku hitamkan huruf E. hahaha.. lantak lah..

bila bab esei, lagi teruk. dah nama tak pernah baca paper, memang tak boleh jawab la hal isu2 semasa berkaitan kastam2 ni. tibai jer karang dengan ayat berterabur sana sini. english pun sama. masa menjawab sejam aku ambil masa 30 minit jer. hebat bukan. hahaha..

tanpa menoleh kanan kiri, aku terus balik rumah. singgah mekdi tol sungai besi drive thru beli Big Mac. tetiba ada pakcik goyak kelate jual kopok ikan cap parang kat aku. aku dengan perasaan simpati, beli la sebungkus walaupun kelihatan agak mahal. beratur dah la panjang, sempat aku main game bubble blaz.

balik gombak, kemas2 rumah. dah la sekarang tengah panas, dapat pulak kipas siling kat ruang tamu rosak. apa lagi, misi membaiki kipas la jawabnya. masalahnya, sorang pun tak ada kat rumah, tapi still bertekad nak repair. almaklumlah, jarang ada kat rumah kan.. panjat tangga sorang2, buka kipas, sekali tertinggal barang. turun balik, panjat balik. letak cutter atas bilah kipas, terlupa nak bawa turun petanda mencari nahas. still, kipas tu tak boleh perfectly berpusing sebab 2 wayar putus n aku balut dengan dressing tape aje. hoho. so lepas ni kena la cari connector n rework balik kipas siling rumah tu.. memang nak muntah la mendongak ajer.. pastu tangan lenguh2 pegang kipas sambil repair cable. gayat pulak tu, spender dah basah kepanasan.. kalo tergelincir sikit naya!

pas magrib terus zup pergi PJ. Liza ajak mandi.. perasaan best tak terkira.. lama dah tak mandi kolam renang ni.. haha.. habis satu kolam aku redah. airnya tak dela dalam sangat tapi okay la parat2 leher kan.

puas berenang, g all rounder futsal, sek14 PJ. nasib baik dekat2 aje kawasannya. sampai2, tak ada gadis pun. siot la.. ajak aki datang macam gaya nak main mix. grrr.. tapi sudahnya aku pedulik hape.. main jugak.. haha.. bape kali kaki aku kena tibai, tapi nasib baik aku ni kuat orangnya.. so tak ada masalah la.. haha.. planned main sejam, tapi macam syok je, deorang tambah la setengah jam.. letih wooo

"awak boleh main, tapi mata kena pandanh depan. jangan asik tengok bola aje.."

"baiklah. saya main keeper, sebab tu memang mata kat bola ajer.. hihi"



signature2

2 comments:

  1. huda lulus exam kastam tak? hehe :)

    ReplyDelete
  2. Arrr... as expected.. wa sudah gagal.. bukan ape, bagi chance kat orang lain untuk that post.. hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *