#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Wednesday 7 September 2016

Cabut Gigi Kaedah Pembedahan

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Dah bertahun tak menulis. hari ni tergerak hati untuk menulis sikit memandangkan aku tak ada kerja nak buat (MC 4 hari & kereta sangkut kat workshop) maka, terhasil lah nukilan pengalaman cabut gigi secara pembedahan ini.

Beberapa bulan lepas boleh dikatakan setiap malam aku akan terjaga antara jam 2 pagi hingga 4 pagi sebab gigi geraham bongsu terasa berdenyut-denyut, ngilu dan sebagainya. tapi aku jenis malas nak layan sakit sangat maka aku pejam mata pura-pura tak sakit. dalam 5 minit lepas tu tertido balik la. memandangkan ia berlarutan hingga seminggu, aku mengambil keputusan untuk pergi Klinik Kesihatan Selayang, sebelah kolam renang Sri Siantan. dekat situ pun ada klinik pergigian.

bayaran pendaftaran hanya RM1, dan aku datang awal pagi sebelum klinik buka (9 pagi). almaklumlah klinik kerajaan tentunya ramai orang, jadi aku dapat tempat untuk parking dan aku antara orang terawal yang mendaftar. jadi, tunggu pun tak lama kemudian doktor panggil masuk bilik pemeriksaan.

aku ceritakan masalah aku, doktor yang memeriksa kata dekat situ memang tak boleh buat apa-apa. dia hanya bleh rujuk aku kepada Hospital Selayang sebab gigi bongsu aku kiri dan kanan (aku dengar dia sebut three-eight : 38, four-eight : 48) tumbuh melintang dan tak boleh dicabut atau ditampal atau dirawat seperti gigi normal. doktor bagi aku surat rujukan ke Hospital Selayang dan tarikh perjumpaan dalam 2 minggu kemudian.

bila tiba masanya, aku pergi terus ke klinik pakar, bahagian klinik pembedahan mulut dan klinik pergigian pediatrik. hanya tunjuk surat rujukan pada kaunter pendaftaran dan dia akan berikan nombor menunggu. setakat ni dia hanya katakan pada aku "untk perjumpaan kali pertama, tiada bayaran dikenakan". oh ye, kalau datang memandu sendiri, kalau perjumpaan waktu pagi, memang susah nak dapat parking. aku parking dekat block kedai sebelah kiri Hospital Selayang. jauh sikit berjalan tapi tak bagi masalah pada aku yang muda dan kuat ni. hehe. kalau ada orang yang hantar dan jemput lagi bagus.

tak sampai sejam menunggu, masuk bilik pemeriksaan. doktor bawa pergi bilik x-ray. kalau yang pakai tudung ada besi macam brooch atau pin, kena buka. sama juga hairband or apa-apa besi yang ada berdekatan dengan sekeliling kepala. kita berdiri dan letak daguu dekat mesin. akan ada satu penutup yang akan bergerak mengelilingi kepala. tak sakit pun, mesin tu siap pasang lagu monotone tau. haha. lama juga ambil x-ray, naik lenguh kaki. haha.

bila keputusan siap - data will be transferred directly to the computer. doktor bertugas akan datang dan tanya macam mana rasa sakit dan sebagainya. dia akan bawa kita ke bilik x-ray tadi dan tunjuk keputusan, memang nampak gigi aku melintang. gigi kiri selalu sakit dan buat aku terjaga malam sebab gigi depannya berlubang (bahana makanan sangkut kat celah gigi tak reti nak cuci sebelum tido. huwaa) dan hampir terkena saraf. katanya kes ni tak lah segera tapi dinasihatkan untuk buang gigi bongsu yang melintang tu untuk mengelakkan kerosakan gigi depannya. maka nanti elok-elok 2 gigi aje rosak, jadi 8 gigi. (bila cabut gigi bawah, gigi atas kena buang. kalau tak nanti gigi atas akan semakin turun ke bawah yang disebabkan oleh graviti dan menyakitkan gusi)

memandangkan kes tak serius, nama aku diletakkan dalam awaiting list. doktor kata mungkin dalam sebulan atau 2 bulan mereka akan panggil, tapi smeuanya bergantung pada keutamaan kes lain. aku pun ok kan saje sebab dia kata tak serius dan aku pun jarang dah bangun tengah malam sakit gigi. hihi. katanya anggaran kos rawatan mungkin dalam 100 hingga 200, bergantung pada rawatan pada sesi akan datang.

tak sampai sebulan, anggaran kurang 3 minggu doktor telefon aku : ".. boleh datang esok pagi untuk cabut gigi? memandangkan awak kena buat surgery, sebelum datang pagi tu makan la berat-berat dan banyak sikit ye. lepas operation takut tak boleh nak makan sangat .."

Pagi aku datang, macam biasa park kereta dekat building sebelah. kena pergi daftar macam biasa, tak perlu bayar sebab bil dapat selepas rawatan. tunggu giliran dalam sejam kena panggil. aku tak marah sangat tunggu lama sebab biasalah, kes tak serius, dan yang kedua ini hospital kerajaan jadi mental kena sekolahkan sikit. haha. bila nombor kena panggil, aku masuk terus doktor yang nak buat pembedaan tu panggil aku masuk bilik x-ray untuk rujuk kembali rupa gigi aku. penerangan sebelum surgeri yang doktor berikan seperti:

1- kes ini bukan kes biasa, jadi kena jalankan pembedahan buang gusi untuk nampak gigi, then doktor akan belah gigi kepada 2 dan barulah doktor akan tarik gigi keluar. lepas gigi dah tanggal, dia akan jahit dan tampal balik gusi dan aku perlu datang semua untuk sesi buka jahitan. doktor tanya ok ke x? kalau ok dia proceed to next explanation.

2- bius akan diberikan pada gusi, pesakit akan rasa kebas. kalau dia cucuk jarum tajam pun aku tak akan rasa apa-apa. selepas bius habis, mungkin dalam 3-4 jam, akan rasa sakit dan doktor akan beri ubat tahan sakit. kalau masih kebas dalam sehari dua, mungkin saraf terkena sikit dan akan elok dalam seminggu. tapi kalau lepas seminggu tak hilang kebas, maknanya saraf cedera dan ianya adalah kecederaan kekal. kesannya seperti kalau air liur meleh tepi bibir, pesakit tak akan rasa apa-apa, muka resa bengkak sebelah tapi hakikatnya normal dan lain-lain. ianya disebabkan saraf dari belakang rahang adalah berkaitan dengan saraf hadapan bibir. jadi doktor memang akan bius sebelah bawah dari gusi gigi bongsu hingga lah ke bibir bawah bibir. kalau rasa ok untuk tanggung risiko yang telah dinyatakan, boleh teruskan ke soalan seterusnya. memandangkan gigi sebelah tu dah berlubang dan menghampiri saraf, dokor sarankan aku untuk pergi ke klinik gigi yang lain untuk buat rawatan akar dengan segera sebaik sahaja cabutan ini pulih. untuk kes aku, aku setuju sebab doktor kata memang jauh dari saraf. jadi risiko untuk terkena saraf tu amatlah tipis.

3- selepas cabutan gigi bawah berjaya, doktor akan tanya nak terus cabut gigi atas atau nak tunggu seminggu baru cabut? aku tanya doktor mana yang elok untuk buat, dia akap bergantung dekat pesakit. kalau rasa sakit atau pembedahan awal tu teruk, tak perlu terus cabut. kalau rasa lenguh atau sakit, boleh datang untuk perjumpaan seterusnya. aku fikir, nak datang parking susah, alang-alang nak sakit biarlah sakit sekali. lepas tu tahan la sikit daripada aku nak sakit dua kali. OK, saya setuju cabut dua batang gigi.

4- doktor akan minta keterangan samada bekerja atau masih belajar untuk dapatkan surat MC selama 4 hari.

aku setuju, doktor pun setuju, jom pergi sain borang. borang untuk pengesahan yang aku setuju dengan apa yang telah diterangkan oleh doktor tadi. aku puas hati sebab doktor ni terangkan satu per satu dan bila aku tanya satu soalan, dia jawab dengan panjang lebar dan aku pun faham apa yang diperkatakan. kalau ada sesiapa yang kena macam aku juga, disarankan untuk tanya habis-habisan sampai kita faham sebab - aku ada kawan yang meninggal lepas cabut gigi bongsu. sebab tu aku fokus betul-betul apa yang doktor terangkan dan aku tanya secara terperinci.

5- sebelum memulakan rawatan, doktor akan tanya samada aku ada alahan pada mana-mana ubat antbiotik ke tak. mujur dia tanya sebab aku nampak dekat surat beranak aku ayah aku cakap aku alah pada antibiotik jenis ampicilline yang mana mak aku cerita seluruh badan aku akan merasa gatal-gatal. dan doktor sendiri bagi tahu memang dia nak bagi peniciline (sama keluarga) dekat aku sebelum pembedahan untuk langkah mencegah jangkitan. jadi aku besyukur alhamdulillaah sebab doktor tanya dan dia tukar kepada antibiotik lain dan dia katakan yang antibiotik tu akan cover kebanyakan bahagian bukan setakat sekeliling mulut seperti penicilline.

6- doktor akan sapu iodin pada sekeliling mulut untuk mengelakkan jangkitan. jadi kalau pakai tudung mahal-mahal boleh buka lah. aku malas nak buka. tarik je sampai belakang. jururawat akan bagi hair net untuk tutup kepala dan cermin mata macam safety spec tu. untuk mengelak dari air terpercik ke dalam mata.

ini lah rupa bilik pemdehan aku. cantik dan bersih.


7- doktor dan pembantunya akan mula menyediakan alatan. nak pegang barang semua dia lapik dengan kain kasa warna hijau. tempat bersih dan tenang. kat situ dia pasang radio channel apa aku lupa. tapi yang jenis klasik la. dia akan suruh kita duduk atas kerusi dan kumur-kumur dulu. baring seselesa yang mungkin. kalau ada getah rambut, sebaiknya cabut sebab bila baring untuk masa yang lama rasa tak selesa.

8- doktor akan ulang penerangan secara ringkas. katanya ada dua perbezaan antara sakit dan tekanan. sakit tu maksudnya seperti pedih, ngilu atau apa-apa yang boleh dirujuk sebagai sakit. tekanan seperti doktor menekan gigi, dan kita rasa tekanan pada bahagian lain. bila dah bersedia, dia akan mulakan dengan sapu iodin sekeliling mulut. kemudian baru la mulakan dengan bius.

9- perasaan masa kena bius tu sakit jugak la. dia bius gusi belah luar, belah dalam, bawah bibir. aku agak mudah terhibur dengan doktor ni sebab dia akan cakap "minta maaf ye. saya bius ni. sakit sikit ye". sambil dia bius, dia humming ikut lagu dekat radio. mana la aku tak terhibur. lepas tu dia tunggu dalam beberapa lama sambil sembang-sembang dan dia akan cuba cucuk bahagian yang dia bius samada sakit atau tak. dia cucuk gusi, aku tak rasa apa-apa. dia cucuk bibir, aku cakap itu jarum. then dia tambah lagi bius sebab aku rasa sakit. sepanjang proses ni memang kena jujur, kalau tak kita akan menyukarkan proses pembedahan.

10- bius dah siap, dia mulakan dengan aku rasa lah sebab aku tak boleh tengok - potong gusi. lepas tu aku tahu dia mula potong gigi bila aku dengar bunyi mesin dan doktor tu bersungguh-sungguh pegang alatan tu. lepas tu dia mula tarik gigi dan dia cakap akan dengar bunyi "crack". masa tu rasa la dia duk tekan-tekan bagi gigi keluar. doktor ni perangai dia mungkin dia nak rasa tenang dan tak nak aku tertekan, dia boleh bersembang, menyanyi. aku? pandang langit dalam hati berzikir supaya bertenang.

11- lepas kedua-dua gigi tercabut, doktor bagi tahu dan tanya nak teruskan cabut gigi atas tak. aku cakap boleh je sebab tak rasa apa-apa pun sekarang. asalnya dia duduk belah kiri aku, then dia tukar tempat duduk belah kanan. mula la bius gusi atas. dan dia mula cabut.

sekali cabut, tak keluar. dia pusing... pusing... pusing... tak keluar. katanya akar kukuh dekat gigi tu sebab tu susah nak cabut. tarik lagi. tarik lagi dan tariiikkk...

tak keluar jugak. nurse datang perang rahang aku. dia tenangkan aku cakap jangan keraskan badan sebab nanti lagi susah nak cabut. aku cuba lembutkan selembut mungkin tapi lama jugak. dia cakap akan dengar bunyi "crack" baru tandanya gigi dah tercabut. lama jugak sampai aku rasa tengkorak aku bergegar, barulah tercabut.

aku gigit kapas kuat-kuat. masih tak rasa apa-apa sebab bius. aku diberi ubat tahan sakit sekali lagi dan doktor mula bagi penerangan untuk selepas pembedahan.

1- bius akan mula hilang, jadi makan ubat tahan sakit yang dia bagi. satu dia bagi ubat tahan sakit biasa, kedua dia bagi ubat tahan sakit yang kuat sikit yang boleh menyebabkan  mengantok. makan bila perlu ikut tahap kesakitan. biasanya kalau pesakit rasa tak boleh makan, loya dan nak pitam, boleh makan yang kuat tu,

2- untuk kes aku lepas je gusi rasa sihat, pergi buat rawatan akar dekat mana-mana klinik pergigian lain sebab Hospital Selayang tak menyediakan rawatan tersebut.

3- jangan makan benda panas dan pedas. banyak makan aiskrim atau tuam ais dekat pipi.

4- kalau ada makanan tersangkut dekat kawasan pembedahan, kena buang segera dan doktor ada bagi ubat kumur dan alatan untuk membuang makanan terselit dengan cara semburan air kalau cara kumuhan tidak berjaya.

5- sepanjang hari selepas pembedahan, jangan kumur-kumur atau meludah sebab darah beku tu penting untuk menutup tulang gigi dan membentuk gusi. jadi kalau rasa payau atau pahit atau hanyir darah, telankan sahaja.

6- minggu depan dah mula raya haji dan cuti hari Malaysia, jadi rawatan susulan untuk buka jahitan ditangguh ke 2 minggu hadapan.

itu sahaja. jumlah masa aku dalam klinik (pembedahan sahaja) mengambil masa satu jam. kos rawatan, aku tak dapat bil lagi sebab masa tu kaunter pendaftaran dah tutup. jadi aku hanya perlu bayar waktu rawatan susulan.

balik rumah, aku masih rasa bahagia sebab aku terdetik dalam hati - tak sakit pun rupanya. jadi aku mula masak bubur ayam dan pertengahan nasi nak menjadi bubur aku mula rasa berdenyut. aku tahankan saja. aku kira-kira, baru 2 jam takkan bius dah habis kut. bubur hampir siap, tapi aku dah tak tahan. aku makan lagi satu biji ubat tahan sakit yang biasa, tapi macam tak berkesan. macam biasa aku pura-pura tidur dan terjaga berkali-kali tapi aku tahankan sahaja. aku tak nak makan ubat yang kuat tu sebab first aku tak makan apa-apa sejak pembedahan. takut kesan lebih buruk. kedua aku tak nak terlepas waktu asar, maghrib dan isyak. jadi aku fikir nak makan malam lepas isyak.

sudahnya, lepas isyak baru rasa sakit hilang. waaaaaaa... aku mula makan bubur yang aku buat tadi. boleh je nak makan makanan yang keras-keras tapi aku tak berapa boleh buka mulut luas-luas. sakit ouh! makan bubur senang, sedut je sampai tekak. risiko makanan sangkut pun rendah.

tidur malam? oh lena sekali. alhamdulillaah tiada gangguan. cuma hari ni aku rasa macam nak demam.. tapi lepas tu elok  balik.. lepas tu rasa berdenyut-denyut.. lepas tu elok balik. itu sajalah.

secara keseluruhan, pendapat aku doktor berikan perkhidmatan yang terbaik. penerangan yang lengkap dan perkhidmatannya menuruti apa yang dia terangkan. Nora bagi 5 bintang yo! syabas! jadi mana-mana yang dengar cerita orang yang menakutkan tu, harap pergi sendiri dan ceritakan pengalaman anda sendiri. mungkin hospital kerajaan sekarang dah dinaiktaraf peralatannya. tambahan, doktor muda dan sweeeeet gitu. kos rawatan dekat hospital swasta menghampiri RM2000, jadi buatlah pilihan yang tepat. oh ye, masa dia tengah cabut gigi aku, dia cakap nampak dalam gambar x-ray macam susah, tapi bila cabut senang je. alhamdulillaah.

semoga bermanfaat dan terhibur. kalau ada salah laku, tegurlah. sekian. assalaamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *